Filed under: Maklumat | Tagged: dapatkan dipasaran... | 22 Comments »

Saya merupakan seorang guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Saya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu pada tahun 1982-1983. Setelah tamat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke UTM di dalam bidang Elektrik Kuasa. Namun begitu nasib saya kurang baik, saya terpaksa menamatkan pengajian tanpa ijazah atau diploma. Sekali lagi saya mencuba nasib menyambung pengajian saya ke UiTM (dulu ITM). Sekali lagi nasib tidak menyebelahi saya, saya tidak dapat menamatkan pengajian saya. Setelah itu saya memohon untuk mengikuti kursus perguruan asas di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Setelah tamat kursus, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Saya mencuba nasib sekali lagi dengan memohon memasuki UTM dalam program kembar UTM dan MPTI. Saya telah menamatkan pengajian saya di UTM Skudai dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup) pada tahun 1997.
| amira on Buku Smart PBS Tingkatan … | |
| rohana mohamad on SENARAI SEMAK PP&P STANDAR… | |
| shidah on JADUAL SPESIFIKASI UJIAN KEMAH… | |
| fuzie on Buku Smart PBS Tingkatan … | |
| africk jinggo on DOKUMEN STANDARD PRESTASI |
Filed under: Maklumat | Tagged: dapatkan dipasaran... | 22 Comments »
Khas Untuk Guru-guru yang mengajar matapelajaran KHB seluruh Malaysia. Semoga kita sama-sama manafaatkan blog ini untuk
kita semua.Laman web ini dibina pada mulanya atas dasar ingin belajar. Setelah sekian lama, saya rasakan sesuatu bahan yang berguna perlu dipaparkan di dalam sesebuah laman web. Bukan sekadar memaparkan tentang diri atau cerita-cerita yang biasa dipaparkan di laman-laman individu.Oleh itu tercetus idea untuk saya membina laman ini, dan rasanya boleh dikongsi bersama.
Blog at WordPress.com. Theme: Digg 3 Column by WP Designer.