• Aku Bernama Africk Jinggo

    aku photo zul_zpsf2829d04.jpg
    Seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, Melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.

  • Hit Counter

    • 897,086 Semenjak Jun 2007
  • ICT dalam Kemahiran Hidup

  • Khas Untuk Pentaksir Sekolah

  • RSS berita harian

    • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.
  • Komen/Cadangan Yang Diterima

    RUZIYAH BT MOHD YUNU… on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    aiman on Kerja Kursus KHB
    ipah on Lakaran Projek
    saloma ambo on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH…
    syjam on Reka cipta tingkatan 3 @ Modul…
  • Bertukar-tukar Link dengan Blog Kemahiran

    Copy dan paste kod di bawah di widgets blog anda Blog kemahiran hidup
  • Copyright

    All images are copyright of their respected owners and creators. All pictures are taken from the other site of the internet, magazine, newspaper and other media. But if you don't like your pictures to be online on my website, please email me at zaizulan@hotmail.com. I will remove this pictures immediately.
  • Dari mana Anda

    IP
  • aktiviti

  • Maklumat Baru

  • link

  • Categories

  • Meta

  • Advertisements

GURU CEMERLANG KHB

Salam sejahtera.

Suatu berita yang membanggakan saya ialah pengumuman lantikan Guru Cemerlang (GC) oleh kawan-kawan dari seluruh negara. Tahniah, tahniah dan tahniah. Proses lantikan GC adalah memakan masa yang agak panjang dan melalui tapisan-tapisan tertentu baik di peringkat sekolah, PPD,JPN, Bahagian Sumber Manusia KPM dan JPA. Maka mereka yang terpilih adalah mereka yang betul-betul cemerlang.

 

Bagi melepasi syarat-syarat umum bukanlah sesuatu yang agak rumit. Antaranya ialah telah disahkan dalam jawatan, telah lulus pengisytiharan harta, lulus keutuhan BPR, bersih daripada tindakan tatatertib, LNPT yang cemerlang bagi tiga tahun kebelakangan dan lulus PTK dalam gred sekarang.

 

Bagi syarat-syarat khusus pula juga tidak menjadi masalah rasanya. Antaranya ialah berpengalaman mengajar 7 tahun dalam gred semasa ( terbaru 5 tahun rasanya), m/pel yg dipohon adalah m/p utama yang diajar oleh pemohon serta mengajar m/p kepakaran atau bidang pengkhususan selama 3 tahun terakhir berturut-turut.

Begitu juga untuk mengisi borang GC. Mereka yang telah dilantik tentunya telah di anugerahkan dengan sijil-sijil kepujian baik di peringkat sekolah, PPD,JPN, KPM malah di peringkat antarabangsa. Begitu tingginya anugerah mereka yang terpilih ini.

 

Selain itu, mereka yang dilantik ini sudah pasti telah menerbitkan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dan disebarkan ilmu pengetahuan dalam bentuk buku, jurnal atau digital demi perkongsian ilmu mereka. Sudah tentu penyebaran ilmu ini disasarkan bukan sahaja kepada pelajar mereka, malah guru-guru seluruh Malaysia.

 

Apa yang pasti, sokongan mantap daripada Pengetua/Guru Besar adalah menjadi kemuncak kepada permohonan mereka yang terpilih ini. Sudah tentu Pengetua/Guru Besar yang mencalonkan dan menyokong mereka ini telah menilai dan melihat sendiri begitu hebatnya rancangan pelajaran tahunan, rancangan pelajaran harian, pelaksanaan pengajaran, pengurusan kelas, personaliti mereka serta kemahiran interpersonal. Aspek yang dinilai ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana mereka telah dilantik sebagai GC. Pemantauan Jemaah nazir pada setiap tahun ke atas GC ini tdak akan memberikan kehampaan…

 

Harapan saya GC yang telah dilantik akan menjadi ‘guru’ kepada kita semua. Ilmu dan kemahiran yang ada pada mereka telah diiktiraf oleh pihak yang berwajib. Semoga semua GC dapat menyumbang segala kepakaran dengan cemerlang.

 

Wassalam.

Advertisements

6 Responses

  1. Sesiapa yang ingin bertukar suka sama suka mengajar di W.P.Labuan boleh hubungi saya di email: khaileyyeo@yahoo.com

  2. sebagai guru yang berpengalaman, paparlah RPH bagi rujukan guru-guru baru. semoga perkongsian ilmu mendapat berkat dan rahmat.

    tq

  3. salam. saya nak tanya betul ke KHB sebenar 3 waktu. bukan 4 waktu. macam mana nak apply WPM di sekolah sebab susah nak yakin kan pengurusan.

    • sila download pekeliling yang berkaitan. Sila berunding dahulu dengan pihak pentadbir. Jika tidak berjaya, buatlah surat permohonan rasmi kepada Tuan Pengetua sekolah anda dan salinan kepada PPD (unit teknik dan vokasional) serta JPN ( Sektor Pengurusan Akademik). Insyaalah berjaya.

  4. A,kum. Saya Mokhtar, GC Matematik dr Setiu. Sy nak tahu betul ke pengiraan pencen utk GC dikira berdasarkan gaji akhir gred hakiki iaitu DG 41?
    Tq.

  5. perlu lebih maklumat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: