Spesifikasi Projek RBT

Minggu lepas aku berjumpa salah seorang rakan lama aku yang sama2 belajar kat MPT. Banyak info yang aku dapat, antaranya beliau menceritakan tentang pemantauan kerja kursus yang dijalankan oleh pentaksir. Berpeluh juga dia…. maklumlah, perkara2 baru yang perlu dipatuhi…. apa yang amat ditegaskan adalah tentang spesifikasi projek RBT. Dia ditegur kerana pelajarnya buat projek RBT tanpa guna bahan2 yang disarankan. Pelajarnya tak guna pun plywood, PVC atau moutingbord….. tahun depan dia cakap tak nak lagi perkara ini berlaku. bagus le…. sama2 kita memperbaikinya…..

8 Responses

  1. Sama2 kita perbaiki…

  2. sy org baru dlm KHB KT ni, kalau ada soalan-soalan exam sek cikgu2 bleh la kongsi dgn sy.
    kalau ada bleh juga bg alamat web @ sumber yg bleh sy layari.

  3. assalammualaikum…..sesiapa yang terbaca ni cuba-cuba le jawab……saya ni baru tahun lepas ambil KSPK setahun. Kononnya nak dapatkan banyak ilmu dalam subjek KH tapi malangnya tak le dapat semua memandangkan ada antara pensyarah subjek di maktab tu langsung tak ajar amende pun. Tup-tup bila dapat sijil semua orang dapat A subjek dia. Frust! Tak dapat ilmu result atas angin je.Dimana boleh dapatkan kursus kemahiran menjahit dan memasak? Tolong jawab…..

  4. untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran bukanlah sesuatu yang suka. apa yang penting ialah usaha kita ke arah itu. saudari janganlah kecewa dengan pembaziran masa mengikuti KSPK. Mungkin ada sesuatu yang saudari boleh belajar selama setahun mengikuti kursus tersebut.

    Kursus yang saudari maksudkan mungkin jarang dikelolakan oleh pihak-pihak tertentu. bagi tujuan yang saudari maksudkan, saya cadangkan saudari mendapatkan bimbingan daripada guru-guru Ekonomi Rumahtangga dari sekolah-sekolah menengah harian yang berdekatan. Mereka yang mempunyai latar belakang ERT semamangnya pakar dalam bidang yang saudari maksudkan. Saya amat yakin mereka tidak akan mengecewakan saudari.

    terima kasih

  5. assalamualaikum…
    sy ni br nak mula ngajar kh kat SK pulak tu. sebelum ni sy ngajar sabjek lain. tukar sek baru kena ngajar kh pas tu jd kp sekali. pening jg ni. paling pening bila masuk bengkel tak la teruk sangat cuma kurang teratur. nak susun barang cam kat rumah nampak simple sgt. nak jg rasa hati nak nampak ceria. sapa-sapa ada cadangan ataupun plan cam mane nak ceriakan bengkel boleh tak tolong jawab sy. kalu nak direct ke email sy blh guna yg ni. mzuraidy@gmail.com

  6. aslmkum…agak belum terlambat lagi kak zah menjawab persoalan projek RBT. menurut penulis setiap RBT mesti gunakan PVC, mountingboard dan juga plywood. “”WAJIB KAH”, menggunakan 3 bahan ini. kalau wajib, rasanya saya sudah banyak buat kesilapan. saya pada mulanya mengikut apa saja yg disarankan oleh pentaksir. tapi saya ni seorang guru yg mudah jemu dgn situasi yg sama “bahan sama”, setiap tahun. murid pulak dari pelbagai jenis, so saya telah merubah dengan sendirinya bahan2 yg sepatutnya ada. contohnya, saya menggunakan plywood, kayu/papan, botol filem atau tin air, dsb nya bagi mencukupkan 3 bahan yg perlu ada di sebuah projek RBT. tak tahu lah, samada saya sudah membuat kesalahan atau tidak. tapi kenapa perlu menyempitkan daya rekacipta yg ada, saya rasa tidak salah menggunakan bahan lain. saya harap kekeliruan ini dapat diperjelaskan. takut jugak kalau silap memberi tunjuk ajar.

    • kak zah,
      Bidang reka cipta amat luas. Saya amat bersetuju dengan pandangan kak zah iaitu tidak menyempitkan daya kreativiti pelajar. Namun begitu kita harus sedar tajuk rekacipta yang diajar di tingkatan tiga merupakan kesinanbungan tajuk reka bentuk tingkatan satu dan dua. Apa yang diharapkan berlaku ialah para pelajar dapat menggunakan alatan, mesin dan bahan yang dipelajari di tingkatan satu dan dua untuk menghasilkan satu produk rekacipta.

      Kita juga perlu ingat bahawa bidang rekacipta amat luas seperti rekacipta bangunan, lanskap dan sebagainya. Untuk mengelakkan pelajar kita tidak melampau batasan dan bersetuju dengan kekangan-kekangan yang ada, maka adalah elok mereka menggunakan alatan, bahan dan mesin yang mereka pelajari terdahulu.

      Tiga bahan yang disarankan sebenarnya boleh dimanipulasikan kepada berbagai penggunaan. Ketiga-tiga bahan ini juga senang diuruskan seperti untuk melakukan proses mengukur, menanda dan memotong kerana peralatan dan mesin sudah ada dibengkel.

      Apa yang penting kita melaksanakan p&p bersandarkan Sukatan Pelajaran dan menjalankan pentaksiran berpandukan konstruk dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak LPM.

      Wallahuallam.

  7. Nk tnye,apakah 3 jenis spesifikasi lukisan kerja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: