• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,918 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

CERITA JEMAAH NAZIR

Tarikh 7 dan 8 april 2010, sekolah saya dilawati oleh jemaah nazir. Dulu namanya Jemaah nazir sekolah, sekarang dah tukar kepada jemaah nazir dan jaminan kualiti. kepada calon2 guru cemerlang, ingat pertukaran ini.

ada beebrapa cerita yang seronok daripada mereka ini. maklumlah, mereka ni banyak pengalaman dan pengalamian. kita tak nafikan mereka mempunyai banyak cerita2 menarik kerana banyak melawat sekolah2 diseluruh negara.

ORANG ASLI.

Cerita ini adalah pengalaman Encik Mohd Nayan, JNJK terengganu. pada satu masa beliau dan rakan2 membuat pemantauan di sebuah sekolah di pedalaman kelantan. jalan raya di hadapan sekolah itu baru dibuat. maka Encik Nayan menyatakan rasa bangganya kepada ibubapa pelajar orang asli disitu. katanya “kerajaan memang bagus menyediakan kemudahan kepada rakyatnya dengan membina jalanraya yang baik”. namun orang asli mengeleng2kan kepala tanda tidak setuju. En Nayan hairan dan bertanya “tidak bagus ke pendapat saya tadi?”. Orang asli disitu berkata ” memang kerajaan tidak bagus”. Encik Nayan bertanya “kenapa?”. Orang asli berkata ” nak bagus macamana, jalan sahaja buat, kereta kerajaan tak bagi…..”

MAKANAN

Cerita ini bolehlah dikongsi pengalaman kerana saya sendiri yang mengalaminya. pada 8 april pula Tuan Hj Latiff (KPP JNJK ) dan En Ainudin (JNJK) melawat pula sekolah saya. Apabila selesai pemantauan dan penilaian, kami telah menjemput mereka untuk makan tengahari. Lauk yang disediakan hanyalah ala kadar sahaja. Kami meminta maaf kerana tidak dapat menyediakan lauk yang lebih baik. Namun kami tersentak apabila Tuan Hj Latiff mengatakan….” masih ada orang yang tidak dapat makanan pun berbanding dengan kita ini..” saya terus berdiam diri dan mula menjamah makanan perlahan-lahan..

WAN AHMAD KAMAL

Leave a comment