MATLAMAT PROGRAM REKA BENTUK TEKNOLOGI (Jab KH IPG THO)

MATLAMAT PROGRAM REKA BENTUK TEKNOLOGI

  1. PENGENALAN

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru  (IPG) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang.   Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.

  1. MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan Guru.

  1. HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Para lulusan PISMP Dengan Kepujian (Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah) berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

i.      mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah;
ii.      menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah;
iii.      menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi dan etika profesional keguruan;
iv.      berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah dalam pelbagai situasi sebenar;
v.      memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan
vi.      menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

sumber:http://jkhiptho.blogspot.com/

Advertisements