• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 895,233 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

  • Advertisements

Membuat Lakaran Projek Kerja Kursus Modul 4

Salam sejahtera,

Hari ini saya mengajar kelas kedua hujung. Agak menarik kerana pelajar-pelajarnya memang nakal. Paling tak tahan mereka suka menyampuk. so kena banyak sabar. Pelajar suka menyampuk ni satu je cara yang saya nak ‘diamkan’ dia – kenakan dia semula . ala..macam cerita P. Ramle, sudin dan aziz ketawakan Pak mat dalam filem pendekar bujang lapok tu..pasti riuh rendah kelas..tapi mesti ada hadnya..nanti pengetua datang jenguk..syyyy

tajuk yang saya ajar adalah membuat lakaran produk untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan. pelajar kelas ni memang ramai yang tak tahu melukis. namun saya yakinkan mereka yang mereka mampu buat. lukis sahaja apa yang mereka mampu lukis. So, mula la mereka melukis. yang tak tahu langsung..lukis kotak je..takkan kotak pun tak tahu..yang padai skit..buat pandangan hadapan dulu, then unjurkan..jadi lukisan oblik..seronok bukan main mereka, siap tayang kepada rakan2 yang lain..yang lagi pandai buat dalam bentuk lukisan 3D ( isometrik)..so, saya minta mereka lipat 4 kertas A4 yang diberi..supaya ada 4 ruang untuk membuat lakaran..bermula dengan satu, mereka mula ubahsuai lakaran-lakaran tadi sehingga menjadi 4 semuanya..maka objektif pelajaran saya tercapai juga hari ni..

dah siap, saya pungut dan simpan dalam fail PBS mereka..jadikan eviden.

senang, mudah dan seronok. bagi saya fun learning output nya fun teaching..

jumpa lagi…

forward from wan ahmad kamal

Advertisements

11 Responses

  1. menarik kaedah tu, leh guna masa nak buat modul 2 form 2 nt..ssh ati la bila dah nak masuk bab elektrik ni…tu x msk lukisan teknik lg..maklumla disuruh graduan akaun ngajar elektrik..carca marba la jadinya..hu3…

  2. Saya guru yang agak lemah bab elektronik jadi menjadi kesukaran bagi saya untuk mengajar pelajar membuat kerja kursus Modul 4.5 iaitu menterjemah lukisan skimatik kpd lukisan bergambar boleh tuan bantu saya?

    • bagi aspek 4.5, menterjemah litar skematik kepada litar bergambar bukan cikgu sahaja yang menghadapi masalah, tetapi majoriti guru2 KHB seluruh negara. Insyaalah kita akan upload bahan berbentuk power point ( karya Encik Khairi – penulis pearson Longman) di sini. buat masa ini talian kabel telefon kawasan rumah saya dicuri oleh pengkhianat…so, streamyx tak boleh jalan…

      wan ahmad kamal.

  3. assalamualaikum. sebagai KP banyak kerja nak dibuat … apatah lagi dalam masa yang sama ada jawatan penting yang dipegang di sekolah. tak adakah diperuntukkan seorang pembantu bengkel untuk kita guru-guru KHB. pada saya tak perlu 5 hari duduk kat bengkel untuk 1 minggu…. cuma diperlukan bila nak buat stok dan berkemas. tak ada orang kat kementerian yang nampak ke akan kesibukkan kita KP kat sekolah.

    • salam shafini,
      isu pembantu bengkel memang selalu kita bincangkan. Namun sehingga kini, tiada apa-apa tindak balas. sebagai jalan penyelesaian sementara ada sekolah-sekolah yang membenarkan pembantu bengkel MPV bertugas di bengkel KHB. bagi sekolah yang tiada m/pel MPV dipinjamkan pembantu makmal sains. Ini pun bergantung kepada budi bicara Pentadbir. Untuk mendapatkan kaedah ini. shafini bincangkanlah di dalam mesyuarat panitia dan ajukan minit mesyuarat ini kepada pentadbir. Insyaalah, pentadbir memahami keperluan kita. Pastikan apabila telah mendapat kemudahan ini, impak berlaku kepada peningkatan akademik KHB. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

      wan ahmad kamal

  4. macamana nak mohon guru pakar KHB? adakah diperuntukkan beberapa orang untuk setahun? saya berminat tapi tak tahu adakah sudah layak?

    • permohonan guru pakar KHB / Guru cemerlang KHB boleh dimohon setelah iklan dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Shafini perlulah selalu membuka web jabatan ini. Saya dimaklumkan pada bulan Julai tahun ini akan dibuka iklan tersebut. Di dalam iklan tersebut kebiasaannya akan dinyatakan berapakah kekosongan untuk jawatan GC ini mengikut gred. Kelayakan adalah bergantung kepada iklan. Baca syarat2nya dengan teliti kerana ramai yang terkeliru dengan syarat yang dinyatakan.
      selamat bertugas dan tahniah kerana berminat untuk menjawat jawatan GC.

      wan ahmad kamal

  5. sebagai kp..saya tak tahu nak buat apa dengan cikgu yang malas…suruh banyak kali tapi tak nak buat, banyak alasan…cikgu ada cara tak bagaimana nak buat…

  6. wow impresing things really nice huhuhuhuhuhuhuu

  7. salam,
    pelajar saya tidak minat belajar. suruh main pun main main main..hehe otak main main.

    suruh tulis biodata atau pengenalan pun satu muka surat satu masa huhu..itu tiru cikgu dah tulis contoh kat papan hitam tu..

    jadi kalu nak buat yg kreatif kreatif..lagu mana gamak nya yer wahai cikgu2 sekelian.. jadi saya terpaksalah fotostet gambar/ lukisan terang-terang. yg ok sikit tiru, yg tak ok tekup.
    macam mana tu, boleh tak? dah terpaksaaa…

  8. mcm mna nk uad lakarn nhe. .? pnad sy buad. .da lbih 10 tp smua x b’knan d atie. .tolng ajar plizz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: