CADANGAN

Segala cadangan dan pandangan amatlah diperlukan. Sekiranya anda mempunyai pandangan atau komen, silalah hantar ke blog ini. terima kasih

121 Responses

  1. Saya tiada sebarang komen. Cuma ingin mencari mana-mana guru yang berpotensi untuk menulis buku Kemahiran Hidup.

    • cuba terangkan sehingga pelajar faham maksud tanah loam ? anda tiada sebarang komen apa kata komen tentang tanah loam kepada saya …………

      • salam encik rusly,
        tanah loam ialah lapisan tanah yang berada di atas sekali. biasa bewarna hitam. tanah ini telah diuraikan oleh mikroorganisma.

        fwd frm wan ahmad kamal.

      • adakah tanah yang menjadi warna hitam setelah dibakar semasa membakar sampah di atas permukaannya dikategorikan sebagai tanah loam

      • kesan hitam yang terdapat pada tanah ialah karbon yang terhasil daripada sisa-sisa pembakaran.

      • tolong saudara terangkan kepada saya cara membuat pelupusan bahan dan alatan di dalam bengkel kemahiran hidup

      • adoi..soalan maut ni…secara ringkasnya kena rujuk pekeliling. sebab nilai barangan menjadi petunjuk pegawai mana yang layak tandatangan masa nak lupus tu..bolehlah saudara berbincang dengan pengetua..mesti dia tahu..jangan dijual sudahla…

    • saya berminat…cam na yer caranya?

  2. kalau tawaran menarik apa salahnya…..! kenalan yang pernah menjadi penulis pun ramai…. tolong bagi alamat… TQ

  3. Harap dapat kiranya perbekalan CD pengajaran dalam bidang KH dapat dibekalkan kepada sekolah2 memandangkan bahan berkenaan memang terhad dan tiada dalam pasaran.

  4. siti rokiah,
    cadangan siti amat baik. Namun pihak berkenaan rasanya belum lagi bertindak ke arah yang dimaksudkan. Bagi memenuhi tujuan siti, anda bolehlah mendapatkan cd KH melalui syarikat-syarikat buku yang membangunkan perisian mengenai mata pelajaran KHB.

  5. salam…cikgu bole tak bekalkan sy dengan format pemarkahan terkini sekolah rendah terutama yang melibatkan kerja kursus

  6. tq along…..
    tunggu… kita minta bantuan dari pentaksir negeri.
    Apa2pun…. tq kerana masukkan link blog KH ke dlm blog along…!!!

  7. along..
    sepengetahuan saya format pemarkahan m/pelajaran kh sekolah rendah tidak ada. sekolah rendah juga tidak terlibat dengan kerja kursus KH.

    terima kasih.

  8. kami syarikat bumiputra mempunyai 1. CD kemahiran hidup untuk rekabentuk tingkatan 1~3 2. Poster pembelajaran KH dan elektronik sekolah rendah 3. set-set abm, KH & elektronik, berminat tel/fax 07 388 3875

  9. assalamualaikum.
    saya merupakan bakal pendidik. saya bakal mendidik anak2 muda kemahiran hidup. saya merupakan pelajar UPSI yg mengambil program kemahiran hidup.
    jadi tidak salah bukan sekiranya saya sentiasa meninjau blog ini.
    bolehkah sekiranya saya mendapatkan sejarah mengenai kemahiran hidup ini sejak tahun mula2 kemahiran hidup diperkenalkn?

    jika terdapat sebarang respon sila emel kepada saya myinang@yahoo.com

    terima kasih.

  10. ws saudari zarinah,

    terima kasih kerana sudi meninjau blog ini.

    adalah menjadi harapan kami, blog ini sentiasa dikunjungi oleh mereka yang terlibat dengan matapelajaran KHB.

    M/pel KH mula diperkenalkan pada tahun 1992. Sebelumnya matapelejaran teknikal di sekolah-sekolah menengah terbahagi kepada 4 m/pel iaitu Seni Perusahaan, Ekonomi Rumahtangga, Sains pertanian dan Perdagangan.

    Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah KH, saudari bolehlah mengunjungi Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Saya cukup yakin, maklumat yang saudari perluakan banyak terdapat di sana. Terima kasih.

  11. salam…. saya pelajar UPSI yang sedang belajar dalam ijazah pend kemahiran hidup/teknikal… just nak ucap salam kat cikgu khb semalaya….. x2ly saya sdg buat assg. sains pertanian dalam kurikulum sekolah….nasib baik ada bahan ckit…if tak mesti pening….

  12. Assalamualaikum,
    Saya guru khb pilihan perdagangan dari johor ingin sangat memohon bantuan rakan-rakan guru khb dari negeri-negeri lain agar dapat kita bertukar-tukar soalan percubaan pmr. Bagaimana cikgu jinggo boleh tak kumpul soalan dalam laman web ni. Kalau boleh dapat tukar soalan dalam kadar segera.
    TQ.

  13. assalamualaikum..nk tau kat mane sye bleh dpt sejarah kemahiran hidup…..

  14. ws cik aeda,

    sejarah Kemahiran Hidup boleh di perolehi antaranya ialah di Fakulti Pendidikan UTM.

    Saudari juga boleh mendapatkannya di Pusat Perkembangan Kurikulum/bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian pelajaran malaysia.

    tq

  15. salam…boleh tak tuan bagitau macamana apa yang di nilai dalam kemahiran hidup sk…memang takda kerja kursus..tapi bila kita menilai kerja yang mereka buat..apa kriteria yang di ambil kira…

  16. wassalam along,

    terima kasih kerana melayari blog ini.

    saudara boleh menilai kerja pelajar berdasarkan sesuatu topik pelajaran.

    saya ambil contoh tajuk jahitan Tahun 5. dalam tajuk ini pelajar dikehendaki mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan. contohnya pita ukur dan kapur tukang jahit. pelajar hendaklah membuat gerak kerja dan menggunakan alatan tersebut semasa membuat projek membaiki pakaian.

    along boleh menilai pelajar dengan melihat pelajar menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang betul dan tepat. ontohnya pita ukur digunakan untuk bahagian yang hendak dijahit atau digunting. pastikan pelajar menggunakan alatan ini.

    terima kasih

  17. Jom pakat ramai2 main kutu guru KH ……

  18. A’kum,

    saya merupakan guru khsr. baru terjumpa blog ni. tq pada owner sebb sudi berkongsi dengan semua guru kh.

    saya berminat nak ambung master dlm bidang PTV… tapi saya masih agak blur tentang tajuk kajian untuk tesis yg nak dibuat.

    boleh sapa2 bagi cadangan x?

  19. A’kum,

    Monali, banyak isu-isu dalam PTV yang boleh dikupas, lebih-lebih lagi corak pentadbiran dan guru KH yang mengajar di sesebuah sekolah samada sekolah cemerlang atau sekolah luar bandar banyak boleh dikupas untuk diselesaikan….

  20. Assalammualaikum, tahniah kepada owner blog kerana telah menghasilkan laman web KH ini. Banyak faedah yang boleh diperolehi oleh guru-guru KH dan pelajar2 dari laman ini. Namun pun begitu, adalah lebih tersusun dan mesra pengguna jika owner blog dapat menyediakan kolum mengikut komponen2 dalam KH seperti RBT, Kerja Paip, Elektrik, Elektronik, Perkebunan, Pengurusan Diri dll. Lantik guru-guru yang pakar sebagai moderator utk kemaskini info bagi setiap komponen2 tersebut. Ini adalah lebih baik berbanding menyediakan kolum ‘Berkaitan Komputer’. ‘Blogroll’, ‘Lain-lain Subjek’ dan ‘Sumbangan Terkini’. Ruang Forum KH pun adalah lebih tersusun jika disediakan mengikut komponen2 dlm KH. Tq

    -sekadar cadangan-

  21. salam..
    tuan..sy pljar upsi jurusan kemahiran hidup..sy di beri tugas utk myiapkan satu tugasan mgenai isu,masalh dan penyesaian kH..olh itu..lehh tuan bg sdikit pndgan atau panduan pd saya..atau artical d IT yg sy lehhh wat kan sbagai rjukan..

    • saudara bolehlah mengkaji isu terkini dalam kemahiran hidup seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Cuba comments sebelum ini.

  22. kami ada masalah untuk membt keja kursus khb kerana guru pengalaman kami telah berpindah……..

    • maya.
      Maya bolehlah mengutarakan sebarang masalah mengenai KHB diblog ini. Saya pasti ramai yang akan membantu.
      Betul tal Kjack, Mas Art dal lain-lain?

  23. salam..

    saya baru posting ke perak dan diminta mengajar kh ert ting 1 hingga 3.Terlalu terbeban hehe krn saya sahaja cikgu perempuan kh.saya tak tau mcmane nak plan abiskan p&p, PBS,amali.kdg2 terikat dengan aktiviti sekolah.diharap dapat sdikit nasihat,panduan dari cikgu2 di sini

    email sy..feeza_zaki@yahoo.com

    • saudari fiza,
      saudari bolehlah merancang P&P dalam bentuk carta gantt. Pelaksanaan PBS pula adalah dijalankan serentak bersama P&P. Perancangan juga perlu mengambil kira gangguan-gangguan seperti aktiviti sukan, mesyuarat PIBG dan sebagainya. Saudari perlulah merujuk takwim persekolahan semasa membuat carta gantt ini.

  24. assalamualaikum
    sy merupakan salah seorg dr beribu guru kh di malaysia..
    walaupun bkn opsyen kh, namun sy diminta mengajar kh..dan ini merupakan thn ketiga sy mengajar mp ini..
    thn nie, kami diminta membuat kajian tindakan bagi setiap guru.. skrg nie sy tgh mncari idea utk wat proposal.. harap kwn2 dapat membantu

  25. Assalammualaikum, ini ada contoh rancangan tahunan versi gantt chart spt yg disarankan oleh owner blog ini. Hrp2 dpt membantu saudari fiza.

    Rancangan Tahunan KH (KT) Ting. 1

    http://www.scribd.com/doc/11437078/Scheme-of-Work-2009-F1?secret_password=vfi2kljv8ibg9ql7kto

    Rancangan Tahunan KH (KT) Ting. 2

    http://www.scribd.com/doc/11437080/Scheme-of-Work-2009-F2?secret_password=11y6k56v23s0ihvwe4j7

    Rancangan Tahunan KH (KT) Ting. 3

    http://www.scribd.com/doc/11437083/Scheme-of-Work-2009-F3?secret_password=mras4z4svc5yk0vww6w

    -sekadar cadangan-

  26. salam…..
    sy baru jerk sem 1……
    sy nk tanye pasal isu,masalah dan jalan penyelesaian dalam kurikulum kemahiran hidup

  27. kalau ader ape2 input pasal ni.
    hope dapat tolong……
    sbb kene buat esemen…
    bleh pecahkn masalah yang guru,pelajar, pihak sekolah n bengkel hadapi……

  28. saya berminat nak sambung master dalam bidang Ekonomi rumah tangga (ERT). namun masih lagi kabur-kabur dengan skop kajian yang ingin dilaksanakan..sesiapa yang ada cadangan tentang skop yang menarik boleh berkongsi dengan saya?

  29. Teruskan niat murni cikgu, ambil bidang ERT, sebab mereke yang ada master dalam bidang yang sama dengan ijazah pertama sahaja yang akan dapat kenaikan. Allahhualam…..

    Drp : Hamsam, Kluang Johor.

  30. laman seperti ini merupakan permulaan bagi kita guru-guru Kemahiran Hidup seluruh Malaysia, tak kira sekolah Rendah ataupun Menengah untuk kita bersama-sama memertabatkan mata pelajaran ini setanding dengan mata pelajaran lain…….. kita tidak mahu mata pekajaran ini di anak tirikan, dianjalkan… mari kita bersama-sama tunjukkan kecemerlangannya…

    • Hasnol…..
      Semangat seperti inilah yang kita mahukan. Jadi, mulai sekarang fikir dan lakukan perancangan bagi menaik taraf DARJAT kita… Teruskan perjuangan..!!!!

  31. salam …..bole tunjuk cara nak wat rph utk subjek kh sek ren….nak praktikal nie…..takutla

  32. ami,

    dapatkannya di sini..

  33. salam…
    saya student @ utm, kursus pnddikan kmhran hidup.. ni adalh final year, sy dikhendaki mmbuat research tp sy bercadang nk buat mengenai kh.. ada tak sebarang cadangan untuk saya buat research mengenai kemahiran hidup ini samada di sek ren ataupun sek men………

    terima kasih…

  34. assalamualaikum dan salam perpaduan

    mohon pandangan semua guru kh khususnya guru panitia kh, setiap sekolah mempunyai hak keperluan guru kh supaya jpn/ppd dapat mengisi perjawatan tersebut berdasarkan hak yang telah ditetapkan.

    adakah hak guru ini cukup untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab berdasarkan pelaksanaan kelas kh seperti dalam jadual sekolah masing-masing khususnya untuk sekolah menengah. kerjasama anda semua amat dihargai. wasalam

    johnwoo

  35. salam..
    saya merupakan guru praktikal utk KH..
    ada tak sebarang inovasi pedagogi dalam KH yang saudara/i ketahui?
    boleh minta tolong bantuan mana2 bahan yang boleh dibuat rujukan

  36. boleh sesapa ada cnth sijil pbs khb pmr

  37. hamieza blh buat tjuk pengurusan bngkel.bnyk bhn and bnyk skop blh buat….cnth: pengurusan alatan tangan melalui ict.

  38. mieza….blh buat tjk pengrusan bngkl futuristik

  39. a’kum….nak belajar buat blog mcm en.alfred buleh??/

  40. blog saya haslidakhb.blogspot…..tapi lum byak bahan…tolong ajar cara nak tambah isi slaian copy n paste

  41. salam cg ada x nota@ kemahiran hidup .. sebab saya nak wat sebagai rujukan … form 3

    • adik syahira,

      saya syorkan adik mendapatkan buku-buku rujukan yang dijual di pasaran. ini kerana nota dan rujukan KHB terlalu banyak dengan gambar rajah, litar dan sebagainya. Dapatkan buku-buku keluaran syarikat penerbitan yang ternama supaya kualitinya lebih baik.

  42. salam,saya nak minta tolong bagi idea(tajuk apa)..saya nk buat kajian pasal isu,masalah dan penyelesaian dalam subjek KH atau pn teknikal..tolong kalau sape2 ada idea..

  43. salam. saya pun hadapi masalah utk buat pelupusan sbb bila tanya pkp, dia srh tanya kerani kewangan dan begitulah sbaliknya…sudahnya tak lupus2.

    • Pelupusan harta kerajaan hendaklah mengikut prosedur yang telah di tetapkan. sila rujuk web perbendaharaan untuk mengetahui pekeliling terkini.

  44. saya masih baru pegang kp khb, saya musykil ttg peruntukan pcg. betul ke seorg pelajar RM40?

    • saudari lini,
      PCG KHB adalah didatangkan bersama dengan beberapa subjek lain. seingat saya PCG ini hendaklah dikongsi dengan 3 subjek lain lagi. nanti saya upload bahan-bahan rujukan berkaitan. selalulah lawati blog kami ini.

  45. akum cikgu..
    first time terjumpa dgn guru yang begitu gigih mengajar kh… cikgu ada idea tak nak buat kajian tindakan…pening ne…

  46. Bengang.Masih ada guru KH yang tidak peka dengan sukatan pelajaran KH.Soalan peperiksaan Pertengahan tahun KT T3 ada 3 soalan tentang kekeluargaan yang telah beberapa tahun dikeluarkan dari sukatan.Lain kali kalau buat soalan hati-hati.Bukan semua guru menerima sahaja soalan peperiksaan tanpa menyemaknya.SILA SEMAK SOALAN 17,19,26

    • ada panitia KHB reject 14 soalan KHB-KT Ting 3 PKBS baru2 ni…katanya banyak kesilapan dan keseluruhan soalan very-very low qualiti..tak sepatutnya perkara sebegini dihidangkan kepada anak2 kita…kasihan mereka..

    • macam mana dengan panitia KHB ada 4 orang di sebuah sekolah mengikut pilihan KHB macam mana nak selesaikan pihak atasan disekolah yang buat

  47. apa relevannya kepentingan kerja kursus itu dilaksanakan oleh pelajar sendiri atau mereka mengambil jalan mudah untuk menyerahkan tugas tersebut kepada pihak lain, seperti kerje kursus ert,jahitan:ada pelajar yang mengambil jalan mudah untuk menyuruh ibu bapa atau menghantarnya ke kedai jahitan??

    • M/Pel KHB adalah satu m/pel berbentuk amali. Kerja kursus adalah satu instrumen untuk mengukur kerja-kerja amali yang dilaksanakan oleh seseorang pelajar yang mengikuti m/pel tersebut.

      selain kerja kursus, pelajar diwajibkan juga untuk mengambil peperiksaan bertulis.

      terima kasih kerana mengunjungi blog kami.

  48. saya adalah seorang pelajar pendidikan yang mengambil kursus ERT dan sedang membuat kajian tindaka tentang subjek khb/ert. Soalan saya, apakah masalah-masalah yang wujud di dalam p&p subjek khb/ert atau masalah pelaksaan kerja kursus yang boleh saya kaji seterusnye membuat kajian tindakan untuk memperbaiki masalah ang dihadapi???

  49. askum…boleh sy dapatkn sedikit maklumat mengenai sejauh mana kurikulum KHSR di negara ini mampu untuk berganding dengan kurikulum rekabentuk negara luar??

    • terima kasih kerana meluangkan masa melayari blog kami. Insyaallah, ada rakan kita akan menjawab persoalan ini. Namun saya kira persoalan ini nampak macam tajuk satu kajian.

  50. salam,
    maaf jika menggangu. saya pelajar smp oum. saya perlu menyiapkan kajian tindakan yang berkaitan khsr. ni paper major. mohon bantuan dari pihak tuan cadangan untuk mengupas isu yang sesuai.

  51. macam mana dengan panitia KHB ada 4 orang di sebuah sekolah mengikut pilihan KHB macam mana nak selesaikan pihak atasan disekolah yang buat….. TOLONG CIKGU africk jinggo SELESAIKAN, nak buat macam maner.

  52. salam…saya guru kemahiran hidup sekolah rendah…saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran peringkat master…saya nak minta pendapat mengenai pilihan untuk memilih membuat master in coursework atau research? tolong beri pendapat anda kebaikan serta keburukannya

    • terima kasih khairil.

      saya mohon rakan saya Dr. Mohd Safarin atau Encik Nazeri mengupas persoalan ini.

      terima kasih.

    • Assalamualaikum w.r.t

      Saudara yang bertanya dan rakan-rakan lain. Program master (sarjana) khususnya dalam bidang pendidikan yang ditawarkan oleh beberapa IPTA dinegara ini dijalankan sama ada secara sepenuh masa ataupun separuh masa buat masa ini. InsyaAllah pada masa-masa akan datang berkemungkinan juga akan ditawarkan juga secara ‘tak tentu masa’ iaitu secara atas-talian (on-line).
      Disamping itu juga, program pengajian diperingkat tersebut juga ditawarkan sama ada dalam mode kerja kursus sepenuhnya (by coursework), mode bercampur (coursework + research) ataupun dalam mode penyelidikan sepenuhnya (by research).
      Jika lulus dan bergraduan dengan jayanya, maka ijazah sarjana yang diperolehi adalah berbeza gelaranya seperti berikut:
      Master by coursework – MBa
      Master mix-mode – MSc
      Master by research – MPhil

      Dari aspek hierarki kesarjanaan, MPhil adalah yang tertinggi kerana ianya sangat hampir dengan taraf PhD.
      Dari aspek structure program, MBa merupakan mode pengajian yang distrukturkan iaitu kandungan program (kursus-kursus) telah ditetapkan oleh institusi/universiti berkenaan sebagaimana peringkat ijazah sarjana muda.

      Namun demikian, ini tidak menunjukkan apa-apa petanda tentang kebaikan atau keburukan ketiga-tiga mode berkenaan dari perpektif pelajar. Yang membezakan hanyalah cara pembelajaran dan beban kredit serta kedalaman kajian yang dibuat dalam mode-mode berkenaan.

      Salam.

      • Terima kasiih Dr Safarin. Satu kupasan yang menarik. Selamat datang ke Kota Bharu nanti.

  53. Saya nak tanya kenapa kerja kurus kh dijeruk selama tiga tahun? soalan kedua, kenapa murid disuruh tulis/ tiru laporan aktiviti pada setiap aktiviti? dan kenapa pula hanya 10 fail yang ditaksir?

    • saudari shima. terima kasih kerana melayari blog kami.
      kelakar juga perkataan shima iaitu ‘dijeruk’. macam jeruk kat penang jer..sebenarnya kenapa dijeruk selama 3 tahun. mengapa kejadian sebegini berlaku? Apa yang perlu disimpan ialah eviden berbentuk artifak modul 4 dan fail individu calon sahaja selama 6 bulan selepas keputusan PMR diumumkan. bagi eviden artifak modul 2, bolehlah dikembalikan kepada calon apabila tahun persekolahan telah berakhir.

      Laporan aktiviti ialah pengakuan calon. Calon boleh membuat pengakuan dalam bentuk penulisan mengenai aspek yang dinilai sepertimana yang terkandung di dalam DPKK. bagi memudahkan, calon ditunjukkan contah bagaimana membuat laporan aktiviti tersebut. malangnya, ramai calon ambil mudah dengan meniru sahaja contoh yang diberikan.

      10 fail (sebenarnya eviden) yang ditaksir ialah hasil keputusan mesyuarat peringkat atasan. fail yang ditaksir adalah diambil secara rawak sahaja. Tugas utama penyelaras adalah untuk melaksanakan penyelarasan skor yang dilakukan guru pentaksir.

      terima kasih kerana mengajukan soalan2. semoga dapat melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

  54. salam.nk mnta toling skit.cikgu ada tak format sijil PBS khb?mohon jasa baik cikgu

  55. Assalamualaikum,
    saya merupakan pelajar DPLI sains pertanian..
    nak minta bantuan dr cikgu..saya perlukan maklumat, adakah terdapat guru-guru yang menjalankan kajian tindakan KH sebelum ini yg berkaitan dgn MENGATASI MASALAH PELAJAR TINGKATAN 1 DALAM MENGENALI DAN MEMAHAMI FUNGSI ALATAN TANGAN..
    dimana saya boleh dptkan maklumat mengenai kajian-kajian tindakan terdahulu..? harap cikgu dapat membantu..terima kasih ;)

    • Senarai kajian tindakan yang telah dijalankan setakat ini:
      1. Chuah, Kim Hwa “Analisis Tentang Pengalaman Pendidikan Guru Menjalankan Kajian Tindakan : Suatu Pendekatan Model Renungan. Kendiri Secara Kolektif.” M.Sc. Thesis. Universiti Malaysia Sarawak, 1998.
      2. Lee Soon Guan “Guru Sebagai Penyelidik Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah Lee Soon Guan” Thesis (M.Sc. Mgmt) – Universiti Utara Malaysia, 1 Universiti Utara Malaysia, 1997.
      3. Nik Azmi B Zakaria “Kajian Tindakan Air Ke Atas Kestabilan Cerun Tanah Di Lebuh Raya Jeli, Kelantan / Nik Azmi B Zakaria” USM, .
      4. Madzniyah Md. Jaafar “Pelaksanaan Kajian Tindakan Oleh Guru Di Sekolah ” MASTER PTSL, UKM, 2006.
      5. Zailah Zainudin “Pemantapan Interaksi Verbal Dalam Pengajaran Fizik Melalui Pengajaran Reflektif – Satu Kajian Tindakan Kolaboratif ” MASTER PTSL, UKM, 2005.
      6. Noor Rasidah Kasbi “Peranan Pengetua Dalam Kajian Tindakan Kearah Penambahbaikan Sekolah ” MASTER PTSL, UKM, 2004.

      Sila dapatkan maklumat kajian tindakan diblog ini: http://sasiranordin.blogspot.com/ ataupun kat sini: http://fahmyda.blogspot.com/ juga maklumat dari Prof Madya Yahya Buntat di sini: http://eprints.utm.my/2280/1/Kertas_Kerja_2_(Keberkesanan_SP).pdf. Contoh format kajian tindakan: http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/JurnalActionResearch/2006/7%20TANG.pdf. Juga perkembngan terkini dalam Kajian tindakan: http://lamanbahasa.files.wordpress.com/2010/01/soon-seng-thah.pdf. Moga sebahagian dari info ini dapat membantu.
      Terima kasih dan salam 1Malaysia.

  56. salam..saya pelajar thn akhir ISMP KH UPSI dan mengambil subjek tesis..saya masih ragu-ragu dengan pemilihan tajuk tesis saya dan kurang mengetahui isu2 yang berkaitan dengan KH.

    Boleh tak cikgu bagikan cadangan kajian apa yang boleh saya buat.

    TERIMA KASIH

    • terima kasiih kerana melayari blog kami. Pada pendapat saya, isu semasa mengenai KHB ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

      • salam cg. blh tak cg bg cadangan isu-isu lain selain pbs yang berkaitan dengan kh yang sesuai dengan tjuk tesis

  57. salam..saya merupakan guru KPLI khsr yg br dipostingkan..sy menjadi KP Kh sebaik dipostingkan..masalah sy sekarang sy masih tidak berpengalaman dan buntu untuk membuat aktiviti KH selain dari p&p..begitu juga utk menghias bengkel dan menyediakan fail panatia termasuk takwin KH kerana sekolah sy ini tiada fail panatia KH sebelum ini..jadi sy tiada sebarang rujukan..kebetulan sekolah yg sy buat SBE dan praktikum tidak mempunyai bengkel yg sempurna..harap admin & guru2 KH memberi tunjuk ajar.

  58. apa masalah yg dihadapi oleh guru kh semasa mereka menjalankan amali dibengkel sekolah??

    • masalahnya ialan kawalan pelajar dan ruang kerja yang sempit.

    • alatan tangan yang tidak mencukupi dan bilangan murid yang ramai sedikit sukar untuk dikawal terutama melibatkan alatan yang berbahaya kerana lumrah murid suka bermain.persekitaran yang tidak kondusif penyumbang kepada faktor tersebut (tidak dihias dgn menarik,alatan tidak diselenggara,bengkel dianaktirikan)

  59. sy pelukn gmr projek kayu untuk tingkatan 3 pnye ..ade >>>

  60. salam,
    pekeliling kewangan terbaru berkaitan pcg tlh dikeluarkan tp tiada panduan pengagihan wang utk subjek2 wajib. ada tak pekeliling lain yang berkaitan? Saya juga nak minta panduan dr cikgu2 yg menjadi kp tentang penggunaan peruntukan yang diperolehi. Terima kasih.

  61. assalamualaikum.wrm.bkth

    saya nak minta pandangan dan cadangan dari cikgu2 sekalian. ijazah ptama saya, sy ambik eng. skrg ni sy mgjr khb. sy bhajat nk smbung master. course apa yg paling sesuai utk sy ambk?

  62. ada x kawan2 yg boleh bantu saya..saya blur sebenarnye ni. master dalam pengajian teknik vokasional tu sebenarnya macam mana

  63. Salam
    Terima kasih kepada owner blog ini. Saya mendpt tahu drpd kpkhb tahun 2012 kelak khb hanya satu subjek shj iaitu tidak ada lagi elektif kt, ert, pertanian dan perdagangan. Apa pandangan cikgu2 yg berpengalaman dan sapa2 yg boleh bg pendapat? Terima kasih

  64. salam..cikgu..pliz sy mintk tlg ni..jumaat ni sy kene propose tajuk tesis master sy dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (ptv) tp sy tak tau nk wat tajuk ape.jadi mintak pendapat ckgu yg berpengalaman utk bg view ckgu utk sy buat tajuk ape yg leh jadikan isu utk buat tesis master sy da;am ptv ni..tq

  65. salam. saya perlukan satu contoh format kajian tindakan yang agak ‘simple’ bagi mp k.hidup…bukan format yang agak kompleks di universiti….

  66. Salam cikgu,

    Saya ade satu soalan. Wajar kah kita mula menerap kan pengajaran berkaitan tenaga solar di dalam Kemahiran Hidup?..

  67. Assalamualaikum. Saya Cikgu Nazrin dari SMK Labuan. Saya ingin menimba pengalaman dari Tuan. Saya baru saja di lantik menjadi Guru Cemerlang Kemahiran Hidup. Semoga sudinya tuan memberi tunjuk ajar kepada saya. Salam dari labuan.

    • tahniah cikgu nazrin. GC adalah satu perjawatan sahaja. Tugas kita tetap seperti guru dan menjalankan tugas seperti biasa.

      • salam..saya cg wan dr langkawi.skrg ni sya sbung ngaji dan elektif yg saya dapat ialah kh.saya dikehendaki menyatakan inovasi dalam pengurusan kemahiran hidup.kat mana saya nk cri bhn tersebut.kalau sesiapa yg ada bahan lehla kiranya email kat saya…ewann76@yahoo.com.terima kasih

    • assalammualaikun tuan, boleh beri komen apakah kreteria seseorang nak jadi GC KHB..apa perlu ada dan dibuat

      • wassalam saudara Rusli.
        Banyak kriteria untuk menjawat jawatan sebagai GC. Saudara Rusli bolehlah menghubungi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk mengetahui secara terperinci.
        Sepanjang pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, untuk menjawat jawatan sebagai GC memerlukan keikhlasan sepenuhnya di dalam hati dan berjiwa besar sebagai pendidik. janganlah meletakkan kenaikan gred sebagai sebab utama untuk menjadi GC. Walaupun pada dasarnya GC adalah landasan untuk ‘fast track’ tetapi tidak semua GC mendapat faedah berkenaan. Perubahan syarat sering berlaku dan bergantung kepada syarat semasa oleh JNJK,BPSM dan JPA.

        menjawat jawatan GC juga tidak menjadi kriteria utama untuk kita dijemput bermesyuarat dengan JPN, PPD atau bahagian2 di KPM. Begitu juga dengan jemputan untuk memberi ceramah2 di sekolah2.
        Apa yang dapat saya simpulkan, jati diri kita sebagai guru bersama ilmu dan inovasi yang dibuat akan menyebabkan kita lebih cemerlang berbanding dengan gelaran / jawatan GC. namun begitu, minat saudara untuk memegang jawatan GC adalah dihormati. Dalam masa yang sama, bertanyalah kepada GC yang ada disekeliling saudara tentang kelebihan dan kekuranganmenjawat jawatan GC.

        wassalam.

      • Assalamualaikum,
        saya bersetuju dengan pendapat saudara jinggo. Komitmen dalam mendidik adalah sangat diperlukan. Keikhlasan dan semangat yang tinggi perlu ada dalam membuat kerja-kerja mendidik dan membuat perkongsian kepada semua. Namun seperti yang dinyatakan oleh saudara jinggo itu betul kerana jawatan sebagai GC bukan lah satu jawatan yang dibanggakan seperti mana jawatan pentadbiran seperti Guru Kanan Bidang atau GPK atau GPK Hem atau GPK Kokum. Kenaikan GC dalam kenaikan gred yang lebih tinggi mengikut kuota yang diperuntukkan. Tugasan yang banyak adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan kadang2 terasa terbeban namun kena ada semangat yang tinggi untuk memastikan tanggunjawab yang dibuat dengan lengkap dan baik.

        Kriteria dinilai dalam pelbagai aspek dari pengurusan dokumen, penyampaian dalam PDP, kemesraan dengan pelajar dan teman-teman sekerja.. yang pasti anda perlu suka bekerja kerana melengkapkan tugasan yang diberikan adalah terlalu banyak.

        Seperti saya yang diberikan tugasan menjadi guru kelas, guru bengkel, pentaksir negeri, melaksanakan program negeri, program sekolah, terlibat dalam AJK PBS negeri dan ketua unit beruniform, Penyelaras persatuan dan kelab dan banyak lagi tugas2 kecil yang memerlukan komitmen yang tinggi dan sentiasa gembira membuatnya.Jawatan GC bukan lah satu jawatan yang dibanggakan cuma niat kita adalah buat yang terbaik untuk memastikan mendidik anak bangsa dengan baik.

        Namun teruskan usaha anda agar apa yang anda impikan untuk menjadi GC akan tercapai. Namun satu sahaja yang perlu anda lakukan adalah sentiasa berfikiran positif, ikhlas, dan semangat yang tinggi untuk mendidik bukan mengejar Gred barulah anda akan rasa seronok mengajar dan mengajar untuk menjiwai sebagai seorang pendidik yang tak pernah jemu untuk memikirkan sesuatu inovasi yang boleh membantu anak didik.

        from Cikgu Nazrin, Labuan

  68. PBS-bagi B3/B4/B5/B6/D1/E1 lakaran 2 rekabentuk pelajar boleh terima
    band 3,band 4,band 5 atau band 6.

    masalahnya di dalam komputer PBS jika kita pilih band 3 ia ada tertera
    dalam laporan
    jika klik band 4, band 5, band 6 ia tidak tertera dalam laporan

    adakah seseorang pelajar perlu membuat lakaran 2 rekabentuk band 3 dan band 4 baru dikira band 4(band tertinggi)

    boleh tak pelajar diklik pada band 6 sahaja tanpa klik band3,4,5

    • sekiranya band pelajar diklik band 6 saja tanpa klik band 3, 4 atau 5, maka keputusan yang akan keluar di hujung tahun nanti ialah “pelajar tersebut hanya mencapai band 2 dalam keseluruhan subjek KHB”. ini kerana pelajar tersebut tidak layak mendapat band 6 sekiranya band 3, 4 dan 5 tidak dikuasai. pelajar itu juga tidak layak mendapat band 3 kerana satu daripada evidensnya untuk band 3 tiada lantaran band 3 untuk lakaran rekabentuk tidak diklik…

  69. Salam…pelajar poly ada peluang tak masuk bidang education living skill di IPTA? plz ..pelajar poli shah alam..

    • pelajar poli layak memasuki bidang ptv di ipta sekiranya keputusannya baik di poli. sebaik2 kursus yang bakal diambil mestilah bersesuaian dengan bidang yang telah dipelajari di poli. saya mempunyai kawan yang mengambil diploma elektrik di poli, dan menyambung ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kej. elektrik) di utm skudai. dan beliau dapat transfer kredit untuk beberapa subjek kerana silibus yang dipelajari di utm sama dengan di poli. dengan kata lain, masa untuk beliau grad telah berjaya dipendekkan. sekarang beliau menjadi guru KHB di salah sebuah MRSM di Malaysia. saya cadangkan saudara /i merujuk dengan pihak UTM untuk maklumat lebih lanjut.

  70. Salam tuan,
    Saya perlu bantuan dari tuan untuk mencari tajuk2 yang sesuai untuk psm. Boleh beri cadangan kepada saya isu-isu berkaitan pbs dikalangan murid-murid tingkatan 1. Contohnya seperti kesediaan, kefahaman, pencapaian, peningkatan prestasi dsb..Cadangan dari pihak tuan amat saya hargai. Terima kasih.

  71. Salam tuan,
    Saya perlu bantuan dari tuan untuk mencari tajuk2 yang sesuai untuk psm. Boleh beri cadangan kepada saya isu-isu berkaitan pbs dikalangan murid-murid tingkatan 1. Contohnya seperti kesediaan, kefahaman, pencapaian, peningkatan prestasi dsb..Cadangan dari pihak tuan amat saya hargai. Terima kasih.

  72. Assalamualaikum…
    saya seorang guru baru,,tahun 2013 saya menerima tanggungjawab buat kali pertama mengajar KHB PD ting 3..ia juga merupakan pilihan baru di sekolah. saya mohon kiranya ada guru2 berpengalaman bg KHB pilihan 4 ni berkongsi teknik pengajaran/ulangkaji berkesan serta bahan2 yg sesuai untuk persediaan PMR ..saya agak bimbang melihat prestasi murid yg agak lemah..buat masa ini saya berusaha mengumpul soalan untuk dijadikan latihan..

  73. CIKGU BOLEH SIARKAN PROJEK 2 CIKGU ????

  74. salam cikgu,
    saya ingin bertanya satu soalan. jika terdapat pelajar (calon pmr 2013) yang baru pindah tetapi mengambil elektif yang berlainan dengan yang terdapat disekolah saya. apakah dia perlu membuat semula modul2 kh sebelum ini. terima kasih..

  75. Cikgu, saya mengajar KH PK ting 3,
    Sharing is caring. Ni email saya, cikgu email pada saya dan saya sudi untuk berkongsi bahan dengan cikgu. Email; nazrin1976@yahoo.com

  76. masalah buku teks KHB tingkatan 2, muka surat 63, kenyataan pandangan sisi dan pandangan hadapan , pada saya salah kekudukannya bawah pelan adalah hadapan…minta pencerahan tuan

  77. dalam pencarian sediakan proposal tesis…any idea tentang pengurusan dankepimpinan dalam bidang kita ni?

  78. ade tak bab penyimpanan dan pengasingan

  79. Apa itu elektif?

  80. assalamualaikum …cikgu africk,
    saya cikgu nora dari alor setar, mohon kerjasama dari cikgu sekiranya ada contoh kajian tindakan subjek kemahiran hidup .Saya nak jadikan sebagai panduan.Sya tidak pernah lagi membuat kajian tindakan.Minta tolong ye…tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: