• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 906,788 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

Lakaran Projek

lakaran2

(Contoh lakaran untuk PBS…. Terima kasih kepada Koperasi Guru Teknikal Kelantan BHD)

Lakaran projek mesti dibuat pada Modul 2 (aspek2.1.i) Melakar sekurang2nya 3 reka bentuk projek. Sama juga dengan Modul 4 (aspek 4.1.iv).

Sekiranya anda seorang guru…… adakah anak2 didik kita mampu melakukan seperti/hampir seperti lakaran di atas….???. Bagi saya sudah tentu jawabnya MUSTAHIL…!!!! Tak tahu le kalau anak2 dari Sekolah2 asrama penuh atau sekolah terpilih mampu melakukannya….!!!!

Sekiranya anda seorang guru…… adakah anak2 didik kita mampu melakukan seperti/hampir seperti lakaran di atas….?? Sudah tentu banyak jawapan yang mungkin didapati…. mungkin antaranya:

1. Saya boleh buat…. senang aje…. (mungkin guru SPU tahun 1980 MPT)

2. Boleh le…. kira ok le……………… ( mungkin guru KHB 1990 MPT)

3. Boleh….tapi lama jugak berlatih (mungkin guru KHB DG41)

4. Dah cuba banyak kali… tak boleh (mungkin guru2 Pert, Srt, Pd dulu-dulu)

5. Tak boleh… tengok pun dah sakit kepala (mungkin guru2 bukan Opsyen)

6. Apa benda tu…… kena masuk U semula blajar tu… (mungkin guru2 GSTT)

AGAK-AGAKNYA YANG MANAKAH JAWAPAN YANG KELUAR DARI MULUT KITA….???

Sebenarnya bukan niat saya untuk mengata sesiapa…. tetapi sebagai renungan kita bersama! Andainya kita sebagai guru KHB, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pelajar kita untuk membuat lakaran….walaupun agak mustahil untuk capai kualiti seperti gambar di atas. Itu tak penting…yang lebih penting pelajar kita buat!! Apa yang digerungi ialah….. kita sendiri tak tahu nak buat lakaran…… lakaran pun gunakan pembaris…… siapa yang perlu dipersalahkan….

Akhir…….. Maka sepatutnya Guru-guru KHB seluruh Malaysia yang mempunyai kelayakan sebenar diberi……. ELAUN KRITIKAL….. INGAT……BUKAN SEMUA GURU BOLEH MENGAJAR SUBJEK KHB…!!!!!!

51 Responses

  1. salam.
    bila bleh dpat keputusan dg44 gamaknya?
    nak tanya sapa aaa?

  2. saudara Yatim – kawan lama ni..

    daripada sumber tak rasmi, bulan 3 ni tahu la tu..

    wassalam

    (ikan tak pancing lagi ker…?(

  3. aslmkum….saya terpikir jugak, AGAK-AGAKNYA YANG MANAKAH JAWAPAN YANG KELUAR DARI MULUT KITA….???
    sebelum saya menjawab, saya bertanya pd diri saya sendiri, sekarang ni, perlukah lukisan begitu di buat??
    sumenya mintak lakaran. so lakaran tidaklah seperti gambar di atas???LAKARAN? FREE HAND. SENGET PUN TAK PE, dah kata lakaran….tapi ada ju kata, lakaran mst tegak, mcm kita lukis dgn pembaris.yg mana satu betul. kalau saya, bila kata lukiskan lakaran projek. maka saya akan free hand melakar. senget atau tegak, dia adalah lakaran.yg mana satu betul.

    • salam kak zah,
      hebat juga comments kak zah. Sebenarnya lakaran yang dimaksudkan di peringkat menengah rendah adalah lakaran secara free hand. Ianya memfokuskankan kepada reka bentuk yang menunjukkan rupa bentuk sesuatu produk. pada peringkat menengah rendah adalah mustahil pelajar dapat menghasilkan lakaran yang betul-betul menarik dan sempurna. Oleh yang demikian, sekiranya lakaran produk yang dihasilkan oleh pelajar kita menampakkan rupa bentuk produk yang akan dibina oleh mereka, bolehlah kita terima. Soal ketepatan lukisan janganlah terlalu diambil kira. Sebagai guru, kita mestilah membimbing mereka, jangan mengongkong mereka untuk berfikiran kreatif.

      wassalam.

    • mstilh free hand

  4. Tahniah, kerana berjaya membangunkan laman blog khb. ada masa, jenguk la blog khb dari guru yang serba kekurangan ini dan berilah komen membina : http://norlizajais.blogspot.com

    • cikgu liza,
      hebat juga blog u. terima kasih kerana mengunjungi blog ini. marilah kita sama-sama kongsi maklumat demi anak didik kita. masehhhhh

  5. Mohon kebenaran owner blog utk respon kpd topik Lakaran Projek ni. Tahniah juga kpd Cikgu Liza dgn pembinaan blog KH yg menarik tu.
    Sekadar berkongsi pengalaman..
    1. Lakaran Awal – Teknik: Lakaran menggunakn pensil 2B, free hand drawing (teknik melakar spt dlm subjek Seni Lukis), kekemasan tidak diutamakan, memandu pelajar kearah teknik lakaran sebenar, tiada markah taksiran PBS.

    2. Lakaran Sebenar – Teknik: Semua garisan dilukis mnggunakn pensil 4H dan pembaris. Garisan objek dilakar secara free hand dan menggunakan pensil HB. Ada markah taksiran.

  6. 3. Lakaran Sebenar (Idea Terpilih) – Teknik: Seperti perkara 2 di atas. Ada markah taksiran.

    4. Lakaran Ceraian – Teknik: Seperti perkara 2 di atas. Sebagai aktiviti pengayaan pelajar. Tingkatkan kefahaman & daya imaginasi pelajar utk proses pemotongan & penyambungan kayu projek. Tiada marjah taksiran.

    5. Prototaip

    -wallahualam-

  7. Tahniah…. dan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga guru2 kita dapat memahami dengan lebih jelas lagi.
    tq

  8. HI SEMUA..

    Terima kasih koperasi guru teknikal…tapi berpandukan lakaran yang dipaparkan, ada tak sesiapa yang sedar sesuatu telah tertinggal? Apa dia?? Perkara ini mesti dicatatkan pada lakaran terutama untuk proses pentaksiran…

    cuba teka…

  9. tak tahu le…… rasanya dah elok sangat dah…. saya nak buat pun rasanya susah jugak tu…..

  10. Tuan owner blog, kalau tak silap saya, jika lakaran tu utk aspek 2.1 dh amat betul tu… tapi jika lakaran tu utk aspek 4.1, mungkin belum dilabelkan lagi.

    -wallahualam-

  11. terima kasih banyak2 kepada kjack dan sesiapa sahaja yg memberikan penjelasan dan gambar2 lakaran. memang amat berguna penjelasan dari kamu semua. akak harap tahun ini akak akan dapat memberi penerangan dan penjelasan yg tepat kepada semua pelajar. terima kasih sekali lagi 🙂

  12. nak cite sikit, sebagai ketua pentaksir saya nak bagitau yang bila kata lakaran tu, mesti free hand. kalau dah guna alatan lain untuk buat kita panggil lukisan bukan lakaran. senget ka herot ka tak penting, yang kita nak lakaran tu menepati produk yang nak dibuat jika ia lakaran yang dipilih..kalau cantik tu kira bonus le…sebab kita ambil kira pelajar kita tak mahir dan bukan ada latar belakang lukisan kejuruteraan so kena ada keprihatinan atas hal ini. Kalau cikgu sendiri pun dah terkial kial nak buat macam mana nak harap budak kita buat yang lebih baik. betul tak…jangan mare…

  13. gooooood
    i can get many information here!!!!!
    i’m very2 glad!!!

  14. saya ada prob sket..xde idea la nak buat folio jahitan..boleh tolong tunjukkan contoh gambar folio x? yang ada jenis jahitan jelujur, kia, dan lain2..xde idea macam mana nak display.( boleh tengok depan dan belakang jahitan) jahitan yang telah disiapkan..
    kene buat folio..

  15. comel, kemas dan menarik…goood job bro…ambe amek satu lakaran utk KH sk ambo..tq

  16. cikgu, saya pelajar smk di KL. saya ad masalah besar la cikgu…………..pendokumentasian rekabentuk utk PMR… saya tidak siapkan dan saya TIDAK tahu bagaimana ingin menyiapkannya..sudah jenuh saya survey internet siang n malam ttpi tidak jmpe2 contoh folio tersebut. Cikgu tahu tidak mana2 website yang mempunyai contoh folio itu?? Dateline saya sudah hampir ttpi satu pun saya tidak buat lagi. Tolong la bantu saya cikgu…terima kasih

    • adik Ihsan.
      adik perluu merujuk kepada guru adik 100% untuk menyediakan dokumentasi modul 4. Dokumentasi modul 4 adalah dijalankan seiring dengan waktu adik belajar KHB. Berbincanglah dengan guru adik dengan mesra.

      selamat belajar.

  17. lakaran bekas serba guna x ade ke cikgu…. ???

  18. hmm seronok juga membaca isu Guru-guru KHB ni..saya baru mengajar KHB selama 3 tahun dan tergolong dalam kategori guru no 3..Bagi saya bukanlah menjadi masalah besar nak melakar lakaran projek seperti yang tersebut dan tak memerlukan latihan yang khusus untuk melakar..Yang menjadi masalah ialah murid kita yang tidak berkemampuan untuk melakar,sekalipun disuruh membuat lakatan mudah iaitu kotak dalam bentuk 3D. Itu pun belum tentu mereka dapat melakar dengan baik…

  19. wah3…
    sya bole tiru lakaran ni utk buat projek rak buku..

    • kebetulan saya ada tugasan dari guru tingkatan untuk membuat lakaran kerja kayu …jadi bolehlah klau saya tiru di sini kn…

  20. hi cikgu boleh saya lukis projek di atasdan hantar kepada guru KH di sekolah. kalau saya buat begitu adakah saya akan mendapat markah

  21. salam…
    cikgu saya pelajar tingkatan 3..
    saya nk contoh lakaran yang lebih mudah adew tak ??
    untk KEMAHIRAN HIDUP…
    ~ kerja kayu pnya ~

  22. good i will follow it for my projek

  23. saya nak tnya mgenai lakaran projek. lakaran projek 4.1 iv, kita buat free hand tnpa pembaris.kemudian kita dikehendaki melukis lukisan berukuran setelah memilih salah satu lakaran projek tadi, adakah lukisan berukuran juga dibuat secara free hand atau menggunakan pembaris.

  24. Alhamdulillah !!! Ader Jugakk Lakaran Kat Sini ! Nasib Saya Baek ! -,-‘ kene Buat Folio Then Kene Buat Lakran Sendiri~! Terima Kasih Atas Lakaran Ini ! Saya Benar Benar Menghargainya ! May God Bless You !! T^T

  25. Assalamualaikum. Saya guru KHB yg baru 4 tahun mengajar. Apa yg saya ingin kongsikan di sini hanyalah luahan perasaan yg saya xtau nk luah kat sapa..
    Saya tension ngan guru2 senior sekolah saya yang hanya buat projek amali sambil lewa. Alasan, xcukup masa. Pelajar2 hanya copy paste sahaja lakaran & evidens2 lain. bila kelas sy ikut book, pelajar byk soal pula why kelas cg lain bole tiru & upah kedai. saya pon xfhm napa jadi mcm ni coz yg buat tu KP & GC.. Saya jadi boring ngajar kat sekolah ni. Bila dari f1 dah diajar mcm tu, budak2 jadi mua & xkreati serta malas mencuba…
    Bagi saya, kalu stkt nk copy paste n upah org, baik xpayah buat. xda faedah.
    Sekolah lain ada juga ke masalah mcm ni?

    Tension…..

  26. Assalamualaikum…tahniah dgn adanya blog ini dpt kta berkongsi rasa dan masalah…

  27. saya nk kene wt bku idea jd sbb tu la saya kene website

  28. salam terima kasih kerana ade nye blog ni dpt sy siap kn kje tu

  29. TQ!!!!

  30. kalau saya hendak tahu…lakaran diatas menggunakan kayu jenis apa???PBS INI SANGAT2x SUKAR BAGI SAYA……:():

  31. salam,cikgu saya cuba download pekeliling ketua panitia.tapi tak boleh kenapa ye?lagi satu nak tanya,betul tak ada pekeliling yang ketua panitia ada 3 masa untuk urus bengekel?saya diberi guru tingkatan,banyak lagi jawatan yang malas nak list di sini…sekian

  32. tq semua…

  33. salam..ada sapa-sapa boleh bagi tau tak nama lain bagi kayu broti tu mcm mana.klu tanya kedai kayu peniaga x brapa paham……

  34. tq

  35. salam cikgu,lakaran selain ni ade lagi x??

  36. susah nya nak lukis !

  37. CIKGU SAYA NAK TANYA LAKARAN UNTUK DARJAH 5 ADA ???

  38. assalamualaikum cikgu…. cikgu sya suruh saya membuat lakaran benda yg baru yg akan kita bina…. benda tu salah satu nya apa yer cikgu?

  39. Apakah itu Latar belakang projek dan fungsi projek?

  40. terima kasih kerana wujudkan blog ni ,
    kerana dgn blog ini saya dapat menyiapkan kerja kh saya.
    it was beautiful

  41. cm ne yerk nk wat lakaran..adoii..

  42. Best

  43. Sangat sempurna..tahniah!

Leave a reply to guru muda Cancel reply