PENYELARASAN KERJA KURSUS

salam sejahtera.

sudah agak lama tak menulis. agak sibuk dengan program sekolah yang semakin menjadi-jadi. Apatah lagi untuk menghambat bulan Ramadhan yang bakal menjalang tiba.

Bermula minggu ini ‘road tax’ kami sebagai penyelaras ‘hidup’ selama dua minggu. Maka bergeraklah kami kesana kemari menunaikan amanah yang diberikan. Teringat kata-kata saudara Khairy masa pekena teh tarik mamak di sebelah Hotel Chempaka baru-baru ni. Katanya kalau kita sibuk dan disibukkan, janganlah stress..anggaplah orang beri kepercayaan pada kita masa tu..jangan sampai orang dah tak percaya..teruk jadinya..

kata-kata beliau ada kebenaran dan kemenjadiannya. Bayangkan kalau kita tak diberikan jadual waktu di sekolah..hari-hari pergi sekolah..tapi tak ada kerja…tugas lain pun tak ada..bukan kata sebulan, seminggu pun rasa bengonglah kita..dalam kepala pulak macam-macam yang difikirkan..siapakah aku, apa salah aku, apa aku kata kat orang dan sebagainya..

so, pakailah kata-kata dan nasihat saudara saya tu..bekerjalah sementara orang percaya kat kita ni…

ada beberapa sekolah yang saya cadang menjalankan penyelarasan..cadangan memang banyak, tapi nak praktikal, rasa mana yang sempat saja lah..ada sebuah sekolah yang saya cadang nak pergi..tup-tup jam tujuh pagi, sahabat saya kata cikgu tu ambil MC plak dah…jadi blank 5 minit…apa tak blanknya, kita dah plan untuk kesana, tetiba saja cancel..so pergi la sekolah, selesaikan mana yang orang beri ‘kepercayaan’ (tugas-tugas biasa) kepada kita.

Hari ni ke sebuah sekolah lagi. Sekolah kluster. Pentadbir bagus, cikgunya pun bagus. sudah pasti pelajarnya pun bagus dan yang penting kerja kursus pelajar tip top. Tahniah.

Sebagai penyelaras, tugas saya hanya menyelaras skor sahaja. Segala eviden yang ada menepati kriteria yang ditetapkan. Sekiranya terdapat perbezaan, calon boleh lagi membuat pembaikan dengan bimbingan guru pentaksir. Ini lah fokus utama penyelaras. kami bukannya nak cari kesalahan, tapi kami memberikan bimbingan apa yang termampu.

Jika diteliti, PBS ni ada keindahannya. Komunikasi dengan guru pentaksir kenalah jelas dan lembut. Mereka banyak ‘kepercayaan’ yang perlu dilunaskan. janganlah membebani mereka.

…bersambung…

wan ahmad kamal

4 Responses

  1. salam..cikgu wan..saya KPKw jgk..tp knp xde pun arahan utk menyelaras skolah d sini..utk pengetahuan cikgu, saya baru 2thn dilantik..thn lepas tiada penyelarasan..thn ni saya tunggu jgk..tp mcm tiada makluman..

    • salam cikgu suhada.

      apa yang saya faham surat arahan untuk menjalankan penyelarasan kerja kursus dikeluarkan oleh pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan negeri masing-masing. Surat ini juga dikenali sebagai surat punca kuasa. Sekiranya tiada arahan bertulis daripada pihak berkenaan, kita tidaklah boleh melaksanakan penyelarasan ke sekolah-sekolah yang dirancang.

      Kebiasaannya pihak SPP akan membuat mesyuarat bersama Ketua Pentaksir Negeri bagi semua matapelajaran PBS. Hasil mesyuarat tersebutlah yang menentukan samada proses penyelarasan dibuat atau tidak. Apa yang saya tahu, sehingga kini tiada lagi arahan daripada Lembaga Peperiksaan yang membatalkan semua proses penyelarasan sepertimana mula-mula diperkenalkan dahulu.

      Bagi negeri saya, proses penyelarasan masih dilaksanakan. Kami telah membuat post mortem mengenai penyelarasan ini pada setiap hujung tahun dan mesyuarat perancangan pada setiap awal tahun. PBS dirancang dengan teliti dan menggunakan kos yang tinggi untuk melaksanakannya. Sudah tentu menjadi harapan pihak Lembaga Peperiksaan untuk melihat pelaksanaan dan hasil yang baik terjadi.

      Secara peribadi, PBS adalah satu bentuk pembelajaran yang indah. Pelajar membuat kerja kursus mengikut kriteria, guru pentaksir yang memberi skor. Sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan skor yang diberi, pelajar boleh membaiki kerja kursusnya sehingga menepati kriteria untuk mendapat gred A. Cuma ini hendaklah dibuat pada tahun semasa.

      Proses penyelarasan pula adalah untuk memberi kesahan skor yang diberi oleh guru pentaksir. Itu sahaja. Saya cukup yakin KPKw dan PKw yang dilantik telah arif dan mahir di dalam memberikan skor sebagai penyelaras luaran. Sekiranya beza skor 10 sampel yang dibuat tidak melebihi 3, maka proses pentaksiran yang dibuat oleh guru pentaksir adalah baik. sekiranya melebihi 3, guru pentaksir hendaklah membuat semula proses pentaksiran kepada semua calon yang ditaksir. Saya rasa kes-kes sebegini adalah jarang berlaku kerana furu-guru pentaksir telah diberi penataran dan penjelasan mengenai pentaksiran.

      sekian.

  2. salam…
    sy seorg cikgu KHB pilihan PK..pentaksir sudah dtg tgk hasil kerja murid2 sy…ini adalah kali pertama buat sy kerana bru thn ini sy ajar KH F3.alhamdulillah boleh dikatakan 10 sampel yg ditunjukkan, menepati kriteria yg dikehendaki..sy semakin bersemangat utk terus mengajar KH, wlupun opsyen sy adalah perakaunan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: