UMRAH

Sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini, hp aku berdering lagi. Rakan karib menjemput ke rumahnya untuk satu majlis tahlil. Ayahnya meninggal dunia minggu lepas. Bagus juga sebab buat lepas Jumaat, waktu yang selesa.

Sesampai sahaja di tempat majlis, terpandang seorang lagi kawan lama aku. Aku terus bagi tabik, maklumlah dia tu anggota PDRM yang berpangkat tinggi jugak la. Lepas tahlil dan sambil makan, aku bersembang dengan rakan polis tu. Sejuk hati bila dia bagi tahu dia baru balik daripada mengerjakan umrah.

Aku teruskan sembang sambil menikmati singgang daging yang sungguh enak. katanya dia bawa kesemua dua orang anaknya mengerjakan umrah. Wah hebat. Dia tegaskan memang tidak ada masalah mengerjakan umrah bersama anak-anak. malah katanya, bawa anak-anak lebih memudahkan urusan kerana katanya Allah sentiasa membantu kita. Kedua-dua anaknya berumur 7 dan 3 tahun. Saat paling terharu ialah semasa membawa anak-anaknya membuat Saie. Anak-anaknya tidak membuat sebarang masalah dan turut sama mengerjakannya.

Teringat aku tentang satu kompenan / tajuk dalam KHB. Dalam sukatan lama ada dimasukkan tajuk Kekeluargaan. Salah satu daripada tajuk yang aku ingat ialah bagaimana untuk menyelsaikan masalah, menghormati orang tua dan sebagainya. Alangkah baik topik ini dimasukkan semula di dalam mata pelajaran KHB.

Apa pendapat semua?

One Response

  1. selamat berpuasa. lama tak dengar cerita?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: