WAKTU PENYELENGGARAAN MAKMAL KHB

Salam akhir tahun 2009.

Menjelang saja akhir tahun, kebanyakan sekolah mula mengadakan mesyuarat . Banyak agenda yang dibincangkan. Sampai tiga empat jam baru tamat. Plan nak bercuti dengan keluarga yang dirancang pada awalnya mula hilang keghairannya. Kenapa hilang? Di dalam mesyuarat guru ini mula dah terbayang tugas-tugas yang bakal dipikul pada tahun 2010 nanti.

Kita guru KHB? apa lagi, mula lah merancang allocations guru, merancang program, merancang agihan penggunaan bengkel, plan tatikal, nak isi SKT dan bermacam-macam ‘merancang’, lagi. Jamah itu, jamah ini semua tak kena. Last2 pekena Premier satu..baru ada idea nak buat yang mana dahulu.

Apa-apa pun, itulah kita seorang guru. Merencanakan sesuatu untuk bertindak lebih awal supaya apa yang dirancang tidak tergendala. Ini semua demi anak didik kita yang mungkin juga anak-anak kita.

Semasa merancang allocation guru, saya teringat mengenai keistimewaan dilantik sebagai Ketua Panitia KHB. Keistimewaan ini bukanlah Bayaran Isentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) atau mendapat seorang Pembantu Bengkel. Keistimewaan ini hanyalah sekadar satu pekeliling yang agak lama dah dikeluarkan.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pekeliling ini. Mungkin ada yang tahu, tetapi tidak diguna pakai disekolah lalu dilupakan begitu sahaja. Bagi mereka yang ingin tahu keistimewaan pekeliling ini kepada Ketua Panitia KHB, bolehlah download fail ini.

Selamat merancang.

WAN AHMAD KAMAL

24 Responses

  1. TQ, bg pekeliling ini, tentang jadual waktu bengkel. Saya dah lama masukkan pengurusan bengkel dalam jadual cuma baru sekarang dapat surat pekeliling ini, TQ

  2. Aku pun br dpt pkeliling tue hjg thn nie. Tahun dpn br nak aplikasikan. Bagus pkara nie dpt dsebarkan pd semua kp2 khb seluruh malaysia ttg hak mrk

  3. ada tak pekeliling tentang bilangan pelajar dalam satu kelas khb, iaitu lebih kurang 25 orang.

    • salam saudara nahar,

      Pekeliling berkenaan tiada di dalam simpanan kami. Mungkin saudara menghadapi masalah kerana terlalu ramai pelajar di dalam satu kelas dan sukar untuk mengadakan sesi P&P di bengkel. cadangan saya ialah berbincanglah dengan pentadbir dan tekankan bahawa subjek KHB ialah satu subjek kemahiran di mana pelajar-pelajar mesti melakukan kegiatan secara praktikal. Pelajar yang terlalu ramai amat tidak sesuai berada dan bekerja dibengkel. Saiz bengkel dan kelengkapan yang ada adalah sesuai untuk maksimum 25 orang sahaja. Sekiranya melebihi jumlah itu, faktor keselamatan akan terjejas. Kita tidak mahu semasa P&P ada pelajar yang mendapat kemalangan yang serius..nanti TV3,press dan macam-macam datang..sure hebohhhh..yang popular siapa….mereka dan keluarga mereka lah…

      Berbincanglah dengan baik bersama pentadbir…

      terima kasih.

  4. ada tak pekeliling yang berkaitan dengan pembahagian pcg utk khb?

  5. salam, pekeliling ttg pengurusan bengkel n pekeliling bilangan pelajar dalam bengkel n ada tak pekeliling mengatakan guru KHB tidak perlu pegang kelas?

    • sahifini,
      Pekeliling ttg pengurusan bengkel – ada dalam manual pengurusan bengkel.
      pekeliling bilangan pelajar dalam bengkel – rujuk comment2 di dalam blog ini
      pekeliling guru KHB tidak perlu pegang kelas – tidak ada jumpa lagi..keadaan ini adalah bergantung kepada budi bicara antara pentadbir dengan guru KHB. Kebiasaannya, apabila guru disesebuah sekolah mencukupi dan bilangan pelajar tidak ramai, guru KHB tidak akan diberi menjadi guru kelas. Ini kerana guru KHB akan diamanahkan untuk menjadi penyelaras bengkel.

      • salam…

        boleh bg link pekeliling bilangan pelajar khb dalam satu kelas?penting ni..

        tq..

      • saudari suhada,

        sehingga kini saya masih tidak jumpa pekeliling berkenaan. apa yang ditekankan ialah masalah ruang kerja. sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai iaitu melebihi 25 orang pada satu masa dibengkel, PNP KHB amat tidak sesuai dilaksanakan. ini kerana peratus kemalangan yang mungkin berlaku agak tinggi. Siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan yang serius apatah lagi membabitkan kematian..Nauzubillah…

  6. saya nak beli cd dan dvd khb
    saya akan bank in duit hari ni..

  7. en. wan kamal……kalau ader contoh SASARAN KERJA TAHUNAN guru khb boleh tolong upload kat sini? nak buat perbandingan @ percambahan idea sikit……….semoga…KHB terus cemerlang

  8. salam. jika buat pelupusan stok cthnya dapur, adakah kita akan dibekalkan yang baru atau kita perlu beli sendiri menggunakan duit pcg?

  9. nak tanya sikit.. sebenarnya peruntukan Waktu untuk KHB berapa? 3 waktu ke 4 waktu seminggu.

  10. salam..ckgu afrik, mengenai bilangan pelajar dalam bengkel xboleh ramai,susah utk saya bertindak sekiranya tidak ada hitam putih mengenai hal itu.pihak pentadbiran sekolah saya tidak akan melayan hal2 begini kerana saya baru pegang jawatan ketua panitia..pengalaman mengajar kh baru 2tahun..kalau mereka mau kurangkan bilangan pelajar di bengkel,banyak aspek yg perlu diambil kira..bilangan kelas akan bertambah dan bilangan guru kh kena ditambah..utk pengetahuan cikgu, pelajar tingkatan satu seramai 600lebih pelajar..jadi,pihak pentadbiran tidak akan dengar pendapat dan cadangan saya..

    • saudari Suhada.

      saya memahami masalah yang ditimbulkan. Kita tidak ada kekuatan untuk memohon bilangan maksimun pelajar pada satu2 masa sesi PNP dibengkel. Namun begitu majoriti sekolah-sekolah di Malaysia mengamalkan 2 orang guru bagi satu kelas KHB. begitu juga dengan bilangan maksima pelajar tidak melebihi 25 orang sahaja. Kita mengajar m/pel kemahiran yang memerlukan penggunaan ruang kerja yang selesa bagi setiap pelajar. Setiap pelajar juga akan menggunakan alatan tangan dan mesin2 yang boleh mengundang kecelakaan sekiranya ruang bengkel sesak. Adakah pentadbir akan sanggup menjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini? Pelajar juga saya yakin tidak akan dapat menjalani sesi PNP KHB dengan sempurna apatah lagi melaksanakan kerja kursus. Berbincanglah dengan pentadbir dengan cara diplomasi yang paling baik. sekiranya tidak berjaya, berbincanglah dengan pegawai di PPD dengan tujuan menyelesaikan masalah tadi. saya yakin cikgu akan berjaya . selamat mencuba.

  11. salam..

    cikgu afrik, terima kasih atas cadangan n kekuatan yg diberi..insyaAllah saya akan usulkan pada ketua bidang saya dulu..

    tq..

  12. Assalamualaikum…
    saya mahu membuat projek sarjana muda berkenaan dengan keperluan pembantu bengkel kemahiran hidup…kat mane ye saye leh dapat info berkaitan

  13. terima kasih… mungkin surat pekeliling ini saya x guna sekarang cz sek kekurangan guru opsyen… pt boleh digunakan nanti..;)

  14. Salam…
    Saya nak bertanya tentang pengurusan bengkel. Yang dikatakan pengurusan bengkel KHB itu adalah bengkel yang mana. Di sekolah saya ada 6 bengkel iaitu Bengkel jahitan, bengkel masakan, bengkel kerja paip, bengkel kerja paip, bengkel elektrik dan bengkel pengurusan diri. Persoalannya adakh ke enam2 bengkel itu dibawah pengurusan panitia KHB. Bagaimana dengan panitia ERT? beban akan tertanggung kepada panitia KHB. Adakah perkeliling tentang pembahagian tugas antara dua panitia ini.

  15. asalah saya pn sama. pihak pentadbiran tidak melayan supaya bil murid dibahagi dua kerana kekangan kekurangan guru.

  16. Ya tolong jawab soalan diatas. Saya juga mengalami masalah yg sama, Bebanan banyak diberi kepada panitia KHB baik dari segi tugas maupun kewangaan banyak menggunakan duit KHB, sedangkan guru dan pelajar ERT tingkatan 4 dan 5 banyak menggunakan bengkel terutama bengkel masakan, jahitan dan pengurusan diri.

  17. Sy ingin sangat pekeliling yg manyatakan jumlah max pelajar di dalam sebuah bengkel ialah 25 orang.tlg email kan
    ..pentadbir tak nak terima alasan sy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: