Sila Kenalkan Diri Anda

Persila kenalkan diri anda, semoga kita dapat berkenalan antara kita. Mungkin kita akan bertemu dengan rakan-rakan lama kita semasa kita belajar dulu. Mungkin semasa kat MPT, MPTI, MPIK atau lain-lain Maktab. Mungkin semasa kat UTM, UPM atau mana-mana Universiti.

65 Responses

  1. saya bekas guru pelatih MPKTBR Kuala Terengganu 11 tahun yg lalu.saya sedang sambung belajar dalam sarjana muda pengajaran sekolah rendah di OUM dan mengambil minor KH.sebelum ini saya tidak pernah mengajar dan belajar subjek KH ini.Tawaran yang diber tidak saya tolak kerana percaya subjek ini banyak memberi manfaat kepada saya sekeluarga.Harap dapat bantuan dalam menyelesaikan pengajian saya dan kerja kursus.tq very much.

  2. Terima kasih Yuszana… teruskan cita2 anda… KH adalah suatu subjek yang amat menarik.
    Insyaallah saya sendiri atau rakan2 lain akan dapat membantu anda. Yuszana blajar di OUM mana..???
    KB..??? Klu OUM KB mungkin kenal dg. EN HATTA…???
    untuk pengetahuan, saya perna menjadi guru pembinmbing kp 2 orang pelajar dari OUM tahun lepas….
    TQ

  3. Asssalamualaikum,
    saya seperti yaszana sedang mengikuti program sarjana pengajaran sekolah rendah di OUM di IPBAKL. Tak pernah mengajar KH. tengah cari bahan utk buat assingment nih.
    Saya berasal dari Besut Trg. tapi sekarang menetap di KL kalau ada bahan tentang kemalangan mekanikal sila la post kat web encik, nanti saya check lagi.TQ

  4. saya, siti aminah binti keriya. saya sdg belajar di uniMAP, Universiti Malaysia Perlis. Saya ambil jurusan kejuruteraan komputer. Saya dikehendaki membuat mini projek tentang sesuatu bahan dan saya memilih gerudi tangan. masalah saya skrg, saya dikehendaki buat satu short report dan saya tak tahu nak tulis apa. kena ada pendahuluan, isi dan adknowledgement. boleh tak encik tolong saya. Kena hantar 30 oktbr. Saya berasal dari Yan,Kedah.

  5. Assalamualaikum.w.b.t…

    saya bakal menjalani temuduga Diploma Pendidkan ambilan januari 2008 subjek kemahiran hidup di UTM skudai.

    jika ada antara kawan2 yang tahu soalan yang berkemungkinan keluar, boleh share dengan saya. saya amat berharap agar dapat mengikuti pengajian di utm….

    wasalam

  6. saya ingin tahu pembelajaran sebenar dalam bidang kemahiran hidup @ teknikal…

  7. saya belajar dpli di upsi kos KH.dulu degree ambil management in forestry.di upsi blajar basic teaching skill je.tak blajar sgt tentang kandungan silibus kh.harap dapat jadi cikgu kh yg baik bila grad nanti=)

  8. saya baru 2 tahun mengajar KHB, actually saya bukan option KHB tapi lame kelamaan timbul minat, so saya nak mencari bahan2 yang boleh membantu P&P

  9. saya diberi mengajar subjek kh(pertanian) walaupun itu bukan opsyen saya, ttp saya seronok mengajar subjek tersebut…so saya nak cari soalan dan bahan yang boleh membantu p@p

    • saya pun ajar khb pertanian gak,,bru dok cri bahan gak ni…klu awk ada soalan2 peksa leh le bg…nnt kita sama2 share ek

  10. cikgu…saya inginkan bahan untuk p&p bagi subjek khb

  11. sya adalah x-student utm jb…amik kos pend. elektrik…skrang kena ngajar kh…so,…sy mintaj pandangan daari anda ttg cara pnp yg berkesan dlm subjek ini kerana saya masih baru…tq

  12. cikgu sue,
    proses P&P m/pel KHB adalah memfokuskan kepada bidang kemahiran. Cara P&P yang berkesan adalah tunjuk cara dan sesi amali. Adalah disyorkan sebelum sesuatu aktiviti dilakukan, cikgu membuat tunjukcara kepada semua pelajar. Namun begitu, bilangan pelajar yang ideal ialah tidak melebihi 15 orang sahaja. Proses Inkuri akan banyak membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dan output. Kejayaan objektif pengajaran pula banyak diukur dengan eviden yang dihasilkan oleh pelajar.

    semoga berjaya.
    wan_ahmad_kamal@yahoo.com.my

  13. Saudara nawawi,

    buku-buku keluaran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran malaysia mungkin boleh membantu saudara.

  14. cc boleh merujuk Huraian Sukatan pelajaran KHB cetakan tahun 2002.

  15. saudari liena,

    tunggu kemunculan Teacher Resources Kit yang akan dikeluarkan oleh group saya. Ianya mengandungi hampir 2,000 soalan objektif dalam bidang Kemahiran Hidup.

  16. bagi yang berminat mendapatkan hasil tulisan saya dan rakan-rakan, sila dapatkan Buku Ideal Kemahiran Hidup di pasaran sekarang. Ini adalah hasil kerjasama Pearson Longman dan anggota-anggota Koperasi Guru Teknikal Kelantan Berhad.

  17. di mana saya boleh mendapat maklumat bilangan pelajar KHB pilihan pertanian sesebuah negeri dalam website…

  18. sori…. azira..
    tak jumpa lagi..!!!!

  19. tahniah blog ini banyak membantu semua guru baru atau lama dalam p np. saya guru kh lepasan pkpg 2008 utm

  20. nak mintak contoh micro teaching, bleh x?

  21. cikgu aida bolehlah menghubungi saudara najmudin..saya cukup yakin beliau mempunyai contoh micro teaching memandangkan beliau baru sahaja menamatkan pengajian PKPG..

  22. sy guru br y m’hadapi masalah dalam mengawal pljr sms kerja amali di bengkel. sila bg idea nk wt mcm mane…

  23. sy guru br y m’hadapi masalah dalam mengawal pljr sms kerja amali di bengkel…buley komen..

  24. Cg Pzah,

    Mengawal pelajar asalah satu aspek penting untuk memastikan p&p berjalan dengan sempurna. Kegagalan mengawal pelajar akan menyebabkan loose control class yang akhirnya memberi kesan kepada kredibiliti kita sebagai seorang guru.

    Bagi sesi p&p mata pelajaran KHB, kaedah mengawal kelas agak berbeza dengan m/pelajaran-m/pelajaran lain. Guru KHB memerlukan suara yang kuat, ketegasan dan kemahiran yang baik.

    cgpzah perlu banyak bertanya kepada guru-guru lama tentang kaedah yang mereka guna pakai semasa mengendalikan kelas KHB. Penggunaan kaedah kawalan kelas adalah berbeza mengikut keadaan sosio-ekonomi pelejar itu sendiri.

    sekian.

  25. saya akan mengikuti temuuga DPLI kemahiran hidup (ekonomi rumah tangga) UTM 2008. Jika ada sesiapa yang pernah megikuti temuduga ini, mohon berkongsi pengalaman berkaitan soalan yang ditanya oleh panel

  26. saya akan mengikuti temuduga KPLI mengajar Kemahiran hidup. jadi sesiape yang ade pengalaman ditemuduga dalam bidang ini harap dapat kongsi pengalaman dengan saya. sesiapa yang akan ditemuduga dalam bidang ini pun boleh berkongsi

  27. saya baru sahaja hadir temuduga KPLI dlm subjek Kemahiran hidup. Boleh saya tahu berapa kuota utk guru kemahiran hidup pada setiap tahun seluruh malaysia dan anggaran pengambilan setiap institusi perguruan.

  28. irwan,

    kami tidak dapat memberikan angka berapa ramaikah guru kemahiran hidup yang diperlukan pada setiap tahun. Pihak yang arif mengenai hal ini ialah bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman dan perbualan kami dengan rakan-rakan, guru kemahiran hidup masih tidak mencukupi di mana-mana negeri seluruh Malaysia. Ini kerana masih ramai lagi guru bukan opsyen kemahiran hidup yang mengajar subjek ini di sekolah-sekolah.

    terima kasih kerana melayari blog ini.

  29. hai…saya br 1st time msk blog ni..saya mengajar KHB di MRSM Muar..

    • Salam Puan rohaiza…

      Saya baru dapat panggilan micro teaching tuk MRSM… subject KHB… saya berharap sekiranya Puan dapat membantu saya dari segi:

      subjek apa yang paling sesuai di bentangkan, bahasa pembentangan, dan tips2 yang dapat saya gunakan kelak….

      saya bercadang memilih teknikal…lukisan teknikal
      thanks….

  30. Pn Rohaiza,

    terima kasih kerana meluangkan masa di sini. Semoga kita dapat berkongsi maklumat mengenai KHB.

  31. salam & salam sejahtera
    saya bakal menduduki temuduga upsi disember ini..pilihan pertama saya adalah KHB..boleh beri pandangan atau pengalaman soalan apa yang akan ditanya oleh penemuduga dan adakah soalan akan related to course yang saya amik dulu (dip mekatronik)…
    harap dapat bantu saya..
    tq =)

  32. salam,

    terima kasih kerana melayari blog ini. semoga dapat sama-sama memberikan sumbangan dalam dunia pendidikan terutama dalam bidang teknik dan vokasional.

    Apa yang saya jangkan ialah soalan-soalan akan tertumpu kepada bidang teknikal baik di negara maju mahupun di Malaysia sendiri. Tumpukan sedikit kepada sejarah pendidikan teknikal. Cuba dapatkan bahan mengenainya di laman-laman web seperti ini.

    semoga berjaya.

  33. terima kasih atas perhatian en..saya akan cuba yang terbaik

  34. assalamualaikum, cikgu,
    saya berad adi JB, di mana saya boleh dapatkan Buku Ideal kem. Hidup tue?ia hanya dijual di kelantan saja ke?sebab saya berminat tapi nak dapat di kedai buku mana?

  35. saudari yatie,

    Buku yang saudari maksudkan banyak terdapat di pasaran. Cuba cari di kedai-kedai buku yang agak besar sikit.

    terima kasih.

  36. saya siswi tahun 3 mengambil sarjana muda teknologi serta pendidikan kemahiran hidup di utm.

  37. tahniah…..
    seri bakal jadi guru khb….. dapatkan sebanyak mungkin ilmu di utm……

  38. saya guru di Pasir Gudang, saya tercari2 tajuk kajian untuk kajian berasaskan sekolah yang ada kaitan dengan kh. boleh sesiapa bantu saya.. abg_my@yahoo.com.my

  39. Saya pelajar tingkatan 3. Belajar di SMA Setiu. Saya nak cari contoh soalan-soalan PMR yang boleh didapati secara online. Please help me.

    Sesape ada cadangan leh la ym saya : saifulbest@yahoo.com.my

  40. sya perlukan contoh slide promosi produk _UTm

  41. encik,saya lulusan diploma perakaunan dari uitm segamat. masalahnya sekarang ni saya berminat untuk menjadi guru.tetapi masalahnya saya telah mempunyai tanggungan kereta dan memrlukan saya bekerja. saya just nak mintk pendapat, bagaimana saya ingin memohon program pendidikan pjj dari utm skudai? adakah ada program tersebut di utm?

  42. salam…

    Saya Cikgu Yazid..Lepasan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dari UTHM @ Kuithho 2008. Sekarang saya berkhidmat sebagai guru KH elektif teknikal di MRSM Bentong, Pahang since 28 jan 2009.

    Buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tlg jolokkan,
    saya cikgu yang br nak mengajar,
    kalau ade ilmu yg hendak dicurahkan, silakan..

    tq….

    • salam cikgu…
      sebelum ni sy telah meghadiri sesi temuduga dpli untuk course kejuruteraan elektrik dan elektronik.Memandangkan sy telah memilih UTHM sebagai tempat pengajian dpli nant berapakah kuota yg pelajar dihadkan disana

  43. salam..
    sy stdt upm
    thn 3,ambk khb..
    best la blaja kmhran nie..
    bergna dlm kehidupan.

  44. salam
    saya guru khb di daerah kluang,johor
    lepasan maktab perguruan mohd khalid 1995
    dan upm 2003

  45. Saya merupakan cikgu KHSR di sebuah sekolah pedalaman. Masalah utama saya dalam pNp ketiadaan peralata dan alat-alat di bengkel. Ini menyukarkan saya dalam pNp, lebih2 lagi yang melibatkan kerja-kerja amali. Murid hanya bgantung pada gambar-gambar sahaja. Memang satu cabaran bagi saya, lebih-lebih lagi murid-murid di sini langsung tidak kenal apa2 peralatan tangan. Pemutar skru pun macam sesuatu yang pelik bagi budak-budak. Kadang2 saya terpaksa membeli peralatan menggunakan duit sendiri tp mcm msih tidak mencukupi. Ada sesiapa boleh mberikan saya apa2 idea? saya mau juga budak2 ni merasa peluang yg sm dengan budak2 di sek bandar.

  46. salam, sya cikgu praktikal khb kat hs bt pht. sya ambil dpli kh utm. so kalau tlg la kasi tip utk cikgu baru mcm saya

  47. hai sy sal
    org baru dlm blog ni,
    nak tanya ada tak sape2 yang dpt intvw tok ubject khb tok dpli.
    pada kwn2 dlm blog nie ada tak apa2 nasihat atau pengalaman yg boleh d kongsi…

  48. salam
    sy ambk pendidikan kh di utm
    lg 2 sem nk grade. InsyaAllah

  49. salam,
    Saya cikgu Kh di Melaka. Berminat untuk sambung belajar pjj di UTM. boleh sape-sape bagi komen. susah x blaja kat situ.

  50. salam….
    semoga subjek KHB semakin mendapat minat dan dapat meningkatkan kualiti para pelajar sebagai pelajar yang berdikari dan berguna….diharap para guru-guru KHB akan terus berusaha mempertingkatkan mutu P & P KHB…

  51. Saya Cigu Zaki, mengajar di SBP Integrasi Jempol.. dulu belajar di MAktab Batu Pahat tahun 2001- Opsyen Perdagangan… Sejak saya posting disekolah ini saya mengajar KHB sehingga lah sekarang…

  52. salam,
    Saya ingin tahu silibus matapelajaran KHB utk pljr MRSM..Samada teras & Pertanian, Teras & ERT, Teras & Keusahawanan atau Teras & Teknikal ? Blhkah ckgu mmbantu saya?

  53. salam. saya sedang buat action research tentang :

    Meningkatkan penglibatan dan minat murid perempuan semasa amali Elektrik dan Elektronik (pemasangan litar mudah) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat.

    sesiapa ada artikel tentang tajuk itu. boleh tlg tak? tq. salam

  54. sila dapatkan buku Longman IDEAL Kemahiran Hidup Tahun 4

  55. syam ada tmuduga pnddkan kh..pada khmis ini..encik tolong bantu saya untuk terang tentang kemahiran hidup..dan apakah soalan yg mungkin ditanya semasa sesi temuduga…bantu saya…

    • terima kasih saudara syam kerana melayari blog kami.

      soalan yang mungkin ditanya ? Kami tidak dapat memberikan jawapan yang tepat bagi soalan ini. Namun apa yang kami jangka ialah saudara perlu mengetahui mengenai perkembangan terkini di dalam sistem pendidikan sekarang ini seperti pengetahuan mengenai NKRA, LINUS, Falsafah pendidikan kebangsaan dan isentif2 yang diberikan sempenan hari guru tahun ini. Mengenai bidang KHB pula, saudara tumpukan kepada sejarah m/pel ini yang bermula daripada sekolah tukang. Fokuskan juga kepada kesan/impak m/pel ini kepada pembangunan negara secara amnya.

      semoga maklumat ini memberi sedikit manafaat.

      wan ahmad kamal.

  56. salam.. saya iqbal, pengajar dari smk methodist banting, sy seorang guru KH, option sy ketika di MPTKL dulu adalah vokasional Kimpalan dan Fabrikasi Logam, kini sy telah menjadi guru KH sepenuh masa dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, di harap saudara saudari disini dpt memberikan sy info untuk menyambung pengajian secara PJJ yang sesuai. samada di OUM atau UTM. saya lebih suka menjalani PJJ diwaktu cuti sekolah. di harap ada yang membantu, cara dan proses utk menyambung pengajian . t. kasih

  57. Salam, saya guru Opsyen KH sek rendah. Saya ingin bertukar keluar dari negeri Kelantan. Sesiapa yg sama opsyen dengan saya dan ingin pulang ke Kelantan. Sila hubungi saya melalui email, cintahimawari@yahoo.com. Anda juga boleh email no tel anda untuk saya hubungi segera.

  58. saya akan mengikuti temuuga DPLI kemahiran hidup (ekonomi rumah tangga) upsi2011. Jika ada sesiapa yang pernah megikuti temuduga ini, mohon berkongsi pengalaman berkaitan soalan yang ditanya oleh panel

  59. saya akan mengikuti temuuga DPLI kemahiran hidup (ekonomi rumah tangga) UPSI 2011. Jika ada sesiapa yang pernah megikuti temuduga ini, mohon berkongsi pengalaman berkaitan soalan yang ditanya oleh panel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: