• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,834 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL

AMALAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BENGKEL

DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

DI 12 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI PERLIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

(ZAINOL BIN ABDUN @ MOHAMED)

Rancangan KBSM merupakan satu langkah ke arah meningkatkan lagi mutu

pendidikan dengan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu.secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya ialah untuk melahirkan rakyat yangdapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara (Jaafar,1995). Untuk melaksanakan rancangan tersebut, kurikulum KBSM diubah mengikutkehendak negara. Antara pembaharuan-pembaharuan itu ialah pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata pelajaran ini telah menggantikanbeberapa mata pelajaran elektif lain seperti Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Pada tahun 1989 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan sebagai menggantikan elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah rendah. Selain nama mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif atau pilihannya turut ditukar iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan A (Seni Perusahaan), Pilihan B (Perdagangan), Pilihan C (Ekonomi Rumah Tangga) dan Pilihan D (Pertanian).

Pada tahun 1992, perubahan sekali lagi dilakukan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang menjadikan hanya tiga elektif sahaja iaitu Pilihan

1 Kemahiran Manipulatif Tambahan, Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga dan Pilihan

3 Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Seiring perkembangan semasa, pada tahun 2004, perubahan dilakukan lagi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana tiga elektif yang sedia ada ditambah kembali menjadi empat elektif, di samping penukaran nama Pilihan 1

Kemahiran Manipulatif Tambahan kepada Kemahiran Teknikal, Pilihan 2 Ekonomi

Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Pilihan 4 Perdagangan dan

Keusahawanan.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 2004, Kemahiran Hidup

Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berunsurkan teknologi. Ia

ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Ia dirancang

sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti

negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.

Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang

berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama

dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang

sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang

sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi

komunikasi maklumat.

Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan

semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan

warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran

kehidupan masa kini dan masa akan datang.

Perubahan yang dilakukan dalam edisi penyemakan pada tahun 2004 ini,

tidak merubahkan matlamat terdahulu dan kebanyakan objektif mata pelajaran

dikekalkan iaitu untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan

ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang

sentiasa berubah untuk kehidupan seharian.

Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan

kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan

semangat keusahawanan. Kemahiran asas sedemikian dapat digunakan sepenuhnya

untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani

kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan

sentiasa berubah.

Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara

bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif da budaya kerja yang baik

diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali demi meneruskan konsep

kesepaduan dalam mata pelajaran.

Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran

Hidup Bersepadu disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk

mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan

kandungannya.

Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu tumpuan diberi terhadap pembelajaran

melalui pengalaman. Mata pelajaran ini harus dikendalikan secara tidak langsung

semasa mengendalikan aktiviti amali yang menggabungjalinkan antara teori dan

amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan pelbagai disiplin dan tajuk harus

dititikberatkan. Sehubungan ini, dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, pembelajaran

perniagaan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan dengan pembelajaran reka

bentuk dan teknologi serta lain-lain bidang pilihan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel dan bilik-bilik khas amat

diperlukan. Selain daripada itu, bengkel juga digunakan untuk menyimpan dan

menempatkan alatan tangan dan mesin serta bahan-bahan. Kesemua peralatan dan

bahan tersebut perlu disusun dan diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan adalah

satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan

jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan (Yahya, 1989).

Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan

kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk

mendapatkan suasana dan keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, masa yang

lama diperlukan. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru kemahiran Kemahiran

Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan

satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh

mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan

pengguna.

Di sekolah menengah, pengurusan bengkel dilakukan oleh guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pengurusan bengkel

dijalankan di samping tugas utama mereka iaitu mengajar. Guru juga perlu

menjalankan tugas-tugas lain selain daripada mengajar dan menguruskan bengkel.

Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang

meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas (seperti pendawaian,

pengudaraan dan perpaipan), penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan

perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan

warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan

dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancanganpembelian

alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan; kaedah

penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan). Tugas-tugas ini dijalankan

secara khusus sebagai satu profesion lain. Pengurusan bengkel memerlukan guruguru

yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan bengkel supaya

kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Guru Kemahiran Hidup Bersepadu menghadapi dan menangani berbagai

masalah dalam perlaksanaan program Kemahiran Hidup Bersepadu ini. Perkara ini

diakui oleh Wan Zahid (1990). Di antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan

bilik darjah dan peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Tanggungjawab guru Kemahiran Hidup Bersepadu bukan setakat

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga melibatkan

tanggungjawab guru dalam pengendalian bengkel bagi memastikan prestasi pelajarpelajar

meningkat serta cemerlang selaras dengan kehendak kerajaan menjadikan

Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan Fasiliti

Negara (Nafam) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi pada 14 Ogos 2007 disifatkan bahawa kerajaan memandang serius

ke arah usaha mengurangkan kos penyelenggaraan harta awam yang seterusnya akan

menentukan standard bagi pengurusan dan penyelenggaraan aset negara. Sepatutnya

wang yang dibazirkan dapat dijimatkan untuk pelbagai projek lain bagi manfaat

rakyat. Pelbagai usaha dan tindakan daripada pelbagai pihak perlu disepadukan bagi

menanganinya. Adalah diharapkan penubuhan jawatankuasa berkenaan akan dapat

membawa perubahan sikap dan minda rakyat untuk sama-sama memainkan

tanggungjawab memelihara aset negara.

Berdasarkan kepada tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan, semua pihak

yang terlibat dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah

perlulah mengambil iktibar dan panduan bagi memastikan pengurusan

bengkel dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya walaupun tidak melibatkan kos

penyelenggaraan yang besar.

Sumber:

Click to access ZAINOLBP050214D2008TTP.pdf

15 Responses

  1. apakah pandangan anda mengenai halatuju khsr?
    wajarkah subjek ini dimasukkan dalam upsr mahupun subjek ini diajar sejak dari prasekolah lagi atau sewaktu dengannya?

  2. salam sejahtera, saya pelajar upsi ambil kursus pendidikan kemahiran hidup tahun 3. saya mahu pertolongan pihak tuan sekiranya ader maklumat tentang tujuan dan objektifpembelajaran berasaskan projek kemahiran hidup serta strategi perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek kemahiran hidup di sekolah. sedikit sebanyak saya emngahrapkan maklum balas dari pihak tuan . terima kasih

  3. Salam.Sekolah saya baru mendapat bangunan baru 3 tingkat dimana terdapat satu bengkel kemahiran hidup yang sebesar bilik darjah dan tiada stor untuk simpanan barang2 kh.Saya ingin meminta pandangan dan pendapat rakan2 guru KH bagaimana cara saya nak setup bilik kh tersebut dan apakah bahan2 yang wajib ada didlam bengkel seperti dokumen2 dan alatan.Kalu ada koleksi kerja kursus KH/projek untuk murid boleh la kita sama2 kongsi bersama.Trima kasih. 🙂

    • salam saudara Nik Aziz,

      Tahniah kerana menjadi seorang pendidik dan saya tumpang gembira kerana anda mendapat kemudahan bengkel baru. Anda adalah guru yang bertuah kerana masih banyak lagi sekolah yang menggunakan bengkel lama, termasuk peralatannya.

      Sebagai langkah pertama, anda perlu memikirkan apa yang perlu diisi di dalam bengkel tersebut. Perkara asas yang perlu ada di dalam bengkel KHB ialah meja kerja. Apabila sudah ada meja kerja, anda perlulah melengkapkannya dengan ragum meja dan ragum logam. Alatan tangan bolehlah disimpan di dalam almari dahulu.

      Apabila sudah ada kelengkapan asas tersebut, anda bolehlah memikirkan dimanakah ruang untuk membuat stor alatan, panel alatan dan mesin pegun.

      Selalulah mengunjungi blog ini untuk sama-sama berkongsi pendapat.

      terima kasih

  4. salam..saya ingin dptkan gambar bengkel kerja kayu & logam yg blh dijadikan contoh pengurusan bengkel yg berkesan..tq

  5. selamat sejahtera. kami baru membuka bengkel kh di sekolah.saya ingin bertanya cadangan untuk menubuhkan satu bengkel yang bagus dan gambar – gambar- gambar peralatan bengkel kh untuk membuat kad memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

  6. saya pun menghadapi masalah yang sama untuk bengkel elektrik. Keperluan asas sudah sedia ada cuma untuk menceriakan dan mengindahkannya tanpa mengubah fungsi.

  7. assalamualaikum cikgu,
    sy guru pppld dga29 opsyen KH.
    Ingin bertanya pd cikgu, dimanakah tempat yg paling mudah dan sesuai untuk sy smbung ijazah sarjana muda (part time).
    Sy mohon cadangan cikgu dan rakan2 guru yg lain.
    Adakah ia perlu perbelanjaan sendiri atau biasiswa BPG/KPM?
    Dan apa yg perlu sy lakukan untuk memohon.???
    Terima kasih….

  8. selamat berkenalan. Saya guru KH di Cameron Highlands. Dulu belajar di MPBP 92-94. Tahniah atas pembinaan log ini.

  9. selamat berkenalan.saya baru jumpa blog ini. Tahniah . Mari kita share ilmu.

  10. tahniah kerana membina blog yg brinformasi seperti ini utk guru2 khb. mohon izin utk copy maklumat dr blog ini..

  11. Assaalam…
    Mohon jasa baik tuan untuk saya dapatkan pekeliling @ manual pengurusan bengkel yang ada menyebut tentang jumlah murid tidak boleh melebihi 25 orang dalam kelas amali…
    Saya telah berusaha untuk dapatkan daripada pelbagai pihak namun setakat ini masih belum berhasil…

Leave a comment