• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,915 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

REKA CIPTA KHB

hari ini mengajar lagi…rasa tak sempat nak bercuti kerana dah seminggu berada bersama Lembaga Peperiksaan bermesyuarat..

Nasib baik kerana hari ni kelas yang diajar ialah kelas yang paling pandai sekali. 3 Juara. Pelajarnya..biasalah skima skit..tapi kita boleh join.
Pelajar skima ni kena tahu gak cara nak tackle dia orang. Apa yang saya pakai ialah kaedah ‘drive the passanger’..ala..lebih kurang macam ni la…kena bagi arahan dulu baru jalan..

saya tekankan, semua kemahiran penggunaan bahan, alat tangan dan mesin telah diajar semasa mereka di tingkatan 1 dan dua. Reka cipta adalah lanjutan daripada tajuk reka bentuk dan penghasilan projek di tingkatan 1 dan 2. saya yakinkan mereka bahawa jig saw masih lagi sama, portable drill masih tak berubah, pisau pemotong perspek tetap warna yang sama dan macam2 lagi. begitu juga dengan kayu, plywood, mounting board, mdf dan sebagainya..baru lah mereka tersenyum dan mulalah membuat langkah pertama…UTP…Ukur, tanda dan potong…tapi mesti ingat..ikut lakaran yang telah dipilih…

WAN AHMAD KAMAL

PERUNTUKAN WAKTU BARU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB)

Salam sejahtera.
Ramai yang mengetahui KHB telah diperuntukkan 3 waktu seminggu. Namun tidak kurang juga yang tahu, tetapi tidak mendapat surat punca kuasa mengenai perkara tersebut. Oleh itu, kepada yang berminat untuk mendapatkan surat ini atau untuk membuat menambah koleksi dokumen di dalam fail panitia, bolehlah muat turun fail ini.

peruntukan waktu khb

WAN AHMAD KAMAL

Rujukan

Longman Esensi Kemahiran

Hidup Bersepadu PMR (Teras &

Pilihan Kemahiran Teknikal)

ISBN: 9789673008117
Author: Noh bin-Lasa, Tan Heng Sun, Ahmad Nazri bin Abd Aziz, Paridah bt Megat Pauzan, Mohamad Khairi bin Mat Said
Category: Secondary
Group: Kemahiran Hidup
Year of Publication: 2009

Longman Esensi
� Panduan Revisi untuk Sukses

Longman Esensi Kemahiran Hidup Bersepadu PMR (Teras & Pilihan KT) ialah teks komprehensif yang dapat membantu pelajar memperlengkap diri untuk menghadapi peperiksaan. Kandungannya yang padat dan tepat, berserta latihan kendiri yang mencukupi dan pedoman peperiksaan yang bermanfaat, menjadikan buku ini sebagai panduan revisi yang sangat efektif kepada pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Nota Efektif
– Merangkumi semua tajuk dalam sukatan pelajaran
– Penggunaan bahan grafik dan gambar foto untuk memudahkan kefahaman
– Reviu bab untuk mengingat kembali topik-topik yang dipelajari

Berfokus pada PMR
– Ujian untuk menilai keupayaan dan pengetahuan pelajar tentang subtopik yang penting
– Praktis bertopikal untuk menguji penguasaan pelajar tentang semua topik
– Kertas pentaksiran berdasarkan format peperiksaan terkini

Jadikan Kemahiran Hidup Nyata!
– Halaman warna-warni yang menceriakan pengalaman belajar anda!
Kembaralah ke dunia pembelajaran kendiri yang merangsang dan efektif apabila anda menyelami halaman warna-warni yang kaya kandungannya. Pembelajaran kendiri

CERITA JEMAAH NAZIR

Tarikh 7 dan 8 april 2010, sekolah saya dilawati oleh jemaah nazir. Dulu namanya Jemaah nazir sekolah, sekarang dah tukar kepada jemaah nazir dan jaminan kualiti. kepada calon2 guru cemerlang, ingat pertukaran ini.

ada beebrapa cerita yang seronok daripada mereka ini. maklumlah, mereka ni banyak pengalaman dan pengalamian. kita tak nafikan mereka mempunyai banyak cerita2 menarik kerana banyak melawat sekolah2 diseluruh negara.

ORANG ASLI.

Cerita ini adalah pengalaman Encik Mohd Nayan, JNJK terengganu. pada satu masa beliau dan rakan2 membuat pemantauan di sebuah sekolah di pedalaman kelantan. jalan raya di hadapan sekolah itu baru dibuat. maka Encik Nayan menyatakan rasa bangganya kepada ibubapa pelajar orang asli disitu. katanya “kerajaan memang bagus menyediakan kemudahan kepada rakyatnya dengan membina jalanraya yang baik”. namun orang asli mengeleng2kan kepala tanda tidak setuju. En Nayan hairan dan bertanya “tidak bagus ke pendapat saya tadi?”. Orang asli disitu berkata ” memang kerajaan tidak bagus”. Encik Nayan bertanya “kenapa?”. Orang asli berkata ” nak bagus macamana, jalan sahaja buat, kereta kerajaan tak bagi…..”

MAKANAN

Cerita ini bolehlah dikongsi pengalaman kerana saya sendiri yang mengalaminya. pada 8 april pula Tuan Hj Latiff (KPP JNJK ) dan En Ainudin (JNJK) melawat pula sekolah saya. Apabila selesai pemantauan dan penilaian, kami telah menjemput mereka untuk makan tengahari. Lauk yang disediakan hanyalah ala kadar sahaja. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan lauk yang lebih baik. Namun kami tersentak apabila Tuan Hj Latiff mengatakan….” masih ada orang yang tidak dapat makanan pun berbanding dengan kita ini..” saya terus berdiam diri dan mula menjamah makanan perlahan-lahan..

WAN AHMAD KAMAL

Membuat Lakaran Projek Kerja Kursus Modul 4

Salam sejahtera,

Hari ini saya mengajar kelas kedua hujung. Agak menarik kerana pelajar-pelajarnya memang nakal. Paling tak tahan mereka suka menyampuk. so kena banyak sabar. Pelajar suka menyampuk ni satu je cara yang saya nak ‘diamkan’ dia – kenakan dia semula . ala..macam cerita P. Ramle, sudin dan aziz ketawakan Pak mat dalam filem pendekar bujang lapok tu..pasti riuh rendah kelas..tapi mesti ada hadnya..nanti pengetua datang jenguk..syyyy

tajuk yang saya ajar adalah membuat lakaran produk untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan. pelajar kelas ni memang ramai yang tak tahu melukis. namun saya yakinkan mereka yang mereka mampu buat. lukis sahaja apa yang mereka mampu lukis. So, mula la mereka melukis. yang tak tahu langsung..lukis kotak je..takkan kotak pun tak tahu..yang padai skit..buat pandangan hadapan dulu, then unjurkan..jadi lukisan oblik..seronok bukan main mereka, siap tayang kepada rakan2 yang lain..yang lagi pandai buat dalam bentuk lukisan 3D ( isometrik)..so, saya minta mereka lipat 4 kertas A4 yang diberi..supaya ada 4 ruang untuk membuat lakaran..bermula dengan satu, mereka mula ubahsuai lakaran-lakaran tadi sehingga menjadi 4 semuanya..maka objektif pelajaran saya tercapai juga hari ni..

dah siap, saya pungut dan simpan dalam fail PBS mereka..jadikan eviden.

senang, mudah dan seronok. bagi saya fun learning output nya fun teaching..

jumpa lagi…

forward from wan ahmad kamal