Reka cipta tingkatan 3 @ Modul 4

Selepas cuti beraya tahun baru Cina nanti, banyaklah sekolah akan menumpukan kepada kerja kursus pula. Tentunya, guru dan pelajar di tingkatan 3 akan memfokuskan kepada perkara ini.

Berdasarkan ‘poll’ yang berada di blog ini, majoriti guru dan pelajar akan mereka cipta produk yang dibawa sampel/contoh oleh pembekal. Mengapa dan kenapa…?
Bila berbual-bual dengan rakan guru, mereka akan memberi respon “mudah, contoh dah ada…”. Tidak kurang juga yang berkata ” kalau tak bagi contoh, pelajar aku memang tak boleh buat…” dan ada juga yang mengatakan “asal buat saja…”

Jawapan-jawapan spontan ini bukanlah menggambarkan isi hati keseluruhan guru-guru KHB seluruh Malaya, termasuk di Tenang…bukan kesemuanya. Ini sebilangan kecil sahaja.

Saya cukup yakin, guru-guru dan pelajar yang mengambil mata pelajaran ini faham isi pembelajaran @ hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan termaktub di dalam Huraian Sukatan Pelajaran KHB. mungkin terlupa, so ..selak-selaklah HSP itu..

Saya tertarik dengan satu idea seorang pelajar di sebuah sekolah di pedalaman Kelantan. Pelajar tersebut juga merupakan calon PMR dua tahun lepas. Idea yang diberikan cukup menarik. Masalah yang dikenalpasti ialah mengenai seekor tupai. Tupai? ya, seekor tupai sering memasuki rumahnya. So, apa masalahnya dan nak kaitkan dengan Reka cipta..?

Tupai itu telah mendatangkan masalah kepadanya kerana sering mencuri makanan yang diletakkan didapur rumahnya…Oleh yang demikian, dia hendak mereka cipta satu perangkap tupai untuk memerangkap tupai tersebut..saya tersenyum membaca dokumentasi pelajar ini.

Berilah kebebasan kepada pelajar kita untuk mengutarakan masalah yang sering dihadapinya, namun dalam masa yang sama, hadkan kerana kita ada kekangan dari segi bahan dan masa.

sekian coretan kali ini. WAN AHMAD KAMAL

About these ads

17 Responses

  1. trima kasih…
    anda telah memberi saya idea untuk menjayakan projek ini…

  2. trima kasih.. lakaran yang baik dan ada pelajar saya buat projek hampir seperti ini 2 tahun lepas, lakaran 1 dan 2.

  3. boleh saya dapatkan 3 gambar produk di pasaran utk kerja kursus modul 4? tolong saya…

  4. Salam…

    Betul ke “Markah Folio” jadi carry mark PMR KHB? Ada yang kata ya, ada yang kata tidak.. mana satu yang sebenarnya? Saya sangat keliru..

  5. adik shahir. nero_shahir@yahoo.com
    219.95.220.133

    Mohon adik tidak menulis perkataan-perkataan lucah diblog ini. IP dan alamat email adik direkodkan.

  6. salam. sy skg berada di tingkatan 3. mngenai projek reka cipta ni, idea sy ialah membuat kotak pensil. tetapi sy ada masalah dgn bagaimana mahu buat pernyataan masalah dan mencari kelemahan dan kekuatan pada produk yg diberi. harap dpt bantu. tq

  7. salam adik aina.

    dalam tajuk reka cipta, perkara pertama ialah pengenalpastian masalah. Adik mesti kenal pasti masalah dahulu baru la ke langkah/proses seterusnya.

  8. salam,..
    ad x sampel2 gmbar produk srbaguna 2???
    sya cri2 nda pndai dpt lh?

  9. sye da cri gmbo 2 tpi x dpt2??
    mcm ane ea??
    ape nma nye??

  10. syew pon mcm iena da cri mcm2 nma tpi x dpt2…
    syew da cri (tempat bekas penci)l tpi x dpt pon??or ape nma sbnarnyer??

  11. salam. saya nak tanya mgenai lakaran projek. modul 4.melakar lakaran kita tidak perlu menggunakan pembaris, hanya labelkan sahaja. selepas melakar kita buat lukisan berukuran.untuk lukisan ini adakah perlu mengunakan pembaris atau free hand sahaja spt lakaran idea

  12. boleh tak bg gmbar2 pelbagai jenis reka bentuk (bkn lakaran) bekas alat tulis , rak remote , bg projek kerja kayu tingkatan 3 thn nie ?

  13. salam en. africk..sy seorg guru KHB F3..baru thn ni ajar KH perdagangan F3..sy sebenarnya stress kena ajar KH..sy lulusan accounting,tp disebabkan kehendak skolah, sy kena ajar KH..sy jd stress sb sy sendiri kurang ilmu utk diajarkan kpd pljr2..plg stress bila kena ajar topik elektrik dan elektronik..ada smpai 1 tahap sy nak nangis dlm kelas bila pljr tanya sy mcm2 soalan yg sy sendiri kurang mahir utk menjawabnya..skolah pulak tidak pernah menghantar sy menghadiri apa2 kursus berkaitan dgn kerja2 bengkel KHB..

  14. salam..sy skrg seorang pljr ting 3..ade x contoh2 ayt penghargaan yg sesuai untuk dibuat??

    • Salam nabil, actually utk modul 4 KHB x perlu lgsg penghargaan..itu sebab folio khb x sama mcm folio sejarah @geografi…

  15. ukuran die x de ke??

  16. Tolong dapatkan contoh soalan ujian utk sistem PBS 2014 KH1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: