hari ini berkesempatan lagi menjalankan amanah dan tugas sebagai seorang guru KHB. Kebetulan pula RPT yang dirancang ialah tajuk Elektrik – Kerja-kerja pendawaian. Pelajar usah kira la, memang mereka berminat dengan tajuk ni. Memandangkan bilangan pelajar agak ramai sedikit, saya menggunakan kaedah pengajaran secara berkumpulan. Seorang ketua kumpulan dilantik untuk menguruskan pengambilan alatan dan bahan. PNP terus berjalan dengan baik. Selepas menjalankan sesii tunjukcara, pelajar-pelajar memang seronok membuat praktikal.
semasa sesi PNP berlangsung, saya dipanggil oleh pelajar kumpulan 6. Mereka mengatakan tidak dapat membuka salah satu skru pada bahan yang diberikan. Saya terfikir sejenak. Rupa-rupanya saya terlupa dan menganggap pengetahuan sedia ada pelajar telah ada tentang teknik melonggar dan mengetatkan skru..
Itu la kita. jangan menganggap semua pelajar boleh melaksanakan sesuatau perkara yang kita anggap sebagai mudah. Anggaplah mereka ‘zero’, bukannya ‘ hero’…
wassalam.
Filed under: Maklumat





