ALLAHYARHAM YATIM BIN MASKUN

AL-FATIHAH

Terima kasih kepada semua kerana menyampaikan berita sedih – kematian trajis seorang warga pendidik – Allahyarham Yatim bin Maskun yang bertugas di SMK Bekok, Segamat Johor…… Bagi saya, Allahyarham adalah seorang yang terlalu baik hati dengan semua orang termasuk semua pelajar-pelajarnya. Saya pernah bertugas bersama beliau di SMK Bekok Segamat selama lebih kurang 2 tahun. Banyak inovatif yang dibuat oleh beliau demi memajukan pelajar-pelajar disana yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Sehingga kini, saya masih menggunakan karya beliau iaitu presentation interaktif bahagian Enjin KHB Tingkatan 3. Bahan ini saya sering gunakan untuk pengajaran kepada pelajar-pelajar saya bahkan memberi kursus-kursus kepada guru-guru KHB seluruh negara. Apa yang membuatkan saya kagum ialah beliau memberi keizinan kepada saya menyebarkan hasil karya beliau demi meluaskan ilmu pengetahuan dengan menggunakan teknologi terkini.

Bagi yang mengenali beliau tidak kira semasa di Maktab Perguruan Teknik, Universiti Teknologi  Malaysia dan mana-mana tempat beliau bertugas, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah.

Bagi warga pendidik dalam bidang Kemahiran Hidup khasnya kita telah kehilangan satu bintang. Bintang yang sukar dicari ganti.

Saya mengucapkan takziah kepada balu allahyarham, Puan Sharifah. Harap bersabar menempuh dugaan hidup yang telah ditentukan olehNya.

wassalam

WAN AHMAD KAMAL BIN WAN NOH

17 Responses

  1. Bagi guru-guru dan penduduk kawasan Chaah, Labis dan Bekok , Allahyarham Cikgu Yatim memang tidak asing. Beliau seorang yg aktif dan berdedikasi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin.

  2. al fatehah
    semuga apa yg beliau tinggalkan akan digunakan sebaik mungkin dan ilmu yg berharga itu akan jadi bekalan untuk dirinya di alam sana

  3. Saya mengucapkan takziah kepada balu allahyarham, Puan Sharifah dan anak-anak. moga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

  4. Alfatihah,
    saya di maktab teknik 1982-84 dan utm 1988-1991

    rasa kenal dengan arwah yatim

    sesiapa yang mengenali saya
    call / sms saya
    Naaim 0172918997 / 0161658810

  5. alfatihah……
    allahyarham yatim adaah rakan baik saya. saya amat rapat dengan beliau dan sekiranya ada program luar tidak ketinggalan mengajak saya. anugerah guru inovatif da aktif daerah segamat. walau macam mana pun saya puas dapat menatap wajahnya buat kalin terakhir dan bersama-sama memandikan jenazah allahyarham sebelum di bawa ke kampung halamannyanya. semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. amin……..

    • terima kasih encik zulkifli.
      semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman. berita terbaru mengenai keluarga arwah ialah balu arwah telah dapat berpindah ke Muar. Alhamdulillah, dekat sikit dengan keluarga. Semoga kehidupan balu arwah dan ana-anak lebioh terurus seperti biasa.

  6. al-fatihah buat arwah yatim…
    saya adalah guru baru yang ditukarkan dari SMK Dato’ Bentara Dalam Sgmt ke SMK Bekok bagi menggantikan arwah…
    disini saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tugas yang xsempat arwah sempurnakan…
    mmg sukar bg saya untuk menyempurnakan tgs ini kerana saya masih baru dan masih ingin belajar dalam bidang khb ini…saya jg smpt mengenali balu arwah…mmg kesian kat dia…skrg dia dah dpt btkr ke muar…semoga beliau tabah mghadapi khidupan ini…
    disini saya ingin minta pandangan kwn2 yg mgenali arwah agar dapat saya jadikan rujukan untuk saya myambung tugas2 arwah dgn lebih baik…
    saya baru dalam bidang pguruan ini…perlu tunjuk ajar dari senior2…di smk bekok saya seorang je guru lelaki khb…jutaan terima kasih saya dahulukan kepada yang ingin menolong saya yang ingin belajar untuk menjadi guru yang mguasai bidang khb ini…saya ingin berkongsi ilmu dengan anda…saya mmg 0 pengalaman dan pengetahuan…masih mencari…

    • Tahniah cikgu,
      Mungkin cikgu akan mengalami sedkit masalah untuk menyambung tugas allahyarham kerana allahyarham kembali ke rahmatullah pada pertengahan tahun. Kemungkinan cikgu akan mengalami masalah untuk menyiapkan kerja-kerja kursus terutama kepada pelajar tingkatan 3. cikgu bolehlah berbincang dengan pihak pentadbiran mengenai masalah ini dan juga jangan lupa berbincang dengan Ketua Pentaksir Kawasan atau terus dengan Ketua Pentaksir KHB Negeri Johor ( Encik Hamsan- Keluang).

      Selalulah melawat blog ini. ada masa kita boleh berkongksi maklumat.

  7. Salam…
    Tuan, ada tak pekeliling-yang berkaitan dengan KHB?
    Terima kasih

  8. Salam sejahtera semua.
    Hujung minggu ini saya bercadang untuk menziarahi keluarga Allahyarham yatim bin maskun. Perjalanan agak jauh gak. Mungkin memakan masa 8 jam kot. Tapi saya agak yakin, sebab exora saya baru jer diservis ni..Saya juga bercadang untuk bermalam di Hotel Katerina, Batu Pahat. Sesiapa yang rasa kelapangan, bolehlah temankan saya makan soto dan lontong. That is my favourites food …memories in 1992 still in my mind. Kepada rakan-rakan kat BP ( Adi Manja, Selamat, burn, Shabudian dan ramai lagi…bolehlah belanja kita orang makan2…you all kan dah DG44 kan…) Tidak lupa jugak rakan-rakan kat Chaah – mas ( aku bawak beras mas, nanti kau masak tau..), hamri,zulfidy dan ramai lagi..nanti gua calling2 la..

    Anyway, tujuan utama saya ke BP ialah untuk menziarahi keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

    WAN AHMAD KAMAL

  9. Salam,
    Hari ni first time masuk lamanni, trus dapat brita sedih pemergian sahabat kita. Al Fatihah.

  10. salam,Al-fatihah buat saudara kita cikgu yatim,betulke arwah cikgu yatim keluaran utm twin program mpti-utm 95-98.kalau betullah,saya terhutang budi pada beliau kerana pada masa dulu pernah sekali menumpang kereta beliau dari jpnj ke mpti dan saya satu batch dengan arwah dan isterinya.boleh tak saya dapatkan no. telefon isterinya.saya mptkl tahun 82-84.buat isteri beliau salam takziah saya ucapkan.ada member2 kenal saya contact saya h/p 0137353099

    • salam hj zainal,
      terima kasih kerana melawat blog ini. Isteri allahyarham telah dapat berpindah ke SMK Parit Yusoff, Muar. Saya dah menziarahi beliau tahun lepas. Maaf kerana saya tak dapat menceritakan dengan lebih lanjut saat-saat pemergian allahyarham di sini kerana ……ianya amat menyedihkan bagi saya. saya akan sms no telefon balu allahyarham kepada tuan.

      terima kasih

      fwd frm wan ahmad kamal

    • kenai dk gi dengan aku
      sukarno 0195987842
      alor setar

  11. Asssalamualiakum kpd semua terutama Hj Zainal. Masih x lupa kau yng sentiasa berketayap. Takziah kepada balu a. yarkam yatim. Denga juga berita drp Noripah Karim. tapi nak kontek x dapat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: