Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2010

Salam sejahtera.

Tanggal 5 Oktober nanti akan bermulalah peperiksaan PMR. Saya yakin, anak-anak pelajar sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan itu. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran telah diberikan. Gunakanlah semuanya semasa menghadapi peperiksaan tersebut.

Bagi mata pelaran KHB, saya yakin semua anak-anak pelajar telah melaksanakan keempat-empat modul kerja kursus. Ini penting kerana markah kerja kursus akan membantu anda untuk mendapat gred A nanti.

Anda masih ada masa untuk membuat latihan-latihan. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk membuat rujukan bersama guru anda. Latihan yang mencukupi akan memberikan anda persediaan untuk menjawab soalan-soalan semasa peperiksaan sebenar nanti.

Semasa membuat latihan, jangan abaikan aspek masa. Bagi matapelajaran KHB, anda diperuntukkan masa sebanyak 1 jam 30 mini untuk menjawab 60 soalan. Cuba berlatih menggunakan jumlah masa ini bagi menjawab 60 soalan. Ingat, masa ini juga termasuk masa untuk anda menanda pada kertas jawapan OMR. Pastikan anda menanda sebanyak 60 jawapan pada kertas OMR itu. Kira jumlah jawapan anda setelah semua soalan dijawab.

Kertas soalan KHB adalah soalan tertutup. Kertas ini akan dipungut setelah selesai peperiksaan. Namun, anda boleh membuat catatan-catatan pada kertas soalan. Catatan-catatan ini adalah strategi anda untuk proses recall. Ingat, pada kertas soalan, bukannya pada kertas jawapan.

Semoga berjaya.

WAN AHMAD KAMAL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: