Filed under: Maklumat | Tagged: dapatkan dipasaran... | 2 Comments »
AL-FATIHAH
Pagi ini saya menerima berita kematian seorang sahabat. Allahyarham Megat Hashim. Beliau merupakan seorang rakan yang begitu banyak memberi sumbangan di dalam dunia KHB. Tentu ramai rakan-rakan mengenali beliau kerana beliau sering memberikan ceramah, taklimat dan seumpamanya di dalam mata pelajaran KHB. Kematian beliau amat dirasai sekali terutama rakan-rakan yang sering terlibat dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan. Begitu juga dengan rakan-rakan di Jabatan Pelajaran Kelantan dan Jabatan Pelajaran Perak. Kehilangan beliau amat sukar di cari ganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin..
Filed under: Maklumat | 1 Comment »
MPP, DSP DAN DIC
Salam sejahtera.
Baru-baru ini saya dijemput untuk bermesyuarat bersama LP. Alhamdulillah, dapat bersua dengan rakan-rakan dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Seronok sebab dah lama tidak merasa suasana sebegini.
Pengisian mesyuarat ialah mengenai PBS yang baru iaitu standard prestasi. Pada mulanya agak pening juga dengan istilah-istilah baru. Namun akhirnya dapatlah sikit-sikit menguasai apa yang dimaksudkan.
Apa yang kurang sedap ialah ada suara-suara yang mengatakan kaedah pentaksiran yang diperkenalkan akan mendedahkan kepada penipuan pemberian skor kepada pelajar. Ada antara pentaksir akan memberikan markah terbang kepada calon.
apa yang saya nampak, pihak yang membuat instrumen telah berfikir panjang, membuat banyak kali penambahbaikan, mengkaji dan sebagainya sebelum memperkenalkan perkara ini. saya anggap, ini adalah suatu alat yang terbaik pada masa sekarang bagi tujuan pentaksiran. Soal markah terbang adalah bergantung kepada pentaksir itu sendiri. Walaubagaimanapun, personel yang menjaga jaminan kualiti tetap ada. Mereka ini boleh mengesan kualiti skor dan evidence yang dijelmakan. Oleh itu, kita buatlah secara jujur. Berilah skor dengan adil. Ibu bapa pelajar akan merasa bangga sekiranya anak-anak mereka betul-betul mendapat kemahiran dan boleh di aplikasikan pula untuk kehidupan harian.
wassalam.
Filed under: Maklumat | 1 Comment »
Buku Super Skor
10.10.11
Salam sejahtera.
Sengaja saya letakkan nombor 10.10.11 sebagai tajuk diatas. NOmbor tersebut bukanlah nombor ajaib. ianya adalah tarikh peperiksaan kertas KHB bagi peperiksaan PMR akan datang. saya yakin ,guru dan pelajar sudah mendapat jadual peperiksaan tersbut. Lekatkanlah jadual peperiksaan di mana-mana sudut yangsenang dilihat.
saya yakin, guru dan pelajar sekarang sedang asyik membuat latih tubi. Satu kaedah yang sering digunakan ialah dengan menggunakan soalan-soalan percubaan dari negeri lain. saya juga ada menggunakan kaedah tersebut. Antaranya ialah soalan percubaan dari negeri sembilan dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur. kertas-kertas soalan ini ada yang menariknya. Persembahannya menarik dan ada beberapa kelainan berbanding dengan kertas soalan dari negeri lain.
guru yang membuat perbincangan diharapkan dapat memberikan ulasan yang sebaiknya kepada pelajar. ulasan termasuklah tentang aras soalan dan teknik untuk ‘tackle’ jawapan kepada soalan itu.
bagi saya, sekiranya pelajar dapat menjawab 50/60 soalan itu dengan tepat, pelajar tersebut ada harapan untuk mendapat gred A. namin begitu, pastikan kerja kursus pelajar tersebut juga sempurna..
wassalam.
WAN AHMAD KAMAL
14 SYAWAL 2011
Filed under: Maklumat | Leave a Comment »
SALAM AIDIL FITRI
Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung blog ini.
Filed under: Maklumat | Leave a Comment »
PENYELARASAN KERJA KURSUS
salam sejahtera.
sudah agak lama tak menulis. agak sibuk dengan program sekolah yang semakin menjadi-jadi. Apatah lagi untuk menghambat bulan Ramadhan yang bakal menjalang tiba.
Bermula minggu ini ‘road tax’ kami sebagai penyelaras ‘hidup’ selama dua minggu. Maka bergeraklah kami kesana kemari menunaikan amanah yang diberikan. Teringat kata-kata saudara Khairy masa pekena teh tarik mamak di sebelah Hotel Chempaka baru-baru ni. Katanya kalau kita sibuk dan disibukkan, janganlah stress..anggaplah orang beri kepercayaan pada kita masa tu..jangan sampai orang dah tak percaya..teruk jadinya..
kata-kata beliau ada kebenaran dan kemenjadiannya. Bayangkan kalau kita tak diberikan jadual waktu di sekolah..hari-hari pergi sekolah..tapi tak ada kerja…tugas lain pun tak ada..bukan kata sebulan, seminggu pun rasa bengonglah kita..dalam kepala pulak macam-macam yang difikirkan..siapakah aku, apa salah aku, apa aku kata kat orang dan sebagainya..
so, pakailah kata-kata dan nasihat saudara saya tu..bekerjalah sementara orang percaya kat kita ni…
ada beberapa sekolah yang saya cadang menjalankan penyelarasan..cadangan memang banyak, tapi nak praktikal, rasa mana yang sempat saja lah..ada sebuah sekolah yang saya cadang nak pergi..tup-tup jam tujuh pagi, sahabat saya kata cikgu tu ambil MC plak dah…jadi blank 5 minit…apa tak blanknya, kita dah plan untuk kesana, tetiba saja cancel..so pergi la sekolah, selesaikan mana yang orang beri ‘kepercayaan’ (tugas-tugas biasa) kepada kita.
Hari ni ke sebuah sekolah lagi. Sekolah kluster. Pentadbir bagus, cikgunya pun bagus. sudah pasti pelajarnya pun bagus dan yang penting kerja kursus pelajar tip top. Tahniah.
Sebagai penyelaras, tugas saya hanya menyelaras skor sahaja. Segala eviden yang ada menepati kriteria yang ditetapkan. Sekiranya terdapat perbezaan, calon boleh lagi membuat pembaikan dengan bimbingan guru pentaksir. Ini lah fokus utama penyelaras. kami bukannya nak cari kesalahan, tapi kami memberikan bimbingan apa yang termampu.
Jika diteliti, PBS ni ada keindahannya. Komunikasi dengan guru pentaksir kenalah jelas dan lembut. Mereka banyak ‘kepercayaan’ yang perlu dilunaskan. janganlah membebani mereka.
…bersambung…
wan ahmad kamal
Filed under: Maklumat | 4 Comments »
KHB = Kita Hendak Berpindah….?????
Mata pelajaran vokasional dimansuh mulai tahun depan
Posted on June 27, 2011, Monday
KULIM: Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.
“Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).
“PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, semalam.
Katanya berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.
Beliau berkata kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini. — Bernama
Filed under: Maklumat | Leave a Comment »
ICT oh…. ICT… (bukan Ikut Cikgu Terlintas)
africk menulis……
Jangan Marah… sekali sekala kita bersantai…..!!!!

Dengar cerita ada jin yang telah menyampaikan berita… iaitu berita yang akan datang ( future)…. bukan cerita sekarang atau yang udah lepas…..!!! akan datang… 2014 kut…..!!!. Dia menyatakan bahawa komponen ICT akan dimasukkan ke dalam sukatan KHB…. wow…. kita semua kena blajar apa tu…. moto cat… wek saad….??? … nak sebutpun tak tahu…… Tapi…. kitakan guru KHB (kita harus berubah)… apa aje yang datang, kita tempuhi…..dengan hati terbuka….!!!! ++###%% +***&^ 乐头痛,我们将……!!!! Le सिरदर्द हम करेंगे ……!!!! ปวดหัวเราจะ ……!!!!

Saya dah sediakan UNDIAN di sebelah….. undi ya….!!!!
Filed under: Maklumat | 1 Comment »
Berita dari rantau..
salam tuan2 dan puan2..anak itik dan anak ayam…dah lama aku tak menulis di blog ini..dah kering idea? tidak…cuma tak berkesempatan..maklum la..umur makin meningkat, kerja makin banyak..orang cakap tak seimbang..
apa2 pun , aku ucap terima kasih kepada para sahabat yang mengunjungi blog ini..ucapan tahniah yang diterima mengembangkan lagi hidung ku dan hidung si africk tu..( kawan si talib ni). tak semena-mena blog norliza jais juga turut popular..tarima kasih saja lah kerna sama2 mengembangkan ilmu..ish panjang juga berleter…
apa yang nak disampaikan ialah perkembangan tak rasmi mengenai subjek RBT..dengar khabarnya dah tukar kepada PVT pulak dah..bagus BPK ni, sering buat inovasi. aku tak banyak tahu tentang konten PVT ni..cuma dengar jauh2 saja..katanya pelaksanaan jadi delay..ish macam er asia saja delay2 ni…
apa yang aku harap, kalau aku dijemput bercerita mengenai PVT nanti, janganla kena sembur kat audion2 cikgu2 KHB…terutama otai2…sebabnya dengar khabar banyak juga elemen komputer, auto cad, web dan sebagainya yang tentunya majoriti otai2 tak suka perkara ni..
harap BPK selak2 la kajian2 / thesis yang dijalankan oleh student2..janganlah main ikut sahaja..kita nak happy learning and happy teaching…
bersedia lah semua guru KHB..
Filed under: Maklumat | 3 Comments »
Reka cipta tingkatan 3 @ Modul 4
Selepas cuti beraya tahun baru Cina nanti, banyaklah sekolah akan menumpukan kepada kerja kursus pula. Tentunya, guru dan pelajar di tingkatan 3 akan memfokuskan kepada perkara ini.
Berdasarkan ‘poll’ yang berada di blog ini, majoriti guru dan pelajar akan mereka cipta produk yang dibawa sampel/contoh oleh pembekal. Mengapa dan kenapa…?
Bila berbual-bual dengan rakan guru, mereka akan memberi respon “mudah, contoh dah ada…”. Tidak kurang juga yang berkata ” kalau tak bagi contoh, pelajar aku memang tak boleh buat…” dan ada juga yang mengatakan “asal buat saja…”
Jawapan-jawapan spontan ini bukanlah menggambarkan isi hati keseluruhan guru-guru KHB seluruh Malaya, termasuk di Tenang…bukan kesemuanya. Ini sebilangan kecil sahaja.
Saya cukup yakin, guru-guru dan pelajar yang mengambil mata pelajaran ini faham isi pembelajaran @ hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan termaktub di dalam Huraian Sukatan Pelajaran KHB. mungkin terlupa, so ..selak-selaklah HSP itu..
Saya tertarik dengan satu idea seorang pelajar di sebuah sekolah di pedalaman Kelantan. Pelajar tersebut juga merupakan calon PMR dua tahun lepas. Idea yang diberikan cukup menarik. Masalah yang dikenalpasti ialah mengenai seekor tupai. Tupai? ya, seekor tupai sering memasuki rumahnya. So, apa masalahnya dan nak kaitkan dengan Reka cipta..?
Tupai itu telah mendatangkan masalah kepadanya kerana sering mencuri makanan yang diletakkan didapur rumahnya…Oleh yang demikian, dia hendak mereka cipta satu perangkap tupai untuk memerangkap tupai tersebut..saya tersenyum membaca dokumentasi pelajar ini.
Berilah kebebasan kepada pelajar kita untuk mengutarakan masalah yang sering dihadapinya, namun dalam masa yang sama, hadkan kerana kita ada kekangan dari segi bahan dan masa.
sekian coretan kali ini. WAN AHMAD KAMAL
Filed under: Maklumat | 13 Comments »
ELEKTRIK TINGKATAN 1 – Zero and hero
hari ini berkesempatan lagi menjalankan amanah dan tugas sebagai seorang guru KHB. Kebetulan pula RPT yang dirancang ialah tajuk Elektrik – Kerja-kerja pendawaian. Pelajar usah kira la, memang mereka berminat dengan tajuk ni. Memandangkan bilangan pelajar agak ramai sedikit, saya menggunakan kaedah pengajaran secara berkumpulan. Seorang ketua kumpulan dilantik untuk menguruskan pengambilan alatan dan bahan. PNP terus berjalan dengan baik. Selepas menjalankan sesii tunjukcara, pelajar-pelajar memang seronok membuat praktikal.
semasa sesi PNP berlangsung, saya dipanggil oleh pelajar kumpulan 6. Mereka mengatakan tidak dapat membuka salah satu skru pada bahan yang diberikan. Saya terfikir sejenak. Rupa-rupanya saya terlupa dan menganggap pengetahuan sedia ada pelajar telah ada tentang teknik melonggar dan mengetatkan skru..
Itu la kita. jangan menganggap semua pelajar boleh melaksanakan sesuatau perkara yang kita anggap sebagai mudah. Anggaplah mereka ‘zero’, bukannya ‘ hero’…
wassalam.
Filed under: Maklumat | Leave a Comment »
Penyelarasan Rancangan Tahunan PNP KHB Tahun 2011
Pemeriksa Kertas
tajuk cerita mungkin kurang menarik. Pemeriksa kertas. Biasa saja. Kita yang mengajar KHB mungkin tak terlibat. Kerja menanda kertas ini diuruskan pihak yang lain.
Dipendekkan cerita, ada la seorang sahabat bertanyakan seorang sahabat yang dah lama tak jumpa. “Cuti persekolahan ni kau tak tanda kertas ke?”. Sahabat tu berada di sebelah saya. Maknanya saya duduk ditengah-tengah la..Sebaik sahaja soalan tu berakhir, sahabat yg ditanya tu cuma memandang saja dengan mata yang berkelip2. Kemudian, tersengih2 seterusnya terbahak2 ketawa…Saya yang duduk ditengah2 ni hairan. Soalan lucu ke? soalan cepu emas ke..?
Sahabat yang bertanya tadi kehairanan dan memandang ke arah saya. Saya pun turut sama kehairanan. pertanyaan tu bukannya lucu pun..
Selepas habis ketawa dan mengesatkan air mata yang keluar impak daripada ketawa tu..dia berkata…” Aku nak tanda kertas..? Buku latihan budak pun tak sempat nak tanda…..
Sebaik sahaja perkataan terakhir yang diucapkan..saya pun turut ketawa..dan berfikir sejenak…adakah aku termasuk golongan itu…?
WAN AHMAD KAMAL
Filed under: Maklumat | Leave a Comment »
Keputusan PMR KHB 2010
Keputusan sudah diumumkan. Tahniah kepada pelajar, guru, ibu bapa yang berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru KHB. Semestinya anda gembira kerana biasanya m/pel KHB adalah antara m/pel yang tinggi peratus kelulusannya. Mesti anda tersenyum lebar..sampai ke telinga bila Pengetua bercakap hal ini. hati-hati..jangan sampai ada yang mencebik bibir melihat senyuman anda.
Saya amat kagum kerana kenaikan peratusan KHB-SPN. Kod m/pel ini 78. Tahniah dan salutt. Kita usah bicara kenapa hanya m/pel ini sahaja yang di’hightlight’kan..keluar TV u.. macamana dengan KT, ERT dan SPN? Soalan susah? Student tak pandai? atau ..?
Amalan yang dibuat di kebanyakan sekolah ialah pelajar-pelajar yang berada di kelas pandai biasanya akan mengambil pilihan PK dan KT. bagi pelajar pilihan SPN pula biasanya untuk kelas-kelas pertengahan dan hujung. kalau diikutkan resmi padi (kata P Ramlee) pelajar yang berada di kelas hujung biasanya rendahlah prestasinya..namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..Pilihan SPN telah menenggelamkan pilihan KT, ERT dan PK.
Apa pun respon yang diberikan semua pihak perlulah membuat post mortem. Tak perlulah sampai ke HKL..cukuplah dengan sekadar bermuhasabah diri. bagi guru, rancanglah Rancangan Pengajaran Tahunan dengan lebih sistematik dan praktikal. bagi calon PMR 2011 pula, janganlah mengharapkan bantuan dari guru 100%. usaha anda hendaklah lebih. Yakinlah : Usaha Lif Kejayaan..
wassalam
Wan Ahmad Kamal
Kuala Lumpur
Filed under: Maklumat | 2 Comments »








