SEJARAH PENDIDIKAN VOKASIONAL – HUNNY PESTALOZZI

Sudah lama terdetik di hati saya untuk menulis kembaLi artikel ini. Sekurang-kurangnya boleh menyumbang sedikit input kepada pelajar-pelajar seperti mereka yang sedang belajar di IPT dalam bidang teknik dan vokasional.

Rencana ini sebenarnya telah lama diterbitkan. Ianya hasil tulisan seorang pensyarah di Maktab Perguruan Teknik iaitu Encik Syed Nokman bin Syed Abu Bakar. Pada masa tersebut saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarang Jurnal Media Minda terbitan Maktab Perguruan Teknik edisi Feb/Mac tahun 1991. Mungkin masih ramai lagi rakan-rakan mengingati detik-detik jurnal ini dikeluarkan. Bagi kami, penerbitan bahan-bahan ilmiah ini adalah ikhlas dan tulus demi memartabatkan lagi bidang teknik dan vokasional di Malaysia.

Beginilah petikan artikel tersebut:-

Mengikut Charles A. Bennet di dalam bukunya ‘History of Manual and Industrial Education’ orang pertama memulakan pendidikan vokasional ialah Jhon Hunny Pestalozzi. Beliaulah juga orang pertama memulakan apa yang dipanggil ‘The Beginning of Manual Training’. Pestalozzi dilahirkan di Switzerland pada tahun 1746.

Selepas beliau mengasaskannya, pendidikan vokasional terus berkembang dengan pesatnya. Pada 1751 Akademi Franklin dibuka bagi tujuan melatih pelajar dalam bidang pendidikan vokasional. Dalam tahun 1751, Harace Mana dipilih sebagai Pengetua Collage Antioch di USA. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkembangkan pendidikan vokasional khususnya di Ohio dan Amerika amnya.

Dari tahun 1800-1900, banyak pusat-pusat latihan vokasional berkembang dengan baik di Amerika mahu pun di Eropah. Di antara pusat-pusat pendidikan yang penting termasuklah ‘Franklin Institute’, Manylud Institute’ dan lain-lain.

Perkembangan pendidikan vokasional di Amerika bolehlah dikatakan agak pesat tetapi tidak mempunyai pengawalan pusat. Dengan itu perkembangannya agak tidak seimbang di antara satu negeri dengan satu negeri. Begitu juga dengan perkembangan pendidikan vokasional di Eropah.

Dalam tahun 1827, Pestalozzi telah meninggal dunia. Pada kacamata orang-orang barat beliau merupakan ’ father of manual traning’. Mengikut Pestalozzi ’ there are two ways of instructing, either we go from words to think or from think to words. Mine is the second one”.

Di Amerika pada tahun 1862, AKta Moril diluluskan oleh kongres. Akta ini dahUlunya mahukan setiap negeri menubuhkan satu maktab bagi tujuan pembelajaran matapelajaran vokasional.

Selepas tahun 1900, banyaklah perubahan positif yang telah berlaku di dalam perkembangan pendidikan vokasional baik di Amerika dan Eropah. Bukan setakat itu sahaja, malahan perkembangannya turut meliputi Asia.

Semoga artikel ini memberikan sedikit sumbangan kepada anda. Terima kasih.

WAN AHMAD KAMAL

4 Responses

  1. tahniah dan terima kasih wan ahmad kamal….
    semoga banyak lagi info yang akan diokirim di blog ini.
    tq

  2. Sumbangan KH dalam pendidikan malaysia?

  3. salam cikgu..
    saya seorang pelajar politeknik dalam bidang diploma mekanikal bahan..saya berminat untuk menjadi seorang pendidik..boleh beritahu saya,adakah saya perlu tamat diploma dahulu,baru boleh memohon untuk menyambung ke sarjana muda pendidikan teknikal dan vokasional di UTHM??
    atau saya boleh memohon menggunaka CGPA semester sebelumnya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: