Keputusan PMR KHB 2010

Keputusan sudah diumumkan. Tahniah kepada pelajar, guru, ibu bapa yang berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru KHB. Semestinya anda gembira kerana biasanya m/pel KHB adalah antara m/pel yang tinggi peratus kelulusannya. Mesti anda tersenyum lebar..sampai ke telinga bila Pengetua bercakap hal ini. hati-hati..jangan sampai ada yang mencebik bibir melihat senyuman anda.

Saya amat kagum kerana kenaikan peratusan KHB-SPN. Kod m/pel ini 78. Tahniah dan salutt. Kita usah bicara kenapa hanya m/pel ini sahaja yang di’hightlight’kan..keluar TV u.. macamana dengan KT, ERT dan SPN? Soalan susah? Student tak pandai? atau ..?

Amalan yang dibuat di kebanyakan sekolah ialah pelajar-pelajar yang berada di kelas pandai biasanya akan mengambil pilihan PK dan KT. bagi pelajar pilihan SPN pula biasanya untuk kelas-kelas pertengahan dan hujung. kalau diikutkan resmi padi (kata P Ramlee) pelajar yang berada di kelas hujung biasanya rendahlah prestasinya..namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..Pilihan SPN telah menenggelamkan pilihan KT, ERT dan PK.

Apa pun respon yang diberikan semua pihak perlulah membuat post mortem. Tak perlulah sampai ke HKL..cukuplah dengan sekadar bermuhasabah diri. bagi guru, rancanglah Rancangan Pengajaran Tahunan dengan lebih sistematik dan praktikal. bagi calon PMR 2011 pula, janganlah mengharapkan bantuan dari guru 100%. usaha anda hendaklah lebih. Yakinlah : Usaha Lif Kejayaan..

wassalam
Wan Ahmad Kamal
Kuala Lumpur

2 Responses

  1. Beberapa soalan diutarakan:
    1. dimana saya boleh dapat maklumat tentang apakah ciri-ciri guru berkesan Matapelajaran KHB dan dimana sumbernya.
    2. Pd pendangan cg apakah ciri2 guru berkesan matapelajaran kh
    3. apakah masalah utama cikgu khb dari pemerhatian cg
    (student master)

    • saudara azizan.

      1. maklumat mengenai ciri2 guru berkesan m/pel KHB ke atau ciri2 guru m/pel KHB yang berkesan..? Mungkin saudara boleh merujuk jawapan / link yang diberikan oleh rakan saya, Dr Mohd Safarin di blog ini.

      2. Ciri2 guru berkesan m/pel KHB…subjektif saya rasa ni. nak ukur pada pelajar ke pada pencapaian guru itu sendiri..?

      3. masalah utama guru KHB..? apa yang sering diutarakan ialah mengenai beban tugas dan skill guru itu sendiri.

      Terima kasih kerana melayari blog kami.

      WAN AHMAD KAMAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: