• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 896,867 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

  • Advertisements

Projek rumah api

masih boleh didapati. sila whatsapp 0179303919

projek rumah api

harga terkini RM9.50/unit

Advertisements

RBT tingkatan 1

Tenangkan jiwa Anda…. Banyak keluhan.. sabar cikgu2…

rbt

 

MATLAMAT PROGRAM REKA BENTUK TEKNOLOGI (Jab KH IPG THO)

MATLAMAT PROGRAM REKA BENTUK TEKNOLOGI

  1. PENGENALAN

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru  (IPG) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang.   Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.

  1. MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru.

  1. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Para lulusan PISMP Dengan Kepujian (Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah) berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

i.      mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah;
ii.      menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah;
iii.      menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi dan etika profesional keguruan;
iv.      berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah dalam pelbagai situasi sebenar;
v.      memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan
vi.      menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

sumber:http://jkhiptho.blogspot.com/

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

CADANGAN PENYELARASAN TAJUK PNP DAN PBS TAHUN 2015

RANCHANGAN TAHUNAN .2015 (1)

PT3, MODERASI DAN VERIFIKASI

Salam sejahtera

Tentunya para guru KHB agak sibuk sekarang ini. Apatah lagi yang ‘terlantik’ sebagai PKw dan KPKw. Saya yakin anda semua sibuk membuat moderasi skrip jawapan calon PT3. Semoga dalam kesibukan anda tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

Ramai lagi yang menganggap PT3 adalah pengganti PMR. Bagi saya, PT3 ialah instrumen PP dan merupakan sebahagian daripada komponen PBS. Komponen PBS ada 4. Pertama Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, PAJSK dan Psikometrik. Maknanya murid tingkatan 3 akan mendapat 1 keputusan PP (PT3), beberapa keputusan PS yang bergantung kepada mata pelajaran yang diambil di sekolah, 1 keputusan PAJSK dan 1 keputusan Psikometrik.

Apabila berlaku tersalah anggapan PT3 pengganti PMR, maka berlumba-lumbalah nak pastikan result PT3 ramai yang mendapat gred A. Malah soal integriti pun mungkin diketepikan apabila soalan boleh dimuat turun di sekolah masing-masing.

Apabila Skrip jawapan calon di buat moderasi oleh PKw, terjumpalah jawapan calon yang tidak mengikut panduan penskoran serupa. Bukan satu, tetapi kesemua skrip yang dibuat moderasi. Maknanya jawapan salah serupa.

Tentunya anda dapat membuat andaian bagaimana kes sebegini berlaku.

Selamat bermoderasi dan berverifikasi.

wassalam

Rak Buku di FROG VLE

rak bukuWalaupun ianya masih tidak lengkap, namun guru-guru boleh mencuba “rak buku” yang disediakan oleh FrogStore. Guru juga boleh membantu pelajar mencari bahan-bahan PdP di FrogStore.

Projek Tahun 4 Rumah Api

salam untuk semua guru KHSR T4. Jangan peningkan kepala untuk menjalankan kerja projek. Masa pergi kursus diajar dan ditunjuk untuk membuat projek Lampu Kecemasan… Tapi, apabila keluar buku teks… projek RUMAH API lah pula….!!!. Tidak mengapa cikgu2.. buatlah yang mana terdaya… janji buat, untuk anak bangsa kita.

projek rumah api

Kalau cikgu rasa nak juga buat projek rumah api.. Cikgu boleh Order dengan Koperasi Guru Teknikal Kelantan BHD. Tel: 09-7861989 atau terus menghubungi cikgu Din (017-9303919) Harga : RM6.90/unit…