Kemahiran Hidup Sekolah Rendah KHSR

Huraian Sukatan Pelajaran – Tahun 4

Ini merupakan dokumen garis panduan kurikulum untuk semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
This is the document for all the Malaysia governing school to have a guideline of curricula for all levels of schooling which provided by Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
Peringkat: Sekolah Rendah
Bidang: P.Teknik & Vokasional
Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup dan Rekacipta
Dokumen: Huraian Sukatan Pelajaran – Tahun 4

Anda Boleh Rujuk di : http://sekolah.edu.my/kurikulum

Sukatan Pelajaran, HSP dan juga buku teks telah dihasilkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk memenuhi matlamat dan objektif  KPM. Namun begitu kita (yang terlibat secara lansung dengan Kemahiran Hidup) perlu sedar apa sudah berlaku pada KHSR….???

Secara peribadi di atas pengalaman, saya senaraikan 3 katogeri yang berlaku pada KHSR di sesetengah sekolah buat masa ini.

1. Diajar tetapi tidak menghabiskan sukatan pelajaran

2. Tidak diajar semasa di tahun 6

3. Diajar tanpa menjalankan kerja amali

Mengapa ini boleh berlaku….??? Dari pengamatan, ini disebabkan pelbagai masalah atau kekangan. Antara yang dapat saya paparkan ialah;

1. Tiada guru yang berpengalaman atau mahir (guru khsr bertukar setiap tahun)

2. Sekolah tiada bengkel

3. Lebih tumpukan kepada subjek untuk UPSR

4. ……. dan banyak lagi…..

Apakah kesan  terhadap  situasi ini……???? Mungkin cikgu-cikgu mempunyai pendapat masing-masing. Bagi saya, terlintas difikiran mengapa KPM telah arahkan waktu pembelajaran KHB di sekolah menengah telah dikurangkan dari 4 waktu menjadi 3..?? Rakan-rakan ramai yang mengeluh tidak cukup masa untuk menjalankan P&P, kerana kita ditambahkan lagi dengan kerja kursus untuk PBS. Sebenarnya, masalah itu tidak akan timbul seandainya KHSR dijalankan dengan sepenuhnya. Sepatutnya Guru-guru di sekolah menengah tidak perlu lagi memberi penjelasan yang panjang terhadap sesuatu tajuk. Ini kerana tajuk-tajuk di Sekolah Rendah adalah berkait rapat atau sesetenganya sama dengan KHB sekolah menengah.

Setiap tahun, Panitia KHB  bermesyuarat untuk KECEMERLANGAN PMR, pelbagai perkara kita bincang dan membuat pelbagai program… Mungkin kita terlepas pandang tentang apa yang saya bincangkan…!!!! Jadi siapa yang perlu berubah…..??? Tepuk dada tanya selera

Sekadar berfikir

africk jinggo

About these ads

27 Responses

  1. setuju dengan pendapat anda.
    saya guru khsr. subjek yg tidak begitu ditekankan di sekolah. walaubagaimanapun, saya masih menjalankan tugas saya sebagai guru kh kerana itu t/j saya memandangkan saya juga guru opsyen. tetapi bagi murid tahun 6, terutama kelas yg pandai yg menjadi harapan sekolah untuk mendapat 5A dalam UPSR, subjek2 elektif di ketepikan untuk diberi ruang kepada guru2 subjek teras.
    dan bila ditanya secara rambang dgn murid2, kebanyakkannya mengeluh dan tidak seronok…kerana x dpt blajar kh.

    • setuju sangat,,saya guru kh sekolah menengah yang bertukar ke sekolah rendah.sekolah saya tahun 6 tak berlajar pun kh.teruk sangat bila naik ke sekolah menengah, alatan tangan pun tak kenal..saya pun mngajar kh 2 waktu je, yang lain mengajar subjek lain yang tidak mengena dengan kemahiran saya..tension jg

  2. sayang nye…
    kerana peljar yg pandai kebnykanny akn menceburkan diri di dalam bidang teknik vokasional ini.
    jika dberi pendedahan awal mungkin akan memberi gmbaran yang lebih menyeluruh mengenai bidang vokasional ini.
    pengetahuan dan pengalaman asas pmbelajaran.
    tambahan pula pelajar pintar boleh menjadi pemangkin untk meningkatkan sains tknologi negara.

  3. Pendedahan kepada mata pelajaran Kh amat membimbangkan .Kebanyakkan guru lebih banyak menekankan subjek teras yang melibatkan peperiksaan menyebabkan pelajar tidak berdikari,lembik dan tidak punya jati diri yang cemerlang .

  4. saya merupakan salah seorang drpd bakal guru kemahiran hidup dan sekarang masih menuntut di institut perguruan di johor bahru..saya ingin meminta pandangan dan komen dari guru-guru semua berhubung dengan sukatan pelajaran kh tahun 5 di bwah tajuk ikan hiasan…adakah sukatan ini sesuai diajar kepada murid tahun 5 dan bagaimana pula denagn sambutan dan perhatian daripada guru-guru kh sekarang..selain itu, adakah patut subjek kh ini tidak diajar kepada murid tahun 6 dengan alsan mereka akan menghadapi UPSR..adakah subjek kh ini tidak penting?

  5. cikgu Wan ahmad Kamal….. Tolong beri pendapat…. atau pandangan.

  6. saya rasa kita guru-guru KHSR perlu membuat kajian bebas dan paparkan kat media massa keputusan.tajuk yang saya cadangkan ialah, kecurangan pentadbiran sekolah terhadap matapelajaran KH di sekolah rendah. dengan harapan menyedarkan pihak terbabit supaya tidak memandang ringan mp KH ini.

  7. sukjek KH ini adalah nadi kepada penggerak kemajuan negara sebenarnya…..tapi tak ramai yang tahu. ini satu-satunya mp teknik dan kemahiran yang jika dikembangkan akan menghasilkan pelajar yang berkemahiran tinggi……tapi apa yangt berlaku hari ini adalah disebaliknye……kesannya bertambahlah mat/minah rempit yang tak de keja.

  8. saya bersetuju dengan pendapat saudara ini.
    walaupun negara kini semasa tampuk pemerintahan pak lah lebih menumpukan ke arah pertanian, dalam masa yang sama perkembangan industri semakin pesat membangun.
    jadi, pekerja-pekerja mahir dalam industri semakin berkurangan. tak sama dengan masa dahulu. jadi, jangan bising jika ramai pendatang-pendatang asing yang bekerja di sektor2 ini. puncanya adalah daripada sistem yang telah dijalankan. mata pelajaran KH di sekolah rendah tidak dititik beratkan kerana beranggapan tidak ada dalam UPSR. tahun 2010 dijangka ramai guru-guru pelatih maktab akan keluar. kebanyakannya daripada opsyen KH.. jika ke sekolah, apa yang akan mereka ajar jika 4 waktu menjadi 3 waktu sekarang. Takkan apa yang sudah mereka pelajari selama 5 stengah tahun disia-siakan dengan mengajar matapelajaran lain?? sepatutnya, kaji semula keperluan PTV ini dalam kehidupan seharian murid2. pelajaran berpusatkan murid. bukan berpusatkan guru. untuk keperluan murid tu sendiri juga..

  9. assalam… sekarang saya menjalani pbs ke 2 di sebuah sekolah di utaran Malaysia. masalahnya di sini sekolah tersebut tiada guru berpengalaman. guru yang ada pula kurang berpengalaman dan saya tidak berjaya mendapat jawapan yang tepat mengenai tajuk pbs kali ini. apakah pendapat saudara mengenai sistem pelaksanaan khsr di sekolah dan kajian masa hadapan khsr? terima kasih.

  10. pbs ialah ‘pengalaman berasaskan sekolah’ yang merupakan komponen pembelajaran di ipgm malaysia

  11. assalamualaikum..
    saya juga sama seperti saudara liyana yang menjalani pbs di sebuah sekolah rendah.
    daripda apa yg saya dpt, beberapa guru di sana berpendapat bhwa subjek kh ini lebih wajar dimulakan buat pelajar di tingkatan 1. bagaimana dengan pendapat anda?

  12. saudari liyana, perkara ini bukan baru sekarang timbul, dulu pun sama gak…..khsr tetap dipinggirkan.liyana kena memberi kesedaran baru kepada pihak sekolah bahawa mp kh ini amat penting dan berguna untuk murid-murid.walau pun nampak mudah tetapi teknikal dan vokasionalnya amat penting. saya sarankan liyana banyak membaca tesis-tesis yang diterbitkan universiti terutama UTM yang banyak terlibat dalam bidang teknik dan vokasional.

  13. saya sedang menjalani PBS di sebuah sekolah kebangsaan di sekitar pntai timur..dari apa yang dapatsaya perhatikan, guru KH di sini bukan dari opsyen Kh tetapi dr opsyen bahasa melayu..sempat saya bertanya kepada beliau berhubung sukatan pelajaran Kh ini. beliau berpendapat bahwa skop mata pelajaran Kh ini terlalu banyak dan semua pelajar tidak dapat mengikuti pembelajran mengikut masa yang ditetapkan di dalam huraian sukatan pelajaran. jadi ini secara tidak langsung, guru tersebut menggunakan idea kreatif beliau semasa mengajar Kh dan tidak mengikut sukatan tetapi disesuaikan dengan keadaan atau prestati dan tahap penerimaan murid2 tersebut.

  14. Saya ingin bertanya, bagaimana hndak mendapat silibus kemahiran hidup skolah rendah n skolah menengah. trima kasih

  15. atikah, untuk makluman saudari silibus kh boleh di download dari laman web pusat perkembangan kurikulum. mengenai kesuntukkan masa yang dikatakan oleh zulraimin, apa yang cikgu tersebut buat adalah satu kecurangan terhadap mp kh. sebenarnya masa untuk mengajar cukup dan guru perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk menghabiskan sukatan asalkan matlamat mp kh tidak tercicir.adalah malang jika guru mengatakan kekurangan waktu untuk mengajar, sedangkan sukatan pelajaran telah disusun dan disesuaikan mengikut minggu persekolahan tahunan. harap zulraimin membetulkan keadaan dan pandangan yang sedemikian.

  16. sye sbg bakal guru kh tertnye2 napew subjek kh kurang ditekan disekolah. kalau subjek tersebut krg pntg kenapa mesti diwujudkan disekolah rendah. tak kew macam membazir masa dan tenaga..

    • salam saudari min.

      subjek kh bukanlah tidak penting samada di sekolah rendah atau disekolah menengah. Saudari hendaklah melihat matlamat matapelajaran ini yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran KH. Kepentingan m/pel ini jelas tertera didalamnya. Saya yakin, pihak kementerian terutama Bahagian Pembangunan Kurikulum telah mengkaji secara terperinci mengenai kandungan sukatan m/pel ini. Setahu saya, setiap kali memperkenalkan sesuatu m/pel, satu kertas cadangan akan dikemukakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kepada pihak yang berkuasa meluluskan m/pel ini untuk dilaksanakan disekolah-sekolah.

      saudari juga perlu mengimbau sejarah m/pel kh bermula daripada sekolah tukang/apperintis lagi.
      semoga kita mendapat manafaat bersama.

  17. salam, saya merupakan seorang guru pelatih bagu mp khsr yg akan posting pada hujung tahun dpt, insyaallah. saya tlh menjalankn 2 prktikum di sekolah, dan respon dari pelajar mengenai kh adalah amat baik. pelajar tahun 6 juga sering merungut kerana tidak berpeluang mempelajari mp kh ini. bagi saya ini merupakan satu kerugian kepada pelajar thn 6 tersebut. namun ada sesetengah sekolah yang tetap mengajar subjek ini, namun hanya pada penggal pertama persekolahan. mengenai tajuk ikan hiasan tahun 5, saya mendapati tajuk ini sesuai malahan smbutan dari pelajar juga baik.

  18. salam..
    saya bakal menjadi seorg guru khsr..tajuk ini menarik minat saya kerana utk dianugerahi ijazah saya perlu menjalankan penyelidikan mengenai kh..saya ingin mengkaji mengenai minat murid terhadap mtapjrn kh..
    jika ada yg sudi membantu dengan memberi pndapat..saya amt mengalukan..

    pndpt sy mengenai permasalahn yg dikemukan oleh africk jinggo, masalah ini mungkin berpunca drpd penekanan terhadap pembelajaran berasaskan peperiksaan. sejak saya di bangku sekolah lagi, saya tidak diajar mtapelajaran kh dengan sebaiknya. khsr seakan diabaikan. namun, kita tidak sedar bahawa tanpa matapelajaran kh kita bakal berdepan masalah besar dari aspek pembentukan kreativiti dalam diri murid-murid. kreativiti perlu untuk menjadikan murid lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang baru. mungkin ramai yg tidak sedar bahawa negara kita ini kekurangan “inventer” yg boleh mencorakkan ekonomi negara ini. tgk sendiri Jepun, yg cenderung mencipta sesuatu yg baru dan berdiri atas kaki sendiri. saya sendiri tidak faham mengapa khsr perlu diabaikan..

  19. salam.
    saya guru KH SR.saya memang opsyen major KH dan batch saya la pertama dan terkhir guru opsyen KH DPM.. saya cuma nak cerita ttg mp KH di skolah saya..KH di skolah sy mndpat tempat dihati murid.stkat ni,byk dah aktiviti KH yang saya dan kawan2 buat mendapat sambutan hangat dari murid -murid. Antara aktiviti yang kami buat seperti pertandingan ikan hiasan,hari jualan dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda,ahli panitia KH hanya ada tiga org sahaja dan saya lah Kp. sekarang ni, kami tengah berusaha menceriakan bengkel untuk pertandngan gading bersilang(kat pahang ). murid tahun 6 blaja mcm blaja mcm biase.cume nk cite kat sini,sy slalo nyer la tk smpat abis sukatan pelajaran kerana masa KH sikit sgt. dalam sminggu sejam jer masa KH. jd sy byk bagi nota jer la.suruh murid bace.pastu buat soalan.tu la yg sy nak citer.akhir skali,sekolah sy tk pandang rendah mp KH.

    • salam.saya merupakan serang guru KHSR amat bersetuju dgn pendapat saudara ttg KHSR yang dilaksanakan di sekolah rendah.Banyak pihak yg memandang matapelajaran ini tidak penting kerana tiada peperiksaan.Secara umumnya murid amat berminat kerana dalam matapelajarini ,murid berpeluang membuat kerja amali.Saya amat berharap semoga matapelajaran ini akan menjadi salah satu matapelajaran yg penting di sekolah rendah.

  20. salam..

    saya adalah seorg pelajar dan sedang membuat thesis saya dalam keusahawanan di sekolah rendah. saya dah bnyk browse internet dan saya dapati tidak banyak maklumat tentang keusahawanan di sekolah rendah dan juga tentang topik keusahawanan dalam mata pelajaran khsr atau program2 keusahawanan yg dijalankan especially di sekolah rendah.

    saya terjumpa blog ni dan saya dapati banyak perbincangan ttg KH. jadi saya nak meminta bantuan dr pihak yg mengendalikan blog ini agar dapat memberikan saya contact person yg boleh saya bertanya sedikit maklumat ttg keusahawanan di sekolah rendah.

    terima kasih dan saya amat hargai bantuan yg dihulurkan..

  21. Saya merupakan guru KH (SR) yang ingin bertukar dr Kelantan ke Pulau Pinang @ Kedah @ Perak. Sila email saya segera jika anda berminat. Kita boleh buat pertukaran suka sama suka jika sama opsyen.

  22. saya terpikat dgn tajuk perbincangan KHSR ni.sebagai pencinta KHSR,sy amat berbangga menjadi pengajar bg subjek ini.pendekatan yg saya lakukan agar KH ini tdk dianggap enteng ialah,sy meminta utk diadakan peperiksaan bg subjek ini.yang mana 60% markah dtg dr projek dan 40% markah datang dr exam.tiap kali sy mengajar subjek ini,sy tidak pernah lupa utk mengingatkan pelajar bahawa kemahiranlah yang membezakan seseorang itu.semua org boleh dpt ijazah,master n phD.tetapi kemahiran2 @ skill2 nih susah nk dapat.maka.jadi,pelajar2 sy sering sy dedahkan dgn betapa pentingnya kemahiran utk dipelajari.jadi,sy tkda masalah dlm melaksanakan KHSR d skolah sy.tentang kekangan masa itu bkn lah faktor utama.yg penting disini ialah, guru harus kreatif selari dengan arus perubahan semasa….(sy skg menjadi pelajar separuh masa d UTM)…byk ilmu dan semangat yg sy dpt dr UTM nih…ehehehe

  23. tahniah…. masih bersemangat

  24. sy juga guru KH bila baca semu komen tu, timbul minat nak buat kajian tentang minat murid T6 tehadap Mp KH…cam ne ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 43 other followers

%d bloggers like this: