• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,802 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

BAHAN

Buku Manual Pengurusan Bengkel KHB.

Modul Lukisan Teknik Teras – untuk guru dan pelajar

Modul Lukisan Teknik Elektif KT – untuk guru dan pelajar

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, sila hubungi saya melalui email wan_ahmad_kamal@yahoo.com.my

———————————————————————————————-

 bahan-bahan yang berkaitan dengan khb.

SILA CLIK LINK DI BAWAH:

kt1a.doc

modul-pentaksiran-2-teras-edit.doc

contoh soalan

Di bawah ini adalah contoh2 projek (yang ada dipasaran) yang boleh digunakan untuk penyedian modul RBT t3.

27016-shelves-racks-wooden-kitchen-rack.jpg30712-shelves-racks-wood-heart-rack-and-key-holders.jpg33134_small.jpg

Anda juga boleh mendapatkan maklumat dan gambar2 di laman web di bawah;

http://huiyang.en.alibaba.com/

semoga mendapat faedah….!!!

361 Responses

  1. send me sets of KHB PMR questions please…. May Allah Bless you..

  2. minta maaf… saudara faiq!
    Belum ada set soalan tersebut… insayaallah di lain masa.

  3. soalan KHB PMR adalah katogeri soalan tertutup. Tiada salinan dapat dibuat. Saudara Faiq boleh menapatkan buku-buku rujukan dipasaran sebagai panduan/latihan sahaja.

  4. assalamualaikum…..

    macam mana kalau kt berkongsi bahan-bahan yang kita ada..so kalau blh kt upload dalam blog. saya ada juga buat modul pentaksiran tingkatan 1,,so ape kate cikgu tegok modul tu dan saya nak komen dari cikgu lah

  5. memang cantik tu…. kita sama2 kongsi…
    haslil ni dari mana…????
    insyaalanlah…. bukan. setakat modul pentaksiran…. pengalaman menulis buku pun bleh sama2 kongsi
    tq…….

  6. Assalamualaikum,

    Ada sesiapa dari kenalan laman ini mempunyai contoh penulisan dokumentasi kerja kayu tingkatan 3 untuk dijadikan rujukan guru dan pelajar.

    Thanks….

  7. siti aminah… tq
    tunggu kemunculannya awal tahun 2008

  8. assalamualaikum….. ada x contoh kerja kursus tingkatan 3 khb aliran kemahiran teknikal? pertolongan anda dalam hal ini amat dihargai……

  9. tunggu ashraf…..

  10. apakah perbezaan antara model & prototaip?

  11. model – menumpukan kepada reka bentuk/design. Saiz model adalah bukan saiz sebenar produk.

    prototaip – merupakan bentuk sebenar dan berfungsi. prototaip direka untuk tujuan ujian makmal dan ujian parameter.

  12. terima kasih che 1 di atas info dari anda….

  13. terima kasih che 1 di atas info anda…!!!

  14. assalamualaikum,
    ada tak contoh kerja kursus ting. 3 aliran k.teknikal?
    kalau ada,tlg send ke emel ni ek…

  15. Kerja Kursus Tingkatan 3 adalah berbentuk Modul. Modul yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 ialah Modul 4. Terdapat dua tugasan yang dinilai untuk peperiksaan PMR iaitu eviden produk dan dokumentasi. Sila rujuk Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus PMR Mulai PMR 2008 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia cetakan tahun 2006. Sebagai ingatan, pelajar hanya perlu memasukkan eviden (bertulis) ke dalam ring fail. Eviden ini adalah berbeza dengan eviden bagi calon PMR tahun 2007. Ini kerana calon PMR 2007 mengguna pakai Dokumen Pentaksiran yang lama.

    sekian.

  16. ada sedikit nota sila klik

    http://aacaan.bravepages.com/kh/KH2.htm

  17. na gamba reka bentuk frm 3!!!
    susa btoll na cari

  18. na cntoh gamba reka bntuk ,tlgla cikgu da na ney !!

  19. um..ada x contoh kerja kursus yg perlu dibuat untk form 3 thn 2008?…

  20. jac,

    saya percaya pengusaha blog ini mempunyai maklumat yang saudara perlukan. hubungi beliau.

  21. cikgu jac…..
    memang saya ada yang terkini…. tunggu jab….
    sibuk menunggu tarikh 8 mac ni……..!!!! sabar ye..

  22. mcm mana nak cari gambar untuk elemen 4.1 tu…susah nak dapat

  23. adengz…..
    elemen 4.1 tu……
    gambar projek yang sedia ada di pasaran kan…!!!
    so, kena layari internet le…. persoalannya, apakah tema yang dibuat…???
    cuba layari;
    http://sourcing.tdctrade.com/

  24. Saya baru sahaja mendengar post mortem cikgu kat langkawi dan ianya sangat bermanfaat

  25. laman web yang memberikan maklumat, gambar foto dan gambarajah komponen elektronik http://www.kpsec.freeuk.com/components/htm.

    Anda juga boleh mendapatkan gambar grafik yang jelas mengenai bidang tersebut. Sila email permintaan anda kepada wan_ahmad_kamal@yahoo.com.my

  26. cikgu din,

    bahan baru tak ada ker..?

  27. saya belum jadi cikgu KHB lagi. tengah training la ni. tapi dalam dok training ni takut la jugak. cam susah je nak ajar subjek ni…risau saya. saya harap saya dapat buat yang terbaik untuk diri saya dan juga untuk masa depan anak bangsa!!!! sila beri tunjuk ajar

  28. zuriati,….
    terima kasih kerana sudi melayari blog ini.
    Zuriati tak perlu takut!! malah saya sebagai guru yang dah agak lama, berasa bangga kerana zuriati sanggup memikul tugas ini. Untuk pengetahuan zuriati, di blog ini dikunjungi oleh PAKAR KHB seluruh Malaysia. Ramai rakan2 yang merupakan pentaksir negeri akan bersama mendengar rintihan dan masalah kita semua. Kalau dapat insyaallah kita akan sama2 membantu.

  29. che 1…….
    Klau ada apa2 bahan2 yang terbaru hebah2kan le….

  30. tlg saya……saya nak gambar gambar untuk reka bentuk projek 2008 PMR….blh emailkan untuk saya ke sri2tamil@yahoo.com.sg

  31. sila semak email anda…

  32. terima kasih atas nasihat yang diberi. saya dapati laman web ini amat2 berguna untuk guru2 KHB terutama yang masih baru/bakal guru KHB. Insyaallah saya akan sebarkan pada rakan2 sekelas saya yang lain tentang wujudnya laman web seumpama ini. semoga anda dirahmati oleh Allah.

  33. terima kasih Zuriati…..
    Ini le semangat yang ingin didengar…. !!!!

  34. assalamualaikum…

    disini saya dan rakan2 ingin meminta jasa baik sesiapa yang mempunyai :

    1. nota @ maklumat untuk tajuk pendawaian elektrik di rumah

    2. Format untuk membuat MODUL mata pelajaran kemahiran hidup. kami juga amat berbesar hati sekiranya contoh modul dapat dikongsi dan di email kan kepada saya.

    sekian terima kasih
    zuriati,alin,zila,idah & azeleey

  35. che 1… minta bantu adik-adik ,kita ni….

  36. salam…..buat kekawan yang lama tak jumpa!!! selamat mentaksir…….

  37. salam..sy merupakan bakal guru(course KH)..next week sy akan ada micro teaching..sy bminat utk topik sel kering krn sy ade model 3D bateri..apakah set induksi yg sesuai utk sy lakukan dlm micro teaching nnt..

  38. saudari ima,

    set induksi yang baik mampu merangsang minda pelajar untuk mencapai objektif pelajaran.

    set induksi bagi tajuk sel kering boleh dibuat dalam pelbagai cara.

    antaranya ialah dengan mengggunakan lampu suluh (torch light). Lampu suluh tersebut bolehlah digunakan sebagai alat dalam satu permainan ringkas. Kemudian Ima bolehlah menerangkan kepada pelajar bagaimana sumber cahaya yang diperolehi dari lampu suluh tersebut.

    selamat bertugas.

  39. Kepada Guru-Guru KHB yang ingin mencari bahan ABM sila layari
    http://www.orangems.biz

  40. salam..ada maklumat ttg pentaksiran reka bentuk dan teknologi sek rendah tak? saya guru pelatih dr iptho batu pahat.

  41. di manakah saya boleh mendapatkan kesemua modul KHB yang terkini?

  42. saudara muhammad,
    sepanjang pengetahuan saya, pentaksiran reka bentuk dan teknologi hanya dibuat bagi peringkat skolah menengah sahaja.

  43. encik tebu,

    Modul KHB yang terkini ialah Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB Mulai PMR 2008. Saudara bolehlah mendapatkannya di mana-mana sekolah menengah harian seluruh Malaysia dengan menghubungi Ketua Pentaksir Sekolah matapelajaran berkenaan.

  44. maktab teknik dah semakin berubah sekarang..
    Tahniah kerana dah berjaya jadi pendidik..

  45. Kenapa Kita harus menanam keratan batang ke dalam lubang medium secara menyerong?

    • untuk sokongan n elak keratan tu terbalik.
      potong secara serong untuk tmbh luas permukaan utk galak pengakaran dan serapan air&nutrien.

  46. Do you know english?

  47. Kenapa Kita harus menanam keratan batang ke dalam lubang medium secara menyerong?

    supaya bahagian yang akan mengeluarkan akar lebih luas……

  48. Salam KH ,
    Saya merupakan guru yang mengajar kh, jika mahu merujuk apa apa maklumat sila layari laman ini kita boleh berbincang atau ke email saya ramdzan.jabar@yahoo.com

  49. Saya ingin mendapatkan silibus dan information tentang KH KBSR untuk rujukan saya.diharapkan ada yang dpt mbantu sya.terim ksh

  50. saudari Ladisa,

    cuba layari web Pusat Perkembangan Kurikulum / Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    alternatif lain, cuba blog mdzaini.

    tq

  51. salam…saya anni, seorang surirumah.. tengah buat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) tahun empat diutm skudai. Sekarang sedang buat tesis e-pembelajaran untuk kemahiran hidup. tengah pilih topik apa yang banyak masalah kalau mengajar kat kelas. Masalah saya ialah saya langsung takde pengalaman sebagai guru jadi problem nak cari topik apa serta rasional kenapa saya pilih topik tu. Tolong saya kalau ada yang boleh membantu.tq

    • agak susah nk ajar tajuk perdagangan dan keusahawanan sebab terlalu banyak teori.pelajar cepat bosan..ABM pun terhad.

      • saya sdg membuat thesis mengenai keusahawan. bagaimana saya ingin dapatkan kaedah pengajaran subjek ini di peringkat sekolah rendah/menengah…

  52. Tahnah kerana dapat meneruskan pengajian. Secara peribadi saya kagum dengan semangat jitu Puan.

    Agak sukar juga untuk Puan mengenalpasti masalah pembelajaran dalam KHB. Ini kerana Puan tidak ada pengalaman menjadi seorang guru.

    Topik yang menjadi masalah kepada guru-guru KHB adalah berbeza. Ini bergantung kepada ilmu dan kepakaran guru itu sendiri.

    Sebagai contoh, guru opsyen Kemahiran Teknikal mungkin bermasalah sedikit dalam topik Jahitan dan Masakan. Guru Ekonomi Rumahtangga pula mungkin bermasalah untuk mengajar topik Elektronik dan Lukisan Teknik.

    Namun begitu tidak semua guru-guru KHB mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Itu berdasarkan pengalaman dan tinjauan saya sahaja.

    Bagi menyediakan thesis Puan, saya cadangkan Puan membuat limitasi sampel kepada guru-guru KHB ERT sahaja. Ini akan memudahkan Puan membuat kajian kerana saya cukup yakin mereka dapat memberi kerjasama kepada Puan.

    Sampaikan salam saya kepada Prof Haji Wahid.

    Wan Ahmad Kamal

  53. salam..sy masih baru n insyaallah bkal jd cikgu kh..tgh prkticl lg..sy da bc blog ni,mmg byk sgt info terutma bg sy yg masih baru dlm bidng pendidikan..major sy sains pertanian…klo bleh nk minta pendpt nk tarik minat pljr dlm bidng pertanian..nk tahu jgk ade x cth2 soalan khb pertanian..
    terima kasih.

    • salam as..akak dulu pljr Bac.Pend Sc.Pertanian juga kat UPM.cara pertama ialah buka minda mereka tentang prospek kerja dalam bidang pertanian dan edarkan risalah kejayaan petani2 moden yang bergelar jutawan.akak banyak dapat risalah melalui pameran agrobazar or ada jg dlm majalah2 agro.kadang2 ada jg bg pljr tengok gmbr amali kami di ladang UPM.

  54. salam….layari laman web ini http://www.khbteacher.com. Laman web ini dibangunkan untuk pelajar-pelajar ting3 yang akan menduduki PMR terutama pelajar yang mengambil pilihan teknikal.

    Selain itu, ia adalah projek akhir saya pengajian master pendidikan multimedia. Sila berikan komen dan cadangan atau anda boleh mengundi di link surveys. Saya berharap ia mendatangkan manfaat bersama. Thanks

  55. Salam…..layari laman web http://www.khbteacher.com.
    Ia dibangunkan untuk pelajar2 yang akan menduduki PMR dan yang mengambil pilihan Kemahiran Teknikal.

    Selain itu, ia adalah projek akhir pengajian master pendidikan multimedia. Sila berikan komen dan cadangan atau undi di link surveys. Diharap laman web ini mendatangkan manfaat bersama.

  56. Salam…

    Sy skrg ingin memohon belajar di UPSI..dlm bidang Ijazah Pendidikan Kemahiran Hidup..apakah pendapat cikgu..sukar atau tidak dlm proses pembelajaran dlm bidang ini…sbb ada kwn2 bgtau susah krn ada pelajaran kimia…jd sy mohon nasihat cikgu…sy merupakan lepasan diploma di politeknik..jd bahasa inggeris jg mslh kpd sy..hhuuhuhuhhu..

  57. saudara mohd,

    saya tidak ada pengalaman belajar di UPSI, so saya tidak boleh menerangkan subject2 yg wajib disana.

    walaubagaimanapun, semasa di UTM antara paper wajib adalah Kimia, biologi dan add math. selain itu paper wajib universiti dan fakulti pun banyak termasuklah bahasa inggeris.

    saudara mohd tidak perlu gusar kerana niat kita adalah untuk belajar. soal berapa gred yang akan kita dapat adalah bergantung kepada usaha kita.

    tahniah kerana mendapat tawaran belajar di dalam bidang KH di UPSI. Good luck.

  58. as’kum… saya belajar di ipsmb… dan sya mengambil subjek kejuruteraan mekanikal,elektrik, ERT bm dan Bi… ada x soalan berkenaan tajuk diatas? Yag berkaitan x kira tahap pengajian.. terima kasih

  59. saya baru melanjutkan pelajaran dalam kursus PPISMP di IPSMB.. mgkin masih baru… tetapi sya menghadapi kesukaran kerana mempunyai tugasan yang banyak.. dan borang kolaborasi juga mempunyai tandatangan yang sedikit kerana tugasan perlu disiapkan dalam masa 2 mggu… apa pandangan cikgu terhadap masalah saya?

  60. Assalammualaikum,
    Saudara Mohd,
    Saya adalah pelajar di UPSI dan masih belajar dalam tahun 3. Untuk pengetahuan saudara, saya mengambil Ijazah Pendidikan Kemahiran Hidup. dan merupakan badge pertama yang mengambil course ini di UPSI. Pada pengetahuan saya, tiada subjek2 sains seperti kimia atau fizik yang perlu dipelajari.Kami lebih didedahkan dalam bentuk praktikal tapi ada juga teori. Jadi awk kenelah kerja keras sikit sbb banyak projek yang akan awk buat. Dan pembelajaran kebanyakkannya di dalam bahasa malaysia.

    Subjek-subjek yang akan saudara pelajari di sini seperti menjahit, memasak, lukisan kejuruteraan, perkebunan, penternakan, keusahawanan, elektrik dan elektronik, kerja kayu logam dan banyak lagi. Selain itu, semua pelajar akan diwajibkan mengambil subjek2 pendidikan spt pedagogi atau sosiologi serta subjek2 universiti.

    Saya harap info yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu saudara bagi membuat keputusan. Jika awak masuk ke sini, jgn risau, senior2 sedia membantu awk jika memerlukan bantuan kami.Insya allah.

  61. Terima kasih Mis Z. Sumbangan saudari diperlukan di blog ini.

  62. Sememangnya Fitrah manusia perlu di bantu dan membantu. Insya allah. Laman ini sememangnya sangat berguna untuk bakal dan guru KHB.

  63. bolehkah saya mendapatkan silibus kemahiran hidup tingkatan 1 hingga 3 ( kerja kayu dan logam )

  64. kavitha,
    saudari boleh mengunjungi web Bahagian Perkembangan Kurikulum, kementerian Pelajaran Malaysia. Sila download fail di sana. Saudari juga boleh mengunjungi mdzaini.blogspot.com

    terima kasih kerana melayari blog ini.

  65. saya ada bank soalan kh kt…sesiapa nak boleh email..tq

  66. terima kasih atas pandangan yang diberikan….saya ada ambil subjek penilaian dan pengukuran. so kena buat asmgmat tentang tajuk isu-isu penilaian dan pengukuran ..boleh bagi pandangan tentang tajuk ni, sebab saya tak berapa jelas tentang isu-isu ni….tq

  67. saya dah hampir 5 thn mngajar subjek kh. tapi opsyen asal sy adalah kimia.sy bercdg untuk tukar opsyen ke opsyen kh.apa perlu sy buat? perlukah sy ambil apa2 kursus?

  68. saudari nsidah…..
    Tahniah kerana cikgu berminat untuk mengajar KH.
    Biasanya JPN dengan kerjasama unit Teknik dan Vakasional akan mengadaka kursus secara berperingkat2 untuk guru2 yang bukan opsyen.

  69. Salam Cikgu2…..
    Seronok mengajar KH ni (mmg opsyen…). Cuma kekadang tu faktor kekangan masa membuatkan saya terkejar2. Tambah pula bila ada saja program2 sekolah yang mengganggu P&P. Kena pulak tahun ni saya cuti bersalin. PAda pendapat cikgu, macam mana cara terbaik mengajar KH ni? Perlu tak kita bagi nota lengkap kpd student? atau copy je? Atau srh mrk buat sdr aje?

  70. wassalam cikgu che nor,

    terima kasih kerana melayari blog yang tak seberapa ini.

    tahniah juga kerana berasa seronok mengajar subjek KH.

    saya juga seperti puan, banyak gangguan kerana program-program yang dirancang di peringkat sekolah malah PPD, JPN dan peringkat kementerian sendiri. Alhamdulillah, saya sempat menghabiskan sukatan dengan baik.

    Antara kaedah yang saya buat ialah dengan mengadakan kelas tambahan pada sebelah petang dan waktu cuti penggal persekolahan. Baagi pelajar asrama, saya adakan kelas tambahan pada waktu malam.

    Cara terbaik mengajar subjek Kh ialah dengan menggunakan teknik tunjuk cara. Kita perlu keyakinan diri yang tinggi untuk menggunakan teknik ini. Sekiranya kita kurang berkemahirann dalam sesuatu topik, contohnya topik Lukisan Teknik, mintalah bantuan daripada guru-guru yang lebih mahir.

    Nota lengkap juga perlu diberi kepada pelajar. Galakkan mereka mendapatkan buku-buku rujukan di pasaran untuk PMR bermula dari tingkatan satu lagi.

    Adalah tidak baik jika kita minta pelajar buat sendiri sahaja kerana kita adalah guru mereka. Bayangkan kalau mereka menjadi guru suatu hari kelak dan akan mengajar anak kita. Mereka akan meniru cara kita mengajar kelak…Ingatlah, mengajarlah dengan ikhlas dan tulus.

    terima kasih.

  71. Salam cikgu…
    boleh tak bagi idea atau beberapa tajuk untuk penulisan ilmiah saya (mini tesis) bagi KH ini…
    Saya final year Pend.KH di UPSi…
    Mohon jasa baik cikgu2 KH yg lebih berpengalaman…

  72. Salam.

    Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Tahniah kerana telah berada di final year UPSI.

    pada pendapat saya, tajuk yang menarik mengenai Kemahiran Hidup sekarang ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Saudara bolehlah membuat kajian mengenai sejauh manakah kemampuan guru-guru bukan opsyen melaksanakan PBS KHB. Saudara bolehlah membuat limitasi kepada satu aspek sahaja. Sebagai contoh pelaksanaan PBS KHB Modul 1.

    semoga berjaya.

  73. Salam…
    ya..sgt menarik tajuk ini…
    insyaAllah saya akn usah utk membuatnya…
    terima kasih byk2 cikgu…

  74. assalamualikum cikgu,
    saya cikgu KH baru mengajar ingin bertanya bagaimanakah ingin mencapai keputusan yang baik dlm subjek ini terutama pilihan KT? boleh berkonsi pengalaman?tq

  75. ws saudari yatie.

    Terima kasih kerana melayari blog yang tak seberapa ini.

    Bagi pelajar mendapat keputusan terbaik, ianya bergantung kepada beberapa faktor.

    Antaranya ialah kehadiran di dalam sesi p&p. Inilah faktor yang paling utama sekali kerana di dalam m/p KH ianya banyak berfokus kepada sesi amali semasa p&p.

    Faktor kedua ialah kesediaan pelajar itu sendiri. Kebiasaannya pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mempunyai sifat ingin mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran.

    Faktor ketiga ialah latih tubi. Berdasarkan pengalaman, latih tubi perlu dibuat selepas setiap topik pembelajaran selesai diajar. Latih tubi juga berperanan penting untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan terutama PMR.

    Bagi tujuan itu, saudari Yatie bolehlah mendapatkan set-set soalan yang berkualiti. Set-set soalan ini boleh diperolehi daripada buku-buku latihan yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah keluaran Pearson Longman, Sasbadi, Cerdik dan Pelangi.

    Sepanjang pengetahuan saya, Pearson Longman ada mengeluarkan Q-Genaretor iaitu set soalan yang menggunakan interaktif ICT. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berhampiran.

    wassalam.

  76. Salam,
    terima kasih di atas nasihat dan pandangan cikgu. first time layari blog nie sebenarnya, saya nampak sangat berguna dan byk info yg saya perolehi…drpd saya tak tahu jadi tahu..nti bolehlah saya hebahkan pd kwn2 di sekolah..byk info yg boleh dikongsi ngan rkn2 guru yg lain…tq

  77. askum,
    saya akan melanjutkan pelajaran dlm kemahiran hidup teknikal januari 2009 ini?boleh tak tolong saya dengan memberikan info2 seperti apa yang akan mula2 sekali dlm opsyen ini?apakah yang dimksudkan dengan pedagogi dan sosiologi?tq

  78. salam,, sy penuntuk upm dalam bidang sains rumah tngga minor kemahiran hidup..blh ke tlg sy beri maklumat ttg silibus kemahiran hidup dari ting. 1 smpai 3…sy memerlukannya,,,,,untuk lecture minggu depan…

  79. oh ye, jika ada apa2 maklumat, sila sent pada sy ye,,,,plzzzz…

    email : noridayu2cekal2001@yahoo,com

  80. sy dah temui silibus kh 2002 ..tp cikgu ada tak yang 2003?

  81. sye nop cri contoh2 gmbar reka cipta khb tingkatan3…….klo de apa2 maklumat tlong la hntar ke email sye ni…………………………plizzzz………!!!!!!!!!!!!!!

  82. assalamualiakum.. sye prlukan contoh gmbr2 projek yang berada dipasaran untuk elemen 4.1 tuh… tema nyer penyimpanan… klu ade mklumat bley emailkn ke nurul_fortminor@yahoo.com
    thx yaa…

  83. tlong eyh… next week dh nk kne hntr… plezzz…

  84. askm smua…sy pljr ting3..ngh cri model reka bentuk projek…nk buat y kje ksus….jd,klu ad spe2 y thu web2 y berkenaan 2,,tlg la e.mel sy…sayangamy@ymail.com

  85. Salam….ada x contoh modul pentaksiran4 pilihan
    ekonomi rumah tangga…tenq..

  86. salam,bleh tolong sent kan contoh gambar reka bentuk untuk PMR 2009 ke email saya.?

  87. salam..
    wokey…kam0o sudah ltk ccth gamba yg berade kat psaran…
    tp bleh xbg name utk brg 2…
    coz sy x tau name dye…..
    name sbnr…

  88. Saya pelajar upsi ambilan dec 2008/2009..program kh.bleh tak kalau tunjukkan gambar unutl sulaman manik kerana saya diberi tugasan tersebut dan saya tak tahu menahu akan jahitan ni.tolong……….

  89. salam..saya nak tanya..kat mana saya leh dapat nota jahitan penyudah tepi(lapik berbentuk u n bersegi..)..saya kena buat assignment tentang tu..saya xpandai pasal jahitan..

  90. trimas bebanyak
    =)

  91. sy nak minta gambar tempat letak surat yg simple dan boleh dijadikan sbg masalah.

  92. SOALAN-SOALAN KHB

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi-koleksi soalan khb, menyediakan soalan-soalan peperiksaan atau ujian bulanan, sila sms saya 014 546 5870
    Saya juga bersedia menyediakan bahan-bahan kerja kursus seperti gambar-gambar produk dan lain-lain.
    Perkhidmatan secara online dan pos. Bayaran secara top-up sahaja. Mudah, mesra dan ringkas.
    HAPPY KHB..

  93. Salam. Saya adalah guru KHB mengajar elektif pertanian tingkatan 3. Saya amat menghargai sekiranya kawan-kawan dapat berkongsi soalan KHB elektif pertanian kerana di Shah Alam tidak banyak sekolah yang menawarkan elektif ini.

  94. sesiapa ada nota atau modul KHB Tingkatan Dua ( Teras + KMT+ERT), pls email me to katherine5684@yahoo.com

    Thanks

  95. asskm.. saya hana dari sabah. saya baru setahun mengajar khb ert. pengalaman taun lalu subjek yang saya ajar mendapat keputusan terburuk di peringkat gabungan semasa percubaan pmr. namun saya berusaha memberi latihan soalan-soalan percubaan sec berulang-ulang di samping soalan ramalan. hasilnya apabila keputusan sebenar 80% pelajar saya mendapat A dan B. Tetapi faktor pelajar membantu saya kerana pelajar memberikan kerjasama yang baik.
    masalah saya tahun ini pelajar agak berbeza kerana pelajar saya mempunyai self confident yang lemah di samping tidak mint belajar. sedangkan saya perlu menggalas cabaran yang btinggi di mana peratusan tahun lalu perlu ditingkatkan.
    Apa perlu saya lakukan??

    • Tahniah Rohana……
      Teruskan usahasa seperti tahun lepas….. andainya peratus menurun, apa kita nak buat lagi….!!! Terima sajalah.
      Kita janganlah terlampau memikirkan benda tu…!!! saya bukan nak memberi nasihat yang negatif!!! dan ….INGAT!! saya bukan bercakap atas tiket pentadbir atau PPD atau JPN….. Yang penting kita dah usaha dengan bersungguh2.

  96. t0l0ng r tujukkn beberapa model tabung untuk mnyimpg wang………………………………………………ssh tul nk cri…

  97. amy bleh cuba layari laman di bawah;
    http://www.made-in-china.com/
    Search: coin box
    ………..Moga dapat membantu

  98. Mohon kebenaran owner blog ni utk saya respon kpd persoalan cikgu rohana.. Cikgu rohana, cuba sasarkan supaya 3 bln pertama ni pelajar2 cikgu dpt menyiapkn kerja kursus PBS. Mungkin cikgu terpaksa buat kelas tambahan utk membolehkan pelajar menyiapkn amali mereka. 3 bln berikutnya tumpukan sepenuhnya kpd P&P. Silibus kena habiskan dulu w/pun ada pelajar yg tak leh nak ikut. Kalau pelajar2 tak minat ‘talk n chalk’, terpaksalah gunakan powerpoint atau micro teaching (pelajar2 diberi kumpulan dan tajuk2 tertentu dan mereka akan present dlm kelas). Cikgu edarkan nota berbentuk fill in the blank. Secara tak langsung, buku nota dan latihan pelajar sentiasa dikemaskini. 3 bln berikutnya lagi, cikgu dah boleh mulakan latih tubi jwp soalan2 topikal. Pelajar2 yang TOV rendah, perlukan kelas ICU (minta kawan2 dari sekolah lain utk kendalikan kelas). Gunakan juga kaedah mentor-mentee bagi meningkatkan % TOV pelajar. Sebulan sebelum PMR, pelajar2 telah didedahkan dgn soalan2 bercorak PMR. Selepas percubaan PMR, buatlah beberapa lagi siri Percubaan PMR (ambil soalan dari negeri2 lain) di dalam dewan peperiksaan bagi membiasakn diri pelajar dengan mode peperiksaan.. Bentuk Komiti PMR, lancarkan program ‘100 days towards PMR’, minta ibubapa hadir semasa pelancaran majlis tersebut. Adakan juga kem PMR dan jemputlah guru2 pakar utk memberi talk bagi setiap subjek PMR.
    Sekadar pendapat…
    -wallahualam-

  99. Mohon kebenaran skali lagi utk saya respon kpd amy. Ini ada contoh projek tabung duit..

  100. Mana gambar tabung duit yg dikirmkn oleh seseorang disini?

  101. saya br sahaja posting bulan 11 br2 ini.saya graduate dr upm dlm sains penddkn major math minor kimia..tp mlgnya,,smpai je saya kat skolah ni,saya diarahkan mengajar subjek kh form 1..saya tiada pengalaman mengajar kh sebelum ini dan setakat ini saya hanya memberikan nota kepada pelajar seterusnya memberikan penerangan..saya rs mcm masih belum cukup lg untuk membuatkan pelajar faham..apakah yg harus saya lakukan untuk memastikan pelajar betul2 faham dan menguasai subjek ini?untuk pengetahuan saudara,saya mgaja di sekolah yang agak tercorot di negeri johor dan pelajar terdiri dari kaum cina

  102. Mohon kebenaran owner blog utk respon kpd cikgu mas_art..
    1. Pelajar2 kurang brminat jika P&P kita masih menggunakan teknik talk n chalk. Pendekatan tunjuk-cara, lakon-semula, jejak-tapak dan presentation kump. adalah lebih berkesan lebih2 lagi dengan bantuan powerpoint slide. Saya percaya ketua panitia ada koleksi powerpoint slide yg boleh digunakn dlm P&P KH ( yg diperolehi semasa menghadiri Mesyuarat Pemantapan Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB anjuran JPN & Lembaga Peperiksaan).
    2. Cikgu mas_art boleh mencerap guru-guru senior KH semasa sesi P&P mereka bagi berkongsi taktik & teknik mgajar.
    3. Pengguanaan internet utk memberi nota ( versi fill in d blank) dan soalan-soalan latihan kpd pelajar melalui email adalah sangat menarik disamping dpt menjimatkan penggunaan kertas.

    Sekadar pendapat..
    -wallahualam-

  103. salam..
    cikgu norhayati,
    boleh sy tahu nama sekolah cikgu di shah alam tu?

  104. asslmualaikm..kp ckgu2
    di mane sye boleh dpt contoh2 soaln pmr pastyear dkt internet…

    • saudara abdullah,

      Soalan KHB PMR adalah soalan tertutup. Tiada salinan dapat dibuat. Saudara bolehlah merujuk mana-mana buku rujukan dipasaran tempatan. Namun begitu soalan-soalan ini bagi saya saya tidak semestinya mencerminkan format soalan PMR yang sebenar.

  105. trima kasih kpd kjack..ttp untuk pengetahuan kjack,,saya mengalami masalah pelajar yg x berapa nak faham bhsa melayu,dan kurang aktif di dalam kelas..komunikasi kdg2 jd masalah.tp bile disuruh salin nota,,mmg cepat..cuma kdg2 mereka merungut bile disuruh lukis gambar..setakat ini,,pelajar saya terdiri daripada 3 kelas iaitu 40 chinese n 3 india..segala info yg diberikan disini sgt berguna terutamanya kepada kami guru baru yg bukan opsyen.

  106. terima kasih owner blog di atas kesudian beliau memberi saya ruang utk tumpang berceloteh disini. GC 14 thn lalu 🙂

  107. Mohon kebenaran owner blog skali lagi..
    Cikgu mas_art, cuba kaedah kurangkn ‘komunikasi’ dan lebihkan ‘aksi’ spt :
    1. Menyediakan bbrp template contoh pelbagai lakaran projek (dilukis oleh guru KT atau pelajar yg berbakat). Pelajar2 akan melukis semula (ubahsuai 1@2 bhg) mengikut rekabantuk yg mereka minat. Sediakan light box/tracing box bagi memudahkan tugasan ini. Contoh tracing box saya…

    2. Wujudkan konsep mentor-mentee. Lantik bbrp pelajar yg berbakat, berikan kelas khas/tambahan utk tunjuk-ajar mereka cara melakar lukisan projek dan membina projek mereka (mcm in-house traning). Pelajar2 ini akan menjadi ketua kpd mentee mereka. Mentor akan berbangga kerana dilantik sbg ketua dan mentee akan lebih seronok beramali kerana lebih faham bahasa komunikasi mentor mereka.

    3.

  108. 3. Mungkin cikgu boleh buat rakaman video clip aksi seseorang (cikgu sendiri@guru pakar @ pelajar yg berbakat) sedang melakukan kerja2 amali bermula dari lakaran projek sehinggalah projek disiapkan dan dipertontonkan kpd pelajar2 cikgu atau diedarkan dlm bentuk CD supaya mereka boleh menontonnya dirumah. (Yang ini saya pun blom buat 🙂 )

    Sekadar pendapat…
    -wallahualam-

    • terima kasih kjack kerana banyak berkongsi idea di blog ini.

      saya ada juga membuat video klip yang dimuatkan di dalam presentation power point. Tajuknya ialah bagaimana untuk menghasilkan satu projek elektronik. Tayangan power point yang mengandungi video memang terbukti amat berkesan untuk p&p. Namun untuk menyiapkan presentation ini memerlukan masa yang lama. Sekiranya ada guru-guru yang berminat untuk mendapatkan presentation itu, bolehlah menghubungi saya.

      • Salam. Boleh tak saya nak dapatkan slide “bagaimana untuk menghasilkan projek elektronik”

  109. Sekolah saya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20 Seksyen 9, Shah Alam.

  110. Pada hemat saya, adalah lebih menarik jika owner blog dpt menyediakan ruang bagi memaparkan power point slide dan vedio clip berkenaan P&P KH. Antara kelebihannya ialah;
    1. Guru-guru dpt memperbanyakkn koleksi BBM dan boleh mempelbagaikn teknik pengajaran mereka.
    2. Pelajar dpt jadikan BBM tersebut sebagai bahan rujukan mereka dan secara tak lansung dpt mempertingkatkan tahap kefahaman dan minat terhadap KH.

    Saya juga percaya, ramai guru2 diluar sana yg memiliki BBM samada hasilan panitia atau sendiri yg hendak dikongsikn utk manafaat bersama. Saya pun nk share juga BBM yg saya ada. TQ

    Sekadar pendapat…
    -wallahualam-

  111. situasi saya lebih kurang sama dengan mas_art…cuma saya major di dalam lukisan kejuruteraan.saya dikehendaki mengajat kh teknikal f1 dan f2.. walaupun kh betul2 baru untuk saya mengajar,saya cuba juga sebaik mungkin.info2 disini saya berguna terutama cadangan2 dr senior sumer..terima kasih diucapkan.saya rasa semakin bersemangat wlpn pada mulanya saya rasa mcm susah sgt terutama bila nk tunjuk cara @ amali.
    macam mana nk hubungu kemahiranhidup ye? saya berminat nak dapatkan presentation tu untuk p&p… 🙂

  112. semua info disini amat berguna.bahkan semua guru2 kh dapat berkumpul dlm 1 blog dan berkongsi masalah bersama.

  113. salam….bleh x bg idea untuk buat set induksi atau reka 1 lagu yang menerangkan topik pengenalan perniagaan?

    • zaza,
      saya cadangkan set induksi bagi tajuk ini ialah melalui lakonan. Zaza pilih dua orang pelajar. Seorang menjadi peniaga manakala seorang lagi menjadi pembeli. Siaran Astro Raja Lawak mungkin boleh membantu memberikan idea kepada Zaza. Saya yakin set induksi ini akan menjadi dan pelajar akan gembira.

  114. terima kasih sbb bg feedback yg sgt berguna..td br pas interview spp utk lantikan dg41..doakan semoga sy berjaya lulus..hehe..sok da kna ngaja kh balik..arap2 dapat ngajar yg terbaik..

  115. salam…ada tak bahan mengajar kemahiran hidup sekolah rendah yang berbentuk flash????

  116. salam…

    sy br je posting. di tempatkan di sabah.
    sy nk mintak tlg spe2, mcmmne sy nak dptkan info2 @ nota2 @ bbm tntg subjek ERT T4 n T5. di cni ssh nk dpt bhn..
    hrp dpt tlg sy..

    TQ..

  117. mgkn kemahiran hidup n kjack ada teman2 @ kenalan dlm bdg ni..
    harap sgt2…

  118. salam,
    saya cikgu opsyen perakaunan, tetapi kena ajar kh t1 pilihan teknikal. saya memang takde basic. tambahan pula benkel kemahiran hidup di sekolah ini memang kekurangan peralatan. saya pun tak tahu macam mane nak tarik perhatian pelajar..

  119. cikgu shira….
    Sabar cikgu…. apa yang penting, MINAT. Cikgu kenalah tanya ketua panitia… kut2 ada kursus untuk guru bukan opsyen. Tentang alatan yang tak cukup… saya tak leh komen, setiap sekolah ada peruntukan untuk KHB.
    – sawanila

  120. pelbagaikan contoh-contoh projek serta tambahkan contoh lakaran projek

  121. salam
    saya br psting di perak.
    diminta mengajar kh ert tgkatan 1 hingga 3.
    stres krn cikgu kh lain semua lelaki.masalah komunikasi untuk bertanyakan ape2 masalah.
    saya juga risau tak dapat buat yg terbaik @ tak sempat siapkan pentaksiran tgkatan 3

  122. assalamualaikum???

    blh tahu ape kelemahan reka kayu di ats???

  123. Cikgu, assalamualaikum.
    Saya guru yang baru mengajar subjek KH di sekolah rendah. Masalah saya ialah, saya dilantik menjadi Ketua Panitia KH sedangkan pengalaman mengajar subjek tersebut tiada. Sebagai ketua panitia saya perlu menyediakan kertas kerja bagi pembelian bahan bantu mengajar subjek tersebut berdasarkan peruntukan yang disediakan. Bolehkah cikgu memberikan beberapa contoh kertas kerja pembelian bahan utk subjek ini. Begitu juga dengan suplier yang biasa membekalkan bahan ke sekolah?..Diharap cikgu dapat membantu saya.

  124. saya guru khb-kt ngajar kat k.pilah…. sy nak mintak nota tajuk elektronik tolong saya

  125. kalau boleh berserta gambar dan simbol elektronik tingkatan 2

  126. akum..saya guru khb mengajar ting 3. Boleh tak saya dapatkan contoh terkini mengenai dokumentasi kerja kursus khb modul 4…..?? tq.

  127. saya merupakan guru yg br posting..klu saper2 yg ada nota kh teknikal ting 2..leh email kan kpd sy nforce_ghz@yahoo.com
    thanks

  128. nak tanyer ada x sample ujian tingkatan 1 kemahiran hidupp????

  129. Assalamualakum…blh hantar cth projek yg lebih byk kpd saya.please thank.

  130. beserta kelebihan dan kelemahan projek . terima kasih sekali lagi

  131. assalamualaikum…..
    sy adlah student lepasn matrikulasi jurusan fizikal 08/09 dan sy ada memilih jurusn kh dan teknologi.Memg sy sgt berminat dan tidak sabar utk belajar subjek tersebut di upsi. sy ingin tau, adakh ramai y memilih jurusan tersebut bg thn-thn sblum ini?dan adakh buku-buku form 1,2 & 3 sgt diperlukan lg sebaik kite berada di upsi ?

  132. perlukan video clip mengajar bagaimana nak meyelesaikan masalah melalui lakaran… kh thn 6

  133. salam geng2
    sesaper yg ada video clip atau bahan untuk mengajar bagaimana bagaimana nak meyelesaikan masalah melalui lakaran… kh thn 6 please e-mail ke rembulan08@yahoo.com

  134. assalamualaikum….

    ada x sesiapa kt sni yg ada contoh lakaran reka bentuk bg projek kayu iaitu bekas alat tulis?

  135. salam…saya merupakan guru kh sek rendah.bebaru ni ada pelawat dtg sekolah.xsangka nk observe bengkel kh.kebetulan saa guru baru dsek itu n terus dilantik jadi ket panitia.masa 2 saya mmg panik.apa tidaknye bengkel kh d sek 2 djadikan stok menyimpanan barang2.semua pelawat 2 gambar.dia tanya duit pcg khsaya kata dh habis.mmg betul duit kh da habis pihak sekolah gunakan untuk beli benda lain.tapi syaa bersyukur selepas je pelawt 2 balik gb arahkan saya menceriakn bengkel kh n membeli segala pralatan yang kurang.so,sesapa yg ada ilmu lebih mengenai bengkel kh silalah kongsi dgn saya ye.jgn malu2

  136. salam…saya merupakan guru kh sek rendah.bebaru ni ada pelawat dtg sekolah.xsangka nk observe bengkel kh.kebetulan saa guru baru dsek itu n terus dilantik jadi ket panitia.masa 2 saya mmg panik.apa tidaknye bengkel kh d sek 2 djadikan stok menyimpanan barang2.semua pelawat 2 gambar.dia tanya duit pcg khsaya kata dh habis.mmg betul duit kh da habis pihak sekolah gunakan untuk beli benda lain.tapi syaa bersyukur selepas je pelawt 2 balik gb arahkan saya menceriakn bengkel kh n membeli segala pralatan yang kurang.so,sesapa yg ada ilmu lebih mengenai bengkel kh silalah kongsi dgn saya ye.jgn malu2.skg bengkel kh disek saye kelihatan cantik dan ceria

  137. naper sini byk citer pasal kh sek men….sek ren kurang kan…
    saya ni nak praktikal bln 6 nie…subjek kh…taut gak..sebab tak reti sgt nak wat rph…bole tlg tak

    • rujuk sini…

      • tq banyak2….. teruskan memberi info… hanya Allah yang membalasnya

  138. salam…saya mahasistua pgsr rbt kat ipgm kampus tun hussein onn…ada sesiapa yg leh bg nota2 ringkas atau apa saj tentang paper rbt3101 pengenalan kepada pend.tek & vok..email kat address ni..k

  139. assalam! boleh x tolong hantar semua jenis simbol dlm kemahiran hidup!
    sye masalah dalam nak ingat jenis-jenis simbol ini!
    harap anda boleh tolong ya! alhamdulillah!

  140. salam..
    sy tgh menjalani praktikal KPLI..opsyen math..
    tp tpkse mengajar kh tahun 4..next week sy cdg utk mengajar bidang keusahawanan dan perniagaan, unit barang jualan-tajuk: kumpulan sasaran.. ade any idea utk bt rph n actvty 4 this topic??
    tq so much..!!

  141. assalamualaikum cikgu..
    saya pelajar DPLI upsi.group kami di beri tugasan tentang perbandingan antara KLSM dan KBSM untuk subjek KHB.saya ni memang tiada pengalaman mengajar dan sejujurnya ini baru pertama kali saya mengetahui tentang KLSM.masalah saya, saya tidak pasti di mana saya nak cari info tentang KLSM tu.setakat ni saya dah cuba serve internet dan journal tapi tiada maklumat yang saya perolehi. mohon jasa baik cikgu untuk membantu saya dalam mencari maklumat ini. terima kasih.

    • saudari nour,
      cuba dapatkan maklumat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya yakin ada pegawai di sana yang dapat membantu saudari.

  142. Assalamualaikum saudara,
    saya memerlukan soalan -soalan percubaan KHB Pertanian tahun -tahun lepas. Kalau ada tolong submit kepada saya. Jutaan terima kasih atas segalanya.

  143. saya cikgu pendidikan khas..saya baru sambung belajar kat maktab. masalah sekarang saya kena buat asingment tentang KH ( Jahitan asas,pertukangan dan perkebunan ). saya tak ade basic KH. boleh tak bagi cadangan kat mane saya boleh dapatkan maklumat tentang perkara di atas.? tima kasih banyak2 je.

    • cikgu sue,
      saudari bolehlah membuat tinjaun dan temu bual terus di sekolah-sekolah menengah yang berhampiran. Saya yakin guru-guru akan memberikan kerjasama dengan baik. Ikutlah prosedur apabila membuat lawatan ke sekolah iaitu berjumpa dengan pengetua sekolah berkenaan dahulu.

  144. saya baru tahun ni mengajar KHB, pakai terjun ja pengetua bagi…

    tapi seronok and enjoy, lebih2 lagi time nak siapkan modul 2 untk pelajar2 form 2 🙂

  145. salam…syer d beri tugas untuk menyiapkan assignment yg brtajuk ‘pembelajaran berasaskan masalah dalam KH’. susah jgk tjuk ni…..bleh x bg sedikit infromation…pleaz….

  146. Thanks.cikgu.saya ajar Kh(KT) tetapi kekurangan bahan P&P.bolehkah cikgu bagi power point ,nota…latihan…untuk membantu saya mengajar dengan lebih baik

    • assalamual aikum wbt. minta hantar bahan P&P spt power point, video klip’ nota dan sebagainya bagi membantu saya, sekian tq.

  147. cikgu ada tips-tips penting untuk PMR berkaitan rekabentuk dan penghasilan projek..i masih risau pelajar saya terutama PMR…???

    • salam.
      tajuk reka bentuk bagi tingkatan 1 dan 2 lebih kurang sama. tumpukan
      kepada bahagian ini. berikan latihan yang berbentuk/format PMR. cikgu boleh dapatkan buku-buku dipasaran seperti Super Skor PMR keluaran Pearson Longman.

  148. khb pilihan teknikal sangat susah bagi saya belajar dan saya takut gagal dalam perperiksaan pada hari selasa 2009 bulan10 hari13 saya sangat takut gagal dapat e dan d

    • salam sejahtera,
      matapelajaran KHB bukanlah satu matapelajaran yang susah. Masa belajar mengambil masa yang mencukupi, iaitu 3 tahun. Sila buat ulangkaji dan latih tubi..selamat menjawab esok. semoga berjaya.

      daripada cikgu shukri – Baling Kedah.

  149. ada pengetua minta panitia khb keluarkan sijil penghargaan bagi pljr yg telah selesai melksanakan pbs……….sesapa ada cnth tlg pos kat sini….

  150. TOLONG BACA! TOLONG BACA! TOLONG BACA!
    Salam to all,

    sy dapat interview guru MRSM on 5th Nov ni untuk sbjct KH..interview ni memerlukan saya untuk mengajar selama 15 mnt (micro teaching) d dpn panel..mslh 1, saya xtau nk ajar tajuk ape. rasa hati nak ajar diet seimbang (sktn plajaran ting 1). k, yg ke2, saya xder bhn nk ngajar…sbb dlm surat 2 die mtk sy sedia kan visual aids..visual aid 2 ape ek?
    alat bantu mengajar ke?ha…2 la mslh nye…kalo sape2 ada info berguna, idea yg bernas, ada bhn yg leh di kongsi bersama, sy dengan penuh harapan meminta untuk emel kn kt sy…semoga kte semua dbrkati olehNYA sllu. salam.

  151. adakah dalam dvd ni ada bahan p&p khb untuk kt, dalam bentuk powerpoint dll. camner nak order?

  152. assalamualaikum…
    sy baru dpt posting…kh bukan major or minor sy…tapi sy diberikan subjek tersebut…sy perlu prepare modul untuk kh tingkatan 1 bab asas elektromekanikal…
    kalu ade sesiapa yg mempunyai cth modul tersebut sy amat berbesar hati kalu anda dapat berkongsi dgn sy…

  153. slmt ptg,sy merupakan guru baru dan bkn opsyen kh tetapi diberi tugas untuk mengajar kh bg tn dpn.blh ta sesape tlg i dari segi pnp dan tugasan amali kh

  154. salam…..
    saya merupakan pelajar dpli jurusan ert. saya memerlukan nota kh khususnya bab lukisan keratan penuh untuk asgmt micro teaching. bolehkah cikgu berikan saya nota-nota dan juga tips bagaimana untuk mengajar bab tersebut. saya tak tau langsung.
    terima kasih…..

  155. assalamualaikum…thanks byk2 sbb sediakan web ni…sgt berguna…smg akan terus membantu ckgu2 yg kurang kemahiran amali mcm sy ni

  156. Salam Sejahtera,..

    Dimana boleh saya dapatkan manual atau apa2 bentuk panduan pengurusan Bengkel KHB?
    Terima kasih…

  157. salam cikgu..selamat thun baru..
    sya nie bru ja 1sthun mgajr kh dan masih mncri pengalman..sy mgjar 3elktif sc.petnian,ert dan teknikal dan kbyakannya adalh f2.penin jgk sbb bkn opsyen sya..tp pengalman..cuma sya mrskn kerja kursus dan silibus f2 agak byk utk dihabiskn la cikgu..nk minta komen cikgu la skit..terima ksih…

    • salam AS.
      Saya merasakan agak berat jugak untuk As memikul tugas tersebut. Ini kerana As terpaksa mengajar KHB bagi tiga pilihan dalam masa serentak. Teruk gak tu. Sebenarnya, KHB setiap pilihan seumpama subjek yang berlainan. Pilihan 1 adalah Kemahiran Teknikal begitu juga ERT.SPN dan PK.
      Saya syorkan, As bawa berbincanglah dahulu terutama dengan PKP. mohon supaya As hanya mengajar satu pilihan sahaja. Subjek KHB ialah subjek yang memfokuskan kepada kemahiran (Skill). Guru perlu betul-betul mahir di dalam sesuatu konstruk, barulah betul2 boleh mencurahkan ilmu kepada pelajarnya.
      Sementara tu, usahlah pening2. Buat perancangan tahunan dahlulu bagi apa yang telah diamanahkan. Selalah jenguk blog kami. Insyaalah, rakan-rakan kita akan memberi pendapatnya.

      terima kasih.

      • tq cikgu…rsnya dah lm xjnguk blog nie..thn nie sy dpt 2 elktif,ert dan sp slpas perbincngn dlm msyuart panitia..alhamdulilah sbb dah ada kmsukn cikgu kh..thn nie sronok mgjr sbb da thu concept nya cmna…bes sgt…; )

  158. cikgu…
    dimana saya boleh dapatkan cd dan dvd khb?

  159. Saya sedang mencari Rancangan Pengajaran Harian KHB teras dan elektif bagi Pilihan KT untuk tingkatan 1& 2 yang lengkap. Biasanya RPH ini dibuat oleh guru-guru yang sedang praktikum. Kalau tak keberatan boleh kirim ke web site ini atau sudah ada dalam bank web site ini. Jika ada senanglah untuk mendapatkannya .

    • saudara Halmin,
      Bahan yang saudari maksudkan ini ada terkandung di dalam Teacher Resources Kit, keluaran sebuah syarikat penerbitan. Saya ada membelinya daripada salesman buku yang datang ke sekolah saya. Memang RPHnya agak complete. Saya dan rakan-rakan tidak boleh upload di sini kerana bahan tersebut adalah dibawah kawalan syarikat terbabit. Cubalah dapatkannya dengan membelinya di kedai-kedai buku berdekatan..
      terima kasih.

      • boleh tak bagi maklumat lengakp syarikat penerbitan yang buat Teacher Reources Kit ni. Saya cari dekat kedai buku area Terengganu takde la.

      • saudara nik,
        Saya telah mohon Encik Wan Ahmad Kamal menghubungi saudara melalui email. Sila lihat email saudara.
        terima kasih.

  160. boley ke guna pic nie……???
    kan dia mntak produk sedia ada di pasaran?
    ak x phm la cth2 gamba2……..

  161. ASALAM CIKGU SAYA MURID SMK AGAMA YAN NAK MINTAK GAMBAR YANG ADA DALAM BAB 1 BUKU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

  162. assalamualaikum..saya pelajar UPSI, semester 2 dalam bidang sains pertanian ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk menjawab soalan-soalan saya di sini.

    PERMASALAHAN YANG DIALAMI OLEH GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP/SAINS PERTANAIAN DI SEKOLAH

    1) BIODATA
    Nama :
    Umur :
    Sekolah :
    Pengalaman mengajar :

    2) Apakah masalah atau kekangan yang dihadapi oleh guru-guru semasa proses P&P dijalankan selain daripada sikap pelajar? Huraikan.

    3) Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh tuan/puan untuk mengatasi masalah tersebut?

    Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

    guru-guru lain juga dialu-alukan untuk menjawab soalan ini dan emelkan kepada saya.
    zu_9690@yahoo.com

  163. salam…
    Blh tolong sy dlm proses mebuat kerja kursus Modul 4….
    4.1 sahaja…. kerjasama mana-mana pihak adalah diperlukan…. wan_conan@yahoo.com

  164. BOLEH BANTI SAYA DAPATKAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KHB TINGKATAN 3, TERAS DAN ELEKTF 1

  165. i don’t understand what you all try to say what language do you all use?? o_0??

    • This blog uses many Malay language. if you want to translate, please use google translate. However, efforts will be made to make this blog can be accessed by all those involved in the vocational & technical education.

  166. bleh x tlong sy jgk untk dapat kn nota jenis bhan bhagian ekonomi rumah tangga bersepadu????
    for pmr..huhuu tkotnyew

  167. Saya ada bahan-bahan khb spt rancangan pelajaran, gambarajah dan koleksi soalan dlm bentuk cd. Buleh tumpag iklan tak?!

  168. boleh tlong saya x?tlg dapatkan saya gambar-gambar produk sedia ada di pasaran serta kekuatan dan kelemahan produk tersebut…

  169. thanx a lot!

  170. saya nk cari contoh gambar & kelebihan n kelemahan gambar tersebut

  171. saya bakal guru kh, nak minta pendapat cikgu2 yg berpengalaman – tajuk tesis tentang pelaksanaan kerja khusus

  172. assalamualaikum..
    sy rase bermasalah nk wat soalan ujian berdasarkan jsi..
    ade tak koleksi soalan kh(pil1) dan (pil 4)berdasarkan jsi..?? tq

    • Alia,
      Membina soalan bukanlah sesuatu yang senang. Memilih soalan agak senang. Sekiranya Alia ingin membina soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), Alia perlu memahami apa itu konstruk dahulu. Ini kerana soalan dibina berdasarkan konstruk. Seterusnya Alia perlu tahu bagaimana untuk menentukan aras soalan. Proses seterusnya ialah menentukan berapa banyak soalan yang ingin ‘dipasang’ pada sesuatu set kertas soalan. Ini hendaklah mengikut peratusan tajuk yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) KHB.

      terima kasih

      fwd frm wan ahmad kamal

  173. Selamat malam,
    saya nak mintak bantuan sikit ni, saya baru mula mengajar KH tahun 2010 ni, jadi banyak betul yang saya tak tau, sekarang baru masuk bab lukisan 3D dan 2D, istilah dia pun saya tak paham, contohnya apa dia maksud oblik,isometri dll. nak ajar murid murid pun dah pening saya dibuatnya. ada tak cikgu cikgu yang boleh saya hubungi untuk meminta pendapat dan tunjuk ajar..

    • saudara Ahmad,
      Lukisan 2D bermaksud lukisan yang manggambarkan dua dimensi sahaja samada tinggi dan lebar, tinggi dan panjang, lebar dan panjang. Kebiasaannya lukisan 2D dilukis dalam bentuk ortografik. Lukisan oblik pula dilukis pada satah 45 darjah manakala isometri pada satah 30 darjah.

      Sebagai langkah awal untuk memahami asas lukisan teknik, saudara bolehlah dapatkan buku-buku rujukan KHB PMR. Saya cadangkan saudara dapatkan buku rujukan tulisan kawan saya iaitu Cikgu Noh bin Lasa.
      terima kasih.

      fwd frm wan ahmad kamal.

      • bagaimana cara saya nak hubungi Cikgu Noh ?

      • Saudara Jamari,
        Adalah amat tidak sesuai saya menyatakan nombor telefon Cikgu Noh di blog ini. Sebenarnya, buku tulisan Cikgu Noh Lasa banyak terdapat di pasaran. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang terkemuka ataupun boleh ditempah secara online di MPH Bookstore.

        terima kasih.

    • saya student KH kat UTM skudai..saya der sikit nota pasal lk F4, F5..saya rs nota nie mmg dpt membantu untuk pengajaran dalam klas..nota lk nie bkn bentuk bahan bacaan..mcmn saya nk send..bleh bagi email x?..

  174. How to find ???

  175. Ada tak contoh contoh projek kayu untuk tingkatan 3, nak 3 sampel? 🙂 thank you

  176. Assalamualaikum, saya baru je 13 tahun mengajar. Dalam tempoh itu saya dapati kekangan terhadap khb semakin bertambah antaranya masa mengajar ditarik untuk subjek lain, masalah kewangan, orang atasan buat-buat tak faham masaalah dalam khb seperti satu kelas ramai pelajar, ada kata subjek khb senanglah, khb pertanian dibanyak sekolah ditutup dan byk lagi yang saya rasa cikgu-cikgu khb lain pun rasa. Saya bukan opsyen khb tapi dah jadi sebati mengajar khb dan amat mencintainya. Saya harap sangat cikgu-cikgu khb ambillah pendekatan kreatif supaya khb terus menjadi subjek digemari pelajar dan tidak dipandang rendah oleh guru-guru lain.

  177. slm kh… saya guru kh di machang kel… masalah saya adalah bagaimana cara nya u dptkan gambarajah2 untuk bikin soalan selain cara mgunakan scaner…..

  178. Saya nak minta tolong sikit, saya sekarang pelajar Tingkatan 3 aliran Perdagangan… Sya dikehendaki untuk mencari gambar untuk projek Penyimpanan tingkatan 3 … Gambar dia atas saya dh ambil… kalau ada lagi buleh tolong emailkan tak?? saya berharap sgt…terima kasih..

  179. cantiknya tp skolah sy teacher x ajar lg la…… klAU BLEH NK TRY WAT GAK !!!! BLEH X TUNJUK SAMPLE SOALAN 4M 2 ????

    • ferry,
      bolehlah dapatkan kertas-keras model di pasaran. tadi saya sempat tinjau beberapa penerbit dah keluarkan buku2 berbentuk kertas model. soalan-soalan pun agak berkualiti. namun kena hati2 sebab mungkin ada soalan-soalan yang ditulis ‘out of sylibus’. so, kena tengok2 jugak HSP tu..

      wan ahmad kamal

  180. bagaimana nak dapatkan buku manual pengurusan bengkel dan modul lukisan teknik teras serta elektif?

  181. assalamualikum… Saya murid tingkatan 1… Skarang ini saya sedang mempelajari tentang jahitan… Apabila saya mencari Tentang Jahitan… Biasanya susah untuk mendapatkan nota dan gambar.. bagaimana ye?…

  182. boleh tlg send kat sy beberapa soalan ramalan khb pertanian…
    khb pilihan 3 dah makin terpinggir…
    x bnyk penerbit yg keluarkan soalan dan nota rujukan ..
    kesian pelajar-pelajar sek luar bandar terutama sekolah agama…

  183. Salam tuan,
    saya amat memerlukan buku manual dan model lukisan tu…

  184. akum cikgu,

    tolong bantu saya cari idea untuk set induksi lukisan teknik f2.

  185. salam..
    saya adalah bakal guru(sekarang sedang praktikum) dengan minor KH.
    masalah saya ialah, saya tidak mempunyai cukup sumber untuk membuat aktiviti di dalam kelas KH. Bengkel KH di sekolah saya tidak mempunyai cukup bahan. boleh x sesiapa tolong berikan idea untuk membuat aktiviti di dlam kelas. untuk pengetahuan semua, saya mengajar di thn 4.

  186. bOlEy x tLng cEnt kt syE sOalan pEriksA thUn 2009

  187. mne nk cri rak cd haaa??????ergen nie nk gne esok adoyai…help!!!help!!!

  188. Cikgu ajar saya nak jadi gc kh yang bagus.apakah perkara yang perlu saya buat.

  189. Cikgu boleh tolong email sabariaharun@hotmail.com kepada saya Buku Manual Pengurusan Bengkel KHB.
    Modul Lukisan Teknik Teras
    Modul Lukisan Teknik Elektif KT

  190. terime ksih sesngt…sng krje saye..

  191. tau x kat mana nak beli bahan kerja kursus KHB tingkatan 3 dalam kawasan Bangi atau yang berdekatan??

    • SALAM.Sykt Golden Eagle ada membekal alat KHB & LK, program teknik menjawab LK. Sykt ini milik 100% bumiputra, bekas pegawai pendidikan. Pejabat di Tmn. Selasih, Bt. Caves. Tel: 09-6906190.Wassalam.

  192. bole ke kalo kite lukis lakaran….ckg kami suruh ambil gambar….

    • adik haziq,
      cuba dapatkan maklumat dan penerangan yang tepat dengan cikgu adik. Lakaran sememangnya dilukis. gambar tersebut untuk menunjukkan produk2 yang ada dipasaran yang berkaitan dengan produk yang bakal kita bina nanti. berbincanglah dengan guru adik.

      terima kasih.
      wan ahmad kamal

      • salam..
        saya guru pelatih kpli minor khb
        sgt susah nk cri JSU untuk khb dalam internet
        yg ada hanyalah math sje.
        ada x JSU & sampel soalan exam KHB?

  193. sy bru posting ujung thn lps, ngjar khb
    awal thn ni sy dapati pljr sek sy tdak mlksanakn krja kayu
    dan modul d dlm fail tdk lngkap @ hmpir tiada…
    info2 mngenai prlaksanaan stiap modul sya perolehi dr ibu kwn y kbetulan guru khb juga..tiada in house training utk gru2 mngenai krja krsus oleh ktua pnitia..
    sya suarakan hak pljar sya kpd pntadbiran nmun sya di arahkn mnylesaikan modul 2 dan 3 (khb tknikal) y gagal dilaksanakan pljr t3 pd 2009 utk dlaksanakan thn ini..sedangkan msa tidak mncukupi..
    boleh ckgu2 y berpengalaman d sni mmberi tnjuk ajar pd sya utk prkara brikut:

    1-bgaimana sya seorang gru baru dpt memperoleh kursus khas mngenai krja krsus khb y tdk dsediakan pihak panitia kpd kami guru baru dan lama d sekolah ini?

    2-perancangan pembelian @ anggaran harga barangan khb(peralatan& bahan teknikal) bagi setiap tahun?

    3-nasihat dr segi pmbelian barangan menjahit, tnman hiasan, perpaipan, elektronik dan krja kayu krna ktua pnitia hnya mminta sya mmbeli prlatan y dperlukan sprti paku, cat @ syelek dgn mndahului duit sndiri bkn pmbelian scara pukal @ L /O ..

    buat pngetahuan suma, sya mngetahui prkara dlm khb mlalui lwtan@ mngkaji sndiri di sek men brhampiran sek saya..di situ lah sya dpt kesan cara perlaksanaan krja krsus sek sy bermasalah…dan sek sya adalah sek agama bantuan kerajaan (sabk)..

    p/s: bukan mmbuka pekung d dada tp mmerlukan nasihat bg mmbetulkan keadaan..tq

    • cikgu,
      1. penerangan mengenai kerja kursus KHB bolehlah diperolehi daripada guru-guru yang menghadiri mesyuarat penataran KHB yang dianjurkan oleh samada Lembaga Peperiksaan atau sektor penilaian dan peperiksaan JPN masing-masing. Selain itu, cikgu bolehlah merujuk dengan ketua pentaksir kawasan atau ketua pentaksir negeri masing-masing. cikgu berada di negeri mana?

      2. Belanjawan hendaklah disediakan sebelum sesuatu pembelian dibuat. ada beberapa prosedur yang perlu diikuti sebelum sesuatu pembelian/tempahan dibuat.

      3. cikgu berbincang dengan pengetua untuk melakukan pembelian. pembelian keperluan KHB adalah dibawah peruntukan wajib.

      ada masalah, hubungi saya wan_ahmad_kamal@yahoo.com.my
      mungkin saya ada sedikit idea bagaimana nak menyelesaikan masalah cikgu ini.

      terima kasih.

  194. siapa boleh tolong e-mel saya soalan khb ting 2 dan 1

  195. Salam en ahmad kamal…
    Boleh tak emailkan saya :-
    Modul Lukisan Teknik Teras – untuk guru dan pelajar
    Modul Lukisan Teknik Elektif KT – untuk guru dan pelajar
    Atau nota2 yg berkait dgn khb teknikal tingkatan 2….atau sesiapa je yg ade nota ni…

  196. kebanyakkan sekolah memandang subjek KHB ni mudah dan senang nak dapat A… sehinggakan untuk kem peperiksaan, KHB selalu dipinggirkan. adakah sesuai KHB dibuat teknik menjawab soalan macam subjek lain?

    • Shafini tidak sepatutnya mengatakan subjek KHB dipinggirkan kerana ramai pelajar mendapat gred A. Kuantiti pelajar mendapat gred A adalah subjek KHB adalah subjek yang menekankan aspek kemahiran/skill, penggunaan ABM yang banyak dan kaedah mengajar yang benar2 realistik. Disamping itu, kerja kursus juga membantu pelajar untuk mencapai gred A. Apa yang perlu dilakukan ialah usaha2 untuk menambah bilangan A supaya berlaku peningkatan tahun demi tahun. Seminar teknik menjawab adalah amat perlu untuk mencapai perkara tadi. Jemputlah penceramah daripada guru-guru pakar / guru cemerlang yang berdekatan untuk memberikan pendedahan terutama kepada pelajar golongan pertengahan mengenai cara untuk mencapai gred A.
      selamat berusaha.

      wan ahmad kamal

  197. tolong email bank soalan kh ert ting 1,2,dan 3 dan kt ting 1,2 ,3

  198. salam..saya baru 3 thn mengajar subjek kh ni..bukan opsyen..tahun ni dilantikjd ketua panitia..saya xpernah menghadiriapa2 kursus dariJPN mengenai KH..saya juga dilantik jadi ketua pentaksirsekolah..

    boleh x emailkansaya manualpengurusan bengkel KHB?pening saya menguruskan bengkel KHni..semua alatan berterabur..

  199. salam,sy ngaja subjek KH KT..lepas cuti sekola sy dijemput utk membr ceramah teknik menjwb soalan2 KH(xde pengalaman sblm ni)utk murid Rncgn Khas di skola sy..masalah nya
    1)Apakah cara /modul terbaik utk sesi program menjwb soalan KHB PMR?
    2)Bgmn persediaan manual/softcopy/hardcopy yg patut sy buat..
    sbb lg 2 minggu..bo tlg sy…

    • tahniah cikgu zan kerana diberi kepercayaan untuk memberi ceramah.

      1. cara terbaik untuk melaksanakan perkara di atas ialah dengan kaedah ceramah dan diselitkan dengan aktiviti menjawab soalan. Cikgu perlu ada kemahiran dengan soalan-soalan KHB terutama bagaimana sesuatu soalan itu dibina, apakah konstruk yang dijadikan asas, ciri-ciri soalan yang baik dan sebagainya.

      2. softcopy yang perlu dibuat biasanya dalam bentuk power point dan contoh2 soalan bolehlah dijadikan handout kepada pelajar yang hadir.

      terima kasih.

      wan ahmad kamal

  200. Assalamualaikum wbt

    Saya masih belajar dalam bidang KH di UTM Skudai. Bermulanya semester depan 12hb Julai 2010, saya perlu mengemukakan proposal PSM (Projek Sarjana Muda).

    Saya berpendapat untuk membuat kajian seperti dibawah :

    APLIKASI PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI TERHADAP PELAJAR GALUS DI SEKOLAH LUAR BANDAR BAGI MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2.

    Masalah yang saya hadapi,

    1)bagaimana hendak mengetahui tajuk yang mana sesuai/ tajuk yang kebiasaanya pelajar lemah untuk
    skor.

    melalui kajian ini, saya bercadang untuk menyediakan modul untuk guru, kemudian akan menganalisa berdasarkan pencapaian para pelajar GALUS (gagal n lulus)

    2) adakah tajuk kajian saya sesuai?
    Saya menerima sekiranya ada cadangan yang lain untuk tajuk kajian PSM saya.

    • saudari shahida,
      pada pendapat saya untuk mengetahui tajuk manakah yang pelajar lemah ialah melalui analisis item/soalan. Cuma, sebelum sesuatu analisis item dibuat, saudari perlu mengetahui bagaimana sesuatu rancangan pelajaran dibuat. adakah ianya mengikut rancangan pengajaran tahunan atau sebaliknya.

      sekiranya analisis item tu dibuat, saudari perlu juga mengetahui adakah item itu benar2 berkualiti bagi sesuatu jenis ujian. sekiranya tidak, analisis item itu bagi saya tidak ada keesahannya. so ,kajian saudari mungkin banyak dipersoalkan semasa viva nanti.

      tajuk kajian ini bagi saya perlu dikecilkan sedikit skopnya. ini kerana saudari akan menghadapi kekangan terutama dari segi sampel dan populasi.

      wallahualam

      wan ahmad kamal.( bekas student Prof Dr. Wahid bin Mukhari..)

      • Terima kasih cikgu kerana memberi panduan dan tunjuk ajar. saya akan memperbaiki tajuk kajian tersebut dengan mengecilkan skopnya dan menganilisis kelemahan seperti yang dicadangkan oleh cikgu.

        Saya bercadang untuk mengumpulkan seberapa banyak tajuk2 yang sesuai untuk dijadikan tajuk kajian PSM saya.

        Jika cikgu tak keberatan, sudi lah kiranya cikgu berkongsi pendapat tentang kajian yang sesuai untuk saya jadikan sebagai kajian.

        Saya .menaruh harapan yang tinggi terhadap kajian PSM saya supaya hasil daripada kajian tersebut dapat disumbangkan bukan sahaja kepada pihak UTM, tetapi untuk golongan pendidik, dan juga sekolah disamping juga dapat membantu saya apabila mengajar subjek KH pada masa akan datang.

        * Cikgu, Prof Dr. Wahid bin Mukhari sudah bersara dari UTM dan dengar khabarnya beliau sekarang sedang mengajar di KUITHO. Saya berkesempatan menjadi student beliau selama 2 tahun. Selama menjadi student beliau, beliau banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar tanpa jemu kpd saya dan rakan2. Saya amat mengagumi beliau.

  201. bolehkah,cikgu memberikan contoh gambar asas elektromekanikal pilihan 1 tingkatan 1 2010.saya minta itu kerana saya perlu buat moduel tingkatan 1.itulah kerja saya sebagai pelajar tingkatan 1

    • adik siti aina,

      produk elektromekanikal ialah produk/barangan yang boleh bergerak/berputar/berfungsi dengan kawalan litar elektronik. sebagai contoh alat pemain dvd/blueray, kipas yang menggunakan remote control, mesin basuh automatik dan sebagainya. Mudah kan? Rujuklah guru KHB adik , mesti dia arif mengenai perkara ini.

      selamat blajar.

  202. cikgu saya harap cikgu dapat membantu saya dengan secepat mungkin.apabila buka sekolah saya kena hantar moduel.saya sabar atas penantian itu.saya hanya dapat dua sahaja gambar elektromekanikal.cikgu hanya perlu menyuruh saya mencari website mane.terima kasih cikgu.assalamualaikum…………..

    • adik aina,
      selain daripada website, adik aina boleh mendapatkan gambar produk2 elektromekanikal daripada majalah, katalog dan surat khabar. senangkan?

  203. salam encik,saya sudah 3 tahun mengajar KHB dan baru 2 bulan lepas diberi tugas sebagai pengurus bengkel untuk bengkel elektrik&elektronik,kerja paip&logam,reka bentuk&teknologi.masalah saya ialah selain mengira & mengawal stok bahan habis guna dan memastikan peralatan lengkap di panel dan stor,apa lagi yang perlu saya buat?setakat ini, saya paling senior dan tidak tahu untuk merujuk kepada siapa.

  204. sesiapa yang baik hati,tolong kongsi bank soalan KHB pilihan teknikal ting.1 dan 2 ?
    thanks a lot.

  205. Assalamualaikum wbt..

    Saya berasa sangat teruja dapat melayari blog ini, banyak info yang dapat membantu saya. Kebetulan, saya baru je 8 bulan mengajar Kemahiran Hidup selepas posting tahun lepas. Sewaktu di universiti, saya mengambil Ijazah Pendidikan Teknik dan Vokasional. Banyak perkara yang saya tidak tahu kerana sekolah saya mengambil elektif Pertanian, agak sukar bagi saya kerana kerja projek pelajar pun tidak dapat dibuat dengan baik lantaran masalah kekurangan peralatan dan bengkel yang daif.

    Apapun,saya akan selalu melayari blog ini kerana terlalu banyak yang perlu saya baiki bagi meningkatkan prestasi pelajar, insyaAllah. Terima kasih banyak atas kewujudan blog ini. Teruskan usaha anda guru KHB!

  206. apakah fungsi dan kegunaan penyiram

  207. tahniah…seronok sy baca post2 di sini…perkongsian terbaik…
    saya hampir setahun mengajar kh dan juga bekas pelajar SPH (sarjana muda teknologi serta pendidkan-kh)…
    tahniah sekali lagi

  208. salam…
    u mn yg menawarkan master dalam bidang kemahiran hidup??
    tell me..
    ira8868@yahoo.com

  209. Assalamualaikum wbt.

    macam mana nk dapat info pasal Sekolah Menengah orang asli di Malaysia?

  210. salam.. ada x sesiapa yang mempunyai ramalan soalan khb-kt utk tahun 2010? ;o)

  211. Assalamualaikum WBT.

    Saya sedang membuat kajian (Projek Sarjana Muda di UTM) yang memerlukan guru pakar KH sebagai responden untuk ditemuduga. (minimun 4 orang guru pakar yang berlainan sekolah)

    Saya amat berharap kepada guru-guru pakar, dapat membantu saya dengan memberikan kerjasama supaya kajian saya dapat berjalan dengan jayanya.

    Kerjasama guru-guru amat saya hargai. Sekiranya terdapat guru -guru pakar yang ingin membantu saya, boleh lah emailkan kepada saya di :

    shahida 7170@gmail.com

  212. salam .tq menyediakan soalan khb kt. sy ni baru tahun ini ajar khb pilihan kt…ada soalan percubaan PMR tahun lepas? boleh emil pd sy

  213. salam…ade xsape2 yg mempunyai maklumta tentang pentaksiran kerja kursus dalm k.hidup…?

  214. Salam…

    Boleh x kongsi apa persediaan yang perlu dibuat untuk menjadi seorang GC?

  215. salam kepada semua guru khb..

    saya ada membuat satu bahan p&p yang mungkin berguna untuk guru yang mempunyai masalah dengan murid yang lemah.

    aktiviti ini sesuai untuk 1 waktu pembelajaran dan saya namakannya ‘SANTAI MINDA’.

    jika berminat, sila lah kunjungi blog saya untuk maklumat lanjut..

    http://norlizajais.blogspot.com/2010/07/santai-minda-untuk-ulangkaji.html

  216. salam. saya nak tanya, ade tak sesiapa yang ada Soft-copy bagi Rancangan Pengajaran Tahunan Kemairan Hidup Bersepadu + Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu + Huraian Sukatan Pelajaran Tahunan Kemahiran Hidup untuk Tingkatan 2. untuk pengetahuan saya hendak aliran Kemahiran Teknikal. kalau ada saya minta tolong sangat-sangat boleh tak share dengan saya. kalau boleh hantar ke e-mel saya. saya minta maaf banyak-banyak kalau terdapat ketidaksesuaian bahasa saya dalam Blog ini. sekian.

  217. boleh bagi saya nota sampingan dan soalan2 lazim PMR sebab banyak yang saya tidak menguasai dalam matapelajaran k.h…..saya harap anda akan membantu….plez…

  218. Sye boleh dikatakan mahir juga lah dalam mata pelajaran K.H nie… Sye nak bertanya,SMT@SMV yg manakah sesuai untuk sye..?? sye tgh pening nie…. haha.. harap tolong laa sye..
    sye nie tingkatan 3.. 2011 masuk tingkatan 4..

  219. saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk mendapatkan silibus pengajian kejuruteraan mekanikal tingkatan 5. saya amat memerlukannya..harap cikgu dapat membantu saya

  220. bolehkah saya nak satu set kayu itu..kayu saya dah rosak..

  221. salam… boleh x saya mintak yearly plan ,semester plan dengan tuan puan……….tolong la…….assgment yg rumit sangat……

  222. assalamualaiku…
    Boleh saya memohon jasa baik kepada cikgu dan rakan2 untuk memberi maklumat tentang kerja khusus KHB(sains pertanian) tingkatan 1…bahagian mana yang terlibat kerana sekolah ingin perkenalkan sains pertanian untuk tahun 2011

    • salam saudara kamarul.

      terima kasih kerana menjenguk blog kami yan gtak seberapa ini. Bagi maksud di atas, saudara hendaklah mendapatkan Bukuu Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB-Sains Pertanian yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. Buku tersebut boleh dipinjam daripada sekolah2 berdekatan.

      terima kasih.

      • terima kasih atas bantuan saudara…saya akan cuba dapatkan buku tersebut di sekolah2 yang terdekat,,,

  223. salam
    saya pelajar semster akhir di UPSI dalam bidang kh dan minor saya ialah vokasional…Saya ingin minta pendapat berkenaan tajuk tesis yang sesuai saya buat ..cikgu ada cadangan berkaitan isu-isu yang terkini mengenai kh

  224. saya nak gambar-gambar pemasangan projek reka bentuk tingkatan 3.. boleh tlg emelkan kepada g_hah73@ymail.com…. saya lemah dalam kemahiran hidup.. pliz… saya perlukan bantuan

  225. Salam semua…
    sy emi, guru KHB baru msk 3 thn pengalaman mengajar KHB pilihan 1 dan 4…..(walaupun bukan opsyen) tetapi sy amat berminat utk mengajar KHB…..pd sy, subjek ini memang mcabar dan antara subjek yg paling pelajar gemari di sek…kepada bkl2 guru…..jgn takut utk mengjar KHB…anggaplah ini sebagai satu cabaran …..

  226. hi…saya Chantal Anne..dan saya perlukan lakaran untuk KH projek. Selalu saya ada trouble dalam perkara ini kerana saya memang tak tahu buat semua kerja kayu ni… sila email ke email di atas…thank you. masalah saya adalah kekurangan tempat untuk meletak alat tulis.

    saya di tingkatan 3.

  227. saya sedang mencari gambar produk menyimpan pen..harap pihak tuan dapat membantu saya.. =)

  228. Salam cikgu Wan..sihat ker?
    Cikgu,
    1. sy tertnya2 mngenai pembantu makmal..Bengkel
    KHB nie,sebetulnya ada pembantu mkmal ke
    cikgu?
    2.Cikgu ada x contoh modul pembelajaran mgikut
    tingkatan teras + elektif..mcm bku kerja tu..
    3. Cikgu,nk minta pndangan jgk lah kn,ketua panitia
    nie biasanya dipilih berdasarkan apa ya cikgu?
    pengalaman ker?kreadibiliti dlm myelesaikan
    mslh dlm khb?ker klo dilntik dikalangan guru
    baru bgamana ya ckgu. yg sememang ‘zero’
    pengalaman..; )

    • salam cikgu asiah.
      terima kasih kerana melayari blog kami.

      1. Pembantu makmal / bengkel memang masih tidak ada lagi. Perjuangan yang belum selesai kot….Alternatif yang dibuat di sekolah-sekolah ialah berunding dengan Pengetua untuk meminta jasa baik pembantu bengkel MPV (jika ada m/pel MPV) untuk berada di bengkel KHB, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

      2. Modul pembelajaran yang lengkap, saya tak ada la..sikit2 tu ada . Alternatif, cikgu bolehlah mendapatkan Teacher resources kit keluaran Pearson Longman.

      3. Pemilihan ketua Panitia biasanya bergantung kepada keputusan pengetua yang dicadangkan oleh KBTV dan PKP. Namun pemilihan ini adalah mengikut Surat Pekeliling Iktisas Bil. 4/1986 bertarikh 13 Mac 1986. Apa yang diamalkan disekolah-sekolah ialah guru baru yang melapor diri dilantik sebagai Ketua Panitia yang baru dengan harapan banyak idea baru dapat dijelmakan seterusnya mencapai matlamat untuk kecemerlangan.

      semoga maklumat ini dapat membantu cikgu.

      WAN AHMAD KAMAL

  229. salam…
    saya baru shj mengikuti pengajian KH di utm..
    saya nk tanya,
    boleh tak beri saya contoh soalan tesis mini. tq

  230. saya nak tanya ne, adakah kekurangan peralatan tangan dalam bengkel kemahiran hidup juga mengangu pengajaran dalam subjek amali kh?

  231. ad x contoh folio form 3 modul 4?

  232. HAI CIKGU

  233. salam sejahtera,ckgu..sy merupakan pljr ISMP KH d upsi…sy diberikan tugasan mengenai pentaksiran berasaskan kompetensi dlm pendidikan teknik dan vokasional..blh sy tahu apakah maksud kompetensi dan apakah matlamat@objektif pentaksiran berasaskan kompetensi dalam pendidikan teknik &vokasional….sy hrp ckgu blh tlg menyelesaikan persoalan sy….kerjasama ckgu amat sy hargai…..sekian terima kasih..

  234. Assalamualaikum…. Kat mana saya nak cari RPT KHB Pertanian?

  235. sya nk gmbar sistem makanikal dan elektromakanikal
    dan ia tidak ada di sini…….
    so, i think you must put at least 6 photos each……..
    thank you….
    please reaply….
    i need your answer tomorrow

  236. as salam..
    bagaimana saya nak dapatkan contoh penilaian dalam kh ye?

  237. kalau boleh saya nak gambar kerja kayu lebih banyak.

  238. apakah penglibatan sebagai guru kh dalam pengurusan PCG?

  239. salam sejahtera,ckgu..sy merupakan pljr UTHM KH …sy diberikan tugasan untuk mereka sesuatu bahan denagan menggunakan bahan-bahan terpakai, seperti plastik, themo, polimer,kaca pasir dan sebagainya….
    Tolong memberi suatu idea yang baik dengan gambarnya…terima kasih

  240. Cikgu Arfick,
    Saya ingin bertanya, di mana saya boleh mencari gambar-gambar untuk jenis jenis bahan pengikat?
    Ada koleksi untuk contoh-contoh ini?
    Saya merupakan guru yang baru 2 bulan mengajar.
    Banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.
    Terima kasih,
    Fadzli

  241. Saya cikgu k.h sek rendah&student pgsr k.h. Terima kasih atas perkongsian blog ini…. harap sumber dalam blog ini dapat membantu saya dlm p&p k.h dan sebagai student pgsr.Tq all.

  242. Modul untuk kerja kursus tingkatan 2 amat banyak bagi KT,pematerian projek elekronik dan R.B.T membuat projek.Masa tidak cukup untuk pelajar buat,dahlah kita terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran lagi.Sepatutnya masa KH tidak perlu dikurangkan daripada 4 kepada 3 waktu seminggu ataupun gugurkan salah satu daripada dua kerja kursus tersebut,apa pendapat cikgu-cikgu semua?

  243. saya sekarang dalam proses membuat bahan bantuan mengajar untuk dikongsi bersama. Sila lawati website saya untuk memuat turun serta memberi cadangan demi menaik taraf KHB. sekian terima kasih

  244. kat mane nak beli kayu khb tu? kayu sye dah hilangg. tolonggggg~

  245. assalammualaikum..kh f2 pilihan2 xada nota ke?

  246. bestlah!! i like it !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  247. Cikgu, apa cara terbaik utk mengulangkaji kemahiran hidup -perdagangan dan keusahawanan memandangkan tiada set soalan tahun2 lepas.

  248. salam, saya baru 13tahun mengajar khb. sy lulusan dr upm. sy masih tercari2 cara yg ringkas dan agak berkesan dlm mengajar kh utk pelajar2 yang sgt lemah dan tidak memahami bahasa malaysia. terutama sekali utk menjawab soalan pmr.

  249. SALAM. BLOG NI MEMBANTU RAMAI DI LUAR SANA BERKENAAN KH..SEMOGA BLOG NI SENTIASA HIDUP DAN TERUS MEMBANTU…DAN

  250. tolong letakkan komponen-komponen/gambar-gambar untuk kerja usus…sekian

    muhd izham b. osman
    kampung smpng 4 kuar
    sekolah mngnh alor janggus 06250….

    • as salam.. ade x sape2 y boley bg idea untuk mencipta satu peralatan baru atau bahan yang boleh di aplikasi di dlm kelas?

  251. baru-baru ni soalan trial pmr perak,ada soalan yang minta pelajar kenalpasti sama ada bahagian garis leher dalam rajah telah disnip atau di buat notch. tp apa yang sy musykilkan jawapannya snip tp kalau dalam buku teks, notch dan snip tidak dibezakan. hanya tertulis bahagian yang disnip atau notch. so pelajar tak tau bezanya, sy pula kurang bukti memandangkan buku rujukanpn letak gambar yang sama. tp kalau sy, sy lebih prefer jawapannya notch, apa pendapat cikgu-cikgu yang ada soalan ini?

    • pelajar saya ada tanya soalan tu, saya terima snip. garisan leher telah disnip untuk membuat notch. ada beberapa jawapan dalam soalan percubaan perak yang meragukan. seingat saya, 2 soalan jawapannya saya buat pembetulan. salah satunya pemotong papan dengan menggunakan gergaji lengkung halus.

  252. kepada Africk Jianggo knape tidak masuk kan contoh folio kh kemahiran teknikal tingkatan satu…….
    uploadlah buleh saya buat rujukan

  253. Salam en. Africk Jinggo…1stly sy sangat suka blog ni..bnyak maklumat..tahniah.. baik, sy merupakan seorg pelajar jurusan Pend. KH. sedang menjalankan kajian tindakan berkaitan bidang Kh. sy baru sahaja menamatkan praktikum d sebuah sekolah. berdasarkan pengalaman yg x seberapa itu, sy mendapati bbm spt peralatan dan bahan di bengkel sangat kurang dan juga kurang pengurusan dan penyelenggaraan bengkel yg menyukarkan sy menjalankan P&P. walaubagaimanapun, situasi ini memberi peluang kpd sy menghadapi keadaan sama jika bertugas sebagai guru pada masa akan datg jadi sy berminat utk membuat kajian berkaitan masalah ini. pada pendapat cg :
    1) apakah masalah utama dlm kajian sy ini?
    2) adakah skop masalah atau isu terlalu luas?
    3) apakah tajuk yg plg sesuai dan mudah berdasarkan masalah sy?
    4) sy mengandaikan masalah utama dlm kajian sy adalah kelemahan pengurusan dan penyelenggaraan bengkel di sekolah harian luar bandar. setuju?

    mohon cg beri respon dgn segera. TQ 🙂

    • terima kasih nurilham kerana mengunjungi blog kami ini. tahniah kerana memilih profesion perguruan sebagai laluan kerjaya. satu bidang yang amat mulia.

      pada pendapat saya, elok ilham kecilkan sedikit skop kajian itu. ini akan memudahkan ilham untuk mencari bahan serta mewujudkan populasi / sampel kajian seterusnya untuk memproses data yang diperoleh. sekiranya tajuk kekurangan bbm yang dipilih, saya rasa tidak sesuai kerana ianya akan membaitkan pengeledahan pengurusan kewangan sekolah. elok ilham mambuat tajuk pengurusan sahaja. lagi pun, bahan-bahan mengenainya banyak dan senang diperoleh.

      ilham boleh kecilkan lagi kepada pengurusan satu bengkel sahaja. contohnya bengkel elektrik.

      semogo dapat membantu ilham.

      terima kasih

      WAN AHMAD KAMAL

    • Bagi pendapat saya sememangnya masalah dari segi pengurusan. bagi kebanyakan sekolah tiada pembantu makmal disediakan untuk bengkel kh. dengan rutin guru yang banyak guru kh diminta menyelenggara bengkel sedangkan guru2 ini juga ada memegang kelas, mengjar subjek lain dengan ada antaranya jumlah waktu mengajar 25-30 waktu seminggu, perlu mendraf soalan latihan dan peperiksaan disamping tugas pengkeranian lain seperti menyediakan sijil belum lagi ditambah dengan aktiviti luar waktu P&P iaitu kelab dan persatuan, menyelaras peperiksaan dalaman dan kursus2 yang perlu dihadiri serta laporan2 yang perlu dibuat. Jika anda betul2 berminat untuk menjadi guru…sediakan minda, tenaga dan wang ringgit untuk kejayaan anak didik. Guru2 kh kebanyakannya terlibat secara langsung untuk majlis2 yang diadakan di sekolah2 dari sistem audio,jamuan ataupun tanaman.

  254. boleh x bagi idea set induksi untuk alatan tangan dan mesin?

  255. assalamualaikum.saya nak tanya salan tentang mengelaskan dokumen perniagaan sebelum,semasa dan selepas urus niaga

  256. assalmmm..sy nk buat set induksi untuk tajuk jenis bahan dan pengikat…induksi ape yg sesuai untuk tajuk ni untuk tarik perhatian pelajar..email kat sy ctfarhana_88@yahoo.com..tq yea

  257. ASSALAMUALAIKUM. firstly sy nak ucapkan tahniah dan syabas di atas wujudnya blok ini, banyak info yg dapat kita kongsi bersama. Di sini nak mintak pendapat bro, sy tengah buat proposal utk sarjana sy. ingat nak buat mengenai LUKISAN ELEKTIF (KT). pada pendapat bro apa persoalan kajian yang sangat2 kita nak tahu ttg tajuk LUKISAN ELEKTIF ni. sy ingat nak buat ttg halangan penggunaan BBM berbentuk ICT dan cara mengatasinya, tp tetiba je rasa cam tak best pulak. Bro ada cadangan persoalan kajian lain tak atau tajuk lain ka?

  258. kalo masok tajuk tahun 4 cikgu bole ajar

  259. salam…..saya ada masalah tentang mikro teaching untuk set induksi saya tajuk komponen elektronik. apa set induksi yang sesuai berkaitan tentang nama,simbol and fungsi komponen elektronik…tq…

  260. salam..saya adalah student program intervensi tambah opsyen (pito) khb..saya ada masalah berkenaan tugasan yg lecturer beri iaitu rekacipta..dalam buku teks rekacipta berasaskan kerja kayu…tugasan yg diberikan ialah portable light..boleh cikgu bantu saya? tq..

  261. assalamualaikum cikgu.. sy ingin bertanya… bolehkah jika cikgu b’kongsi schematic utk projek electronic. yg ada relay dgn integratic ciricuit. 555N. bila kita tekan suiz, lampu LED akan menyala & lagu fur elise akn b’bubyi.. terima kasih cikgu.

  262. sy pelajat form3 sekarang,cikgu suruh cari bahan pa ntah untuk bab 1…

  263. trime kasih ntuk bahan ni.. bnyk membantu.. =)

  264. saya adalah guru khb tingkatan 3-kemahiran teknikal…rasanya tahun ni nk buat aktiviti sikit dgn pelajar dari form 1 sampai form 3, aktiviti itu akan dijalankan dalam masa 1-2 jam, tp masih xtau apa aktiviti yg ssuai dibuat…if sesapa ada cdgn leh inform pada sy..tq

    • assalam..buat program kerjasama ngan pusat sumber..jejak maklumat..kita sediakan soalan yang jawapannya ada di dalam pusat sumber..contohnya nyatakan bahan kemasan yang digunakan pada rak buku..berikan contoh objek yang menggunakan perspek di dalam pusat sumber..buat soalan banyak2..sesuaikan dengan bahan2 yang digunakan dalam pusat sumber..harap boleh membantu..saya dah 2 tahun buat program ni..budak2 suka..

  265. akum…….contoh projek kayu lain ada x

  266. salam..saya guru praktikum kemahiran hidup di perak.Boleh send kan pada saya Modul Lukisan Teknik Teras – untuk guru kepada email saya.

  267. salam, sy pelajar dpli ambilan 2012-2013
    sy ada tugasan d beri utk membuat buku manual tp sy xtau nk wat n xda bhn nk d rujuk..blh x encik sendkn sy berkaitan dgn madul2 yg encik da wat utk rujukan sy.. 🙂

  268. SALAM PERKENALAN BUAT BATCH2 MPT-SPU. KUNJUNGI FB Khaili Muhamad Nor pada kenalan yang mengenali. Salam buat Wan Kamal.

  269. sy nak cri nota2 bahagian elektif ting 2 perdagangan dan keusahawanan…kat mne ek??

  270. “ADA AGENCY”
    MEMBEKAL BAHAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP / BAHAN BANTU MENGAJAR / PERABOT / ALAT TULIS / MESIN DAN KELENGKAPAN BENGKEL / MENJAHIT / BAHAN BINAAN / BAJA DAN RACUN PERTANIAN.. HUBUNGI FAIZ utk keterangan lanjut di 014-5222383

  271. Assalammualaikum..
    Tahniah keran dapat meneruskan pangajian. Anda seorang guru yang bermotivasi tinggi. Semoga diberkati.

    Saya amat memerlukan bantuan untuk mendapatkan gambar-gambar pengurusan bengkel untuk assgment saya. Saya rasa buku di atas dapat membantu saya. Harap dapat emailkan kepada saya sebelum hari sabtu ini. Terima kasih. Semoga terus berjaya.

  272. Salam satu malaysia cikgu ada link untuk lukisan kerja kayu ting. 2 x klu ada boleh tlg bagitahu atau emelkan.. pertolongan sesiapa amat dihargai…:)

  273. saya berasa kagum pada sekolah yang menpunyai bengkel

  274. saya mahu tingkatan 3 punya!!!!!!!!!!!!!

  275. Terima kasih banyak2. Saya dah sakit kepala cari gambar yang sesuai untuk projek KH. Nasib baik jumpa kat sini

  276. sy ni br jadi ketua panitia kh sr. perabot semua tak de. siapa tahu meja dan kerusi bengkel kh tu nak beli mcm mana, pakai duit pcg tak cukup…ada cara tak..

  277. cn i get the rumus of kiraan rintangan untuk litar siri selari……….tq

  278. Salam..kat mana saya boley dpt powerpoint ABBM untuk subjek KH tingkatan 2 Elektif ( jahitan)? minta sape2 bley tolong gtao..da abes surf internet xjumpa jgk..klu ade sape2 nk kongsi bahan..jutaan terimaq kasih iucapkan. Semoga Allah merahmati siapa2 yg berkongsi ilmu..

  279. assalammualaikum…saya bakal pelajar yang akan hadir interview di upsi dlm jurusan khb….sy nak tnya apekah kemungkinan soalan yg akan cube dikemukakan kpda saya…sbb sudah lama tnggl subjek ini di form3…sy harapa cikgu2 boleh mmbantu saya…

  280. salam..emm bley tlong ntok folio fom 3 reka bntuk dan teknologi

  281. Lembaran kerja PBS kemahiran hidup untuk tingkatan 1 dan 2

  282. salam..ada x contoh projek kayu bekas tisu yg utk tingkatan 3??..sbb saya search google x jmpa pown..kalau boleh nk 3 contoh bekas kayu yg berbeza..kalau ada,tlg sent gmbr kat email saya ya..email:solihin02@gmail.com

  283. saya sangat perlu untuk mencari jawapan kepada, ‘Kenapa Memilih Guru Subjek Kemahiran Hidup’

  284. assalam…boleh ke sekiranya saya ingin mendapatkan buku manual pengurusan bengkel khb secara softcopy. jika boleh mohon email kepada saya : salasiah@sambest.my.
    tq byk2

  285. Terima kasih. tengah mencari contoh lakaran untuk projek kerja kayu ni..

Leave a reply to shahida fazira Cancel reply