Filed under: Maklumat Tagged: | dapatkan dipasaran...

Saya merupakan seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Saya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.
| cikgu kh 02-12 on DOKUMEN STANDARD PRESTASI | |
| redza redzi on DOKUMEN STANDARD PRESTASI | |
| niza abdullah on SIAPA ANDA | |
| CikguBuntu on Lakaran Projek | |
| MOHD LATIFF AHMAD on AL-FATIHAH |
Khas Untuk Guru-guru yang mengajar matapelajaran KHB seluruh Malaysia. Semoga kita sama-sama manafaatkan blog ini untuk
kita semua.Laman web ini dibina pada mulanya atas dasar ingin belajar. Setelah sekian lama, saya rasakan sesuatu bahan yang berguna perlu dipaparkan di dalam sesebuah laman web. Bukan sekadar memaparkan tentang diri atau cerita-cerita yang biasa dipaparkan di laman-laman individu.Oleh itu tercetus idea untuk saya membina laman ini, dan rasanya boleh dikongsi bersama.
Blog at WordPress.com. Theme: Digg 3 Column by WP Designer.

Dah boleh dapatkan di pasaran ke? Maaf bertanya sebab belum ada mana2 pembekal tunjukkan pulak contoh buku ni…
bagus dokumen ni. memudahkan saya melaksanakan pentaksiran bagi pelajar tingkatan satu..
bagaimana amin dapatkan buku ni.
cuba call encik redza 0197717376
Salam…adakah dokumen ini memang digunakan untuk PBS ting. 1 2012, kerana bagaimana untuk melaksanakan PBS bagi Ting. 1 masih samar2…
Dokumen ini membantu guru dalam menyediakan eviden. PBS tingkatan 1 menggunakan Dokumen Standard Prestasi. Sila dapatkan dgn rakan2 guru berdekatan.
Assalamualaikum,
Untuk makluman semua guru KHB, Buku SMART PBS ini menyediakan lembaran eviden lengkap mengikut DSP dan digunakan sebagai eviden murid yang perlu dimasukkan ke dalam fail individu murid. Lembaran ini perlu diberi kepada murid untuk melaksanakan pentaksiran mengikut sukatan pelajaran.
1. Buku ini PERLU disimpan oleh guru di sekolah.
2. Lembaran perlu dileraikan setiap kali selesai tugasan dan dimasukkan ke dalam fail individu murid.
3. Lembaran eviden ini mengikut DSP yang diberikan oleh LP.Pihak kami menambahbaik bagi tujuan kemudahan guru di sekolah bagi melaksanakan Standart Pretasi KHB Tk1 2012. Buku ini juga disertakan latihan topikal lengkap.
4. Buku ini dijual untuk kegunaan MURID.
5. Buku ini telah dirujuk kepada PAKAR-PAKAR PBS serta Guru-guru GC kemahiran hidup sebelum diterbitkan.
Bagi yang telah mendapat naskah contoh diharap MEMBACA AKTA HAKCIPTA yang tertera pada halaman pertama buku SMART PBS itu.
Sekian Terima Kasih
Redza Redzi Mohd Said
ORANGE MEDIA SERVICES
Terima kasih En Redza…maklumat ini sangat berguna untuk saya….macam mana saya nak dapatkan naskhah contoh buku ini? Mungkin saya boleh berbincang dengan ketua panitia saya tentang buku ini.