Mansuh PMR dan UPSR

Sebagai seorang guru KH, apa pandangan anda…??Sudikan membuat undian di sebelah.

MUAR: Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya.

– Bernama

3 Responses

  1. can i join this club

  2. sebenarnya ada wajarnya mmenghapuskan upsr dan pmr ini, tetapi erti kata hapus itu bukannya hapus terus, ianya hendaklah diganti dengan kesesuaian masa kini. mungkin ramai yg tidak menyokong kerana “apa nak jadi kalau tak ada peperiksaan”, sedangkan pelajar sekarang problem inikan pula kalau tiada peperiksaan.

    corak peperiksaan hendaklah diganti dengan cara yang lain. saya mengkaji pekara ini beberapa tahun kebelakangan ini, mengapa pelajar menengah tidak dapat score yang baik seperti sekolah rendah. ada yang bila ditanya mengenai pm yang lepas, tokoh2 terkenal, pendidikan seni, pj dll rata2 yang tidak tahu. bila ditanya, mereka katakan mereka tidak belajar. saya tanya kenapa, digantikan dgn menjawab soalan peperiksaan “latih tubi lah tu”. saya amat kecewa, ada yang disuruh mengeluarkan idea utk membuat sesuatu, tapi tidak boleh, ada yang tertanya2. 6 tahun belajar di sek rendah, tapi satu idea tak boleh keluar “MENGAPA”…, selama ini mereka tidak dilatih ke arah mengeluarkan idea, tak sudah2 ngan tusyen, kalau tak tusyen akan tetinggal dan tak leh score upsr. begitu juga dgn PMR, kalau KH, mereka dikehendaki mengeluarkan idea mereka, mencipta dll. ada yang berjaya mengeluarkan idea ada yang tidak. ok juga lah. tapi subjek lain, sume di beri oleh guru.

    kesimpulannya. murid sekarang tidak sama dengan dahulu. bila mereka meningkat naik, mula lah kebosanan melingkari hidup mereka, itulah yg terjadinya kes ponteng, lari dari sekolah dll.
    apa kata pihak kementerian tukarkan sistem peperiksaan masa kini kepada sistem 50 50, 40/60. maksudnya 60% practikal dan 40% teori. insyllah kita bukan sahaja mengurangkan banyak gejala tak baik tapi kita dapat meningkatkan prestasi warga yang boleh buat kerja sendiri tanpa bantuan orang lain.

    • terima kasiih kak zah. semoga pandangan ini dapat diteliti oleh rakan2 kita samada disekolah atau di kementerian. Insyaalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: