• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,915 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

FROG VLE

## SALAM SEMUA CIKGU KH..
lama tak update blog,kerana kekangan masa…


TOPIK KALI INI…
FROG VLE
MOGA KITA SEMUA TIDAK KETINGGALAN, HARAP SAMA-SAMA KITA BINA SITE DAN KONGSI BERSAMA..

PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secaravirtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.
##btpnpahang

Leave a comment