Salam sejahtera.
Baru-baru ini saya dijemput untuk bermesyuarat bersama LP. Alhamdulillah, dapat bersua dengan rakan-rakan dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Seronok sebab dah lama tidak merasa suasana sebegini.
Pengisian mesyuarat ialah mengenai PBS yang baru iaitu standard prestasi. Pada mulanya agak pening juga dengan istilah-istilah baru. Namun akhirnya dapatlah sikit-sikit menguasai apa yang dimaksudkan.
Apa yang kurang sedap ialah ada suara-suara yang mengatakan kaedah pentaksiran yang diperkenalkan akan mendedahkan kepada penipuan pemberian skor kepada pelajar. Ada antara pentaksir akan memberikan markah terbang kepada calon.
apa yang saya nampak, pihak yang membuat instrumen telah berfikir panjang, membuat banyak kali penambahbaikan, mengkaji dan sebagainya sebelum memperkenalkan perkara ini. saya anggap, ini adalah suatu alat yang terbaik pada masa sekarang bagi tujuan pentaksiran. Soal markah terbang adalah bergantung kepada pentaksir itu sendiri. Walaubagaimanapun, personel yang menjaga jaminan kualiti tetap ada. Mereka ini boleh mengesan kualiti skor dan evidence yang dijelmakan. Oleh itu, kita buatlah secara jujur. Berilah skor dengan adil. Ibu bapa pelajar akan merasa bangga sekiranya anak-anak mereka betul-betul mendapat kemahiran dan boleh di aplikasikan pula untuk kehidupan harian.
wassalam.
Filed under: Maklumat






Assalamualaikum…
Saya juga dilantik sebagai JU untuk pentaksiran baru ni… Klu En AJ dapat kongsi tips cara penerangan yg lebih baik kepada pentaksir lain harap dapat kongsi ya…Terima kasih