PT3, MODERASI DAN VERIFIKASI

Salam sejahtera

Tentunya para guru KHB agak sibuk sekarang ini. Apatah lagi yang ‘terlantik’ sebagai PKw dan KPKw. Saya yakin anda semua sibuk membuat moderasi skrip jawapan calon PT3. Semoga dalam kesibukan anda tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Ramai lagi yang menganggap PT3 adalah pengganti PMR. Bagi saya, PT3 ialah instrumen PP dan merupakan sebahagian daripada komponen PBS. Komponen PBS ada 4. Pertama Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, PAJSK dan Psikometrik. Maknanya murid tingkatan 3 akan mendapat 1 keputusan PP (PT3), beberapa keputusan PS yang bergantung kepada mata pelajaran yang diambil di sekolah, 1 keputusan PAJSK dan 1 keputusan Psikometrik.

Apabila berlaku tersalah anggapan PT3 pengganti PMR, maka berlumba-lumbalah nak pastikan result PT3 ramai yang mendapat gred A. Malah soal integriti pun mungkin diketepikan apabila soalan boleh dimuat turun di sekolah masing-masing.

Apabila Skrip jawapan calon di buat moderasi oleh PKw, terjumpalah jawapan calon yang tidak mengikut panduan penskoran serupa. Bukan satu, tetapi kesemua skrip yang dibuat moderasi. Maknanya jawapan salah serupa.

Tentunya anda dapat membuat andaian bagaimana kes sebegini berlaku.

Selamat bermoderasi dan berverifikasi.

wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: